Biodata Daaim Jailani, Aktor Kacak & Berbadan Sasa Kelahiran Singapura

Biodata Daaim Jailani, Aktor Kacak & Berbadan Sasa Kelahiran Singapura

Dunia seni hiburan tanah air tidak pernah sunyi dengan kehadiran bakat-bakat baharu sama ada bergelar pelakon, penyanyi, pengacara, model dan lain-lain lagi untuk menaruh nasib sebagai anak seni.

Tidak hanya selebriti tempatan, ramai artis dari negara seberang seperti Singapura, Indonesia dan Brunei turut serta menyemarakkan lagi industri seni hiburan Malaysia.

Tidak kecuali, pendatang baharu yang semakin dikenali dan mencuri tumpuan para peminat negara iaitu Daaim Jalani.

Kemunculan menerusi drama rantaian Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang disiarkan di TV3 tidak lama dahulu telah membuka ruang populariti yang cukup besar buat Daaim atau nama lengkapnya Muhammad Solatuddaaim Jailani.

Terdahulu, anak kelahiran Singapura ini membuat penampilan sulungnya sebagai anak wayang apabila membintangi telefilem berjudul Gadis Kampung Paling Popular bergandingan dengan Janna Nick dan Acong Sweetchild yang telah disiarkan hujung tahun 2016.

Buah tangan terbaharu figura berbadan sasa ini iaitu filem Pinjamkan Hatiku berkolaborasi bersama Ayda Jebat dan Shaheizy Sam akan menemui para penonton di pawagan seluruh negara mulai 30 November 2017. Bukan itu sahaja, beliau juga bakal muncul dengan filem Langsuir tidak lama lagi.

Jom semak biodata ringkas dan trivia menarik aktor yang mesra disapa Sola J ini.

Biodata Ringkas Daaim Jailani

Nama Penuh: Muhammad Solatuddaaim Jailani
Nama Komersil: Daaim Jailani
Nama Panggilan: Sola J
Umur: 24 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 1993
Asal: Singapura
Kerjaya: Pelakon & Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu Singapura
Warganegara: Singapura

Drama/Telefilem: Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin & Gadis Kampung Paling Popular.

Filem: Pinjamkan Hatiku & Langsuir.

Laman Media Sosial Daaim Jalani

Trivia Menarik Tentang Daaim Jailani

  • Bernaung di bawah label pengurusan Nuasa Talent Management.
  • Selain aktif berlakon, Daaim juga adalah jurulatih kecergasan peribadi.
  • Merupakan finalis kepada program Manhunt Singapura 2015.
  • Djestics adalah nama kelab peminatnya yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 17 Ogos lalu.
  • Wajahnya muncul dalam video muzik Rentak Bahagia nyanyian Akim Ahmad dan Stacy untuk iklan komersil Yeo’s Yogurt.
  • Suka berselfie dan sangat stailo apabila berfesyen.
  • Memiliki lebih 12,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Daaim Jailani

Gambar-Menarik-Daaim-Jailani-300x300 Biodata Daaim Jailani, Aktor Kacak & Berbadan Sasa Kelahiran Singapura Gambar-sado-Daaim-Jailani-300x300 Biodata Daaim Jailani, Aktor Kacak & Berbadan Sasa Kelahiran Singapura

azlan-150x150 Biodata Daaim Jailani, Aktor Kacak & Berbadan Sasa Kelahiran Singapura

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #badan sado Daaim Jailani #Biodata Daaim Jailani #Daaim Jailani #daaim jailani biodata #Daaim Jailani Pelakon Berasal Dari Singapura #daaim jailani profile #instagram Daaim Jailani #Kenali Daaim Jailani #Muhammad Solatuddaaim Jailani #Profil Daaim Jailani #profil Daaim Jailani gambar Daaim Jailani #related to Daaim Jailani #Selebriti Singapura Yang Popular Di Malaysia #siapa Daaim Jailani #umur Daaim Jailani

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.