5 Penyanyi Lelaki Popular Malaysia Ini Sukses Berkarier Secara Solo Walaupun Keluar Dari Band!

5 Penyanyi Lelaki Popular Malaysia Ini Sukses Berkarier Secara Solo Walaupun Keluar Dari Band!

Berpecah, bubar atau menarik diri daripada sesebuah band atau kumpulan nyanyian bukan sesuatu yang baru dalam industri seni hiburan dunia termasuklah di Malaysia.

Ramai penyanyi tempatan yang bergerak secara solo berjaya menerpa nama selepas keluar daripada kumpulan atau band asal mereka.

Sama ada berpecah atau hanya sekadar bereksperimen semata-mata, 5 penyanyi lelaki popular ini sukses berkarier secara solo dan berhasil membina jenama masing-masing di dunia seni tanah air. Penasaran? Jom intip artikel dibawah!

1. Faizal Tahir

image-of-Faizal-Tahir 5 Penyanyi Lelaki Popular Malaysia Ini Sukses Berkarier Secara Solo Walaupun Keluar Dari Band!

Faizal Tahir, satu nama yang tidak asing lagi dipersada seni hiburan tempatan. Mahakarya Cinta, Kasih Tercipta dan Sampai Syurga merupakan antara untaian hit yang melonjakkan namanya di arena seni nyanyian. Sepanjang bergelar penyanyi, pemuda berusia 39 tahun ini pernah dinobatkan sebagai Duo/Kolaborasi Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2017, Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 dan Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2008.

Sebelum bergerak solo, Faizal merupakan salah seorang ahli kumpulan nasyid iaitu Nirwana. Bersama kumpulan itu, anak jati Kuala Lumpur ini pernah muncul dalam album berjudul Hikmah Kembara pada 2004. Disebabkan sakit, Faizal membuat keputusan untuk keluar daripada Nirwana sekitar 2005.

2. Ronnie Hussein

Ronnie-Hussein-images 5 Penyanyi Lelaki Popular Malaysia Ini Sukses Berkarier Secara Solo Walaupun Keluar Dari Band!

Sebelum aktif sebagai penyanyi solo, Shahron Hussein atau nama pentas Ronnie Hussien pernah menganggotai sebuah band yang dikenali sebagai Hyper Act selama enam tahun. Antara lagu yang dinyanyikan Ronnie ketika bersama band berkenaan adalah Harapan dan Ku Tiba Lagi. Selepas mengalami kemelut dalaman, figura ini menarik diri dari kumpulan tersebut pada 2015. Ternyata, langkah seninya semakin proaktif dan seringkali diundang membuat persembahan terutamanya untuk program televisyen dan acara korporat.

Selain lagu Dikoyak Waktu, anak kelahiran Johor ini juga merakamkan beberapa single seperti Menanti Janji, Kau Masih Mawar Merah dan Melangkah Lagu. Sekadar info, Ronnie pernah menjadi vokalis untuk kumpulan Sunday yang popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang sebelum menyertai Hyper Act.

3. Shahir Zawawi

shahir-zawawi-photos 5 Penyanyi Lelaki Popular Malaysia Ini Sukses Berkarier Secara Solo Walaupun Keluar Dari Band!

Tuah menjuarai program Akademi Fantasia 8 (AF8), membuka lembaran baru buat jejaka bernama Shahir Zawawi di lapangan seni nyanyian tanah air. Di samping menyanyi, figura kacak ini turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Setelah lama menghilang, pelantun lagu Kebahagian Dalam Perpisahan ini kembali menghangatkan industri seni dengan menyertai program AF Megastar 2017 yang telah melabuhkan tirai pada 22 Oktober lalu.

Seperti yang anda tahu, anak sulung daripada lima beradik ini adalah bekas anggota kumpulan nasyid iaitu Saujana. Namun, jodoh Shahir bersama Saujana tidak panjang apabila beliau mengundurkan diri atas sebab-sebab tertentu.

4. Hafiz Hamidun

Hafiz-Hamidun-images 5 Penyanyi Lelaki Popular Malaysia Ini Sukses Berkarier Secara Solo Walaupun Keluar Dari Band!

Selain Faizal Tahir dan Shahir Zawawi, penyanyi kerohanian dan komposor terkenal, Hafiz Hamidun juga merupakan mantan kepada kumpulan nasyid, UNIC. Hafiz menyertai kumpulan itu mulai 2003 sebelum keluar pada 2006 untuk fokus kepada karier solonya. Sejak bergelar penyanyi solo, aktor drama bersiri Mr.Hijab ini telah menghasilkan tujuh album studio termasuklah Syukran (2009), Zikir Terapi Diri (2011) dan I Love Rasulullah (2015). Beliau juga memenangi beberapa anugerah termasukla Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2016 dan Lagu Paling Popular di Anugerah Nasyid IKIM 2015.

Terus memandang ke hadapan, jejaka berusia 33 tahun ini turut berkecimpung dalam dunia penulisan dimana telah mengeluarkan dua buku hasil tulisannya iaitu Cerita Hati Hafiz Hamidun dan Jodoh Berdua. Pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan kecantikan, Joy Refva pada 1 Mei 2017 sebelum bercerai dengan talak satu pada 25 Oktober 2017.

5. Zarul Husin

Zarul-Husin-photos 5 Penyanyi Lelaki Popular Malaysia Ini Sukses Berkarier Secara Solo Walaupun Keluar Dari Band!

Lain pula dengan penyanyi berwajah awet muda bernama Zarul Husin ini. Kerjaya seninya terhenti seketika selepas meninggalkan kumpulan Umbrella untuk berkhidmat sebagai pramugara di Malaysia Airlines selama beberapa tahun. Sepanjang bersama kumpulan tersebut, sebanyak dua album telah dirakam iaitu Seribu Rahmat dan Hujan Panas. Namanya kembali meniti dibibir peminat selepas menyertai program Gegar Vaganza (GV) 3.

Biarpun menyandang di tempat ketiga, percubaannya di pentas GV3 ternyata menjadi sehinggakan membuka pintu rezeki sebagai seorang pelakon. Selepas program nyanyian berkenaan, wajah Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin banyak menghiasi drama bersiri dan telefilem seperti Cik Serba Tahu, My Darling Inspektor Daniel, Syurga Yang Kedua, Gitu Gitu Raya, Misteri Sofa Lama dan Menantu Malam Raya.

azlan-150x150 5 Penyanyi Lelaki Popular Malaysia Ini Sukses Berkarier Secara Solo Walaupun Keluar Dari Band!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #band malaysia yang berpecah #Faizal Tahir #Hafiz Hamidun #penyanyi lelaki malaysia #Penyanyi Lelaki Malaysia Yang Sukses Berkarier Solo Selepas Keluar Dari Kumpulan Asal #Penyanyi Lelaki Popular Malaysia #penyanyi solo #penyanyi solo berjaya menerpa nama selepas keluar daripada kumpulan atau band asal mereka #Ronnie Hussein #Shahir Zawawi #Zarul Husin

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.