Biodata Adam Lee, Pelakon Drama Dendam Aurora

Biodata Adam Lee, Pelakon Drama Dendam Aurora

Raut wajah empunya nama Adam Lee ini cukup untuk membuatkan ramai gadis diluar sana tidak tidur lena.

Walaupun namanya kurang dikenali namun rupa paras yang handsome lengkap dengan ketinggian seorang peragawan sudah tentu mampu membawa jejaka berusia 23 tahun ini pergi jauh dalam industri seni hiburan tanah air.

Kelibat Adam atau nama sebenarnya Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee mula mendapat perhatian sejak membintangi drama bersiri Lara Aisyah.

Selepas Lara Aisyah, anak jati Kuala Lumpur ini menerima banyak tawaran lakonan drama dan telefilem tempatan seperti Sayang Papa Saya Tak, Tanah Kubur, Seharum Mawar, Menongkar Kasih, Duda Pujaan Dara dan banyak lagi.

Biarpun disogok dengan watak-watak sampingan dan antagonis, beliau tetap positif dan menganggapkannya sebagai rezeki yang tertulis buatnya.

Menyingkap perjalanan seninya, figura berbadan tegap ini memulakan karier sebagai pelakon sejak berusia 19 tahun lagi sebelum mengundurkan diri buat seketika dari dunia hiburan. Malah, anak muda ini pernah membintangi filem seram bertajuk Ia Wujud sekitar yang ditayang sekitar 2014.

Digandingkan dengan Nabila Huda, Engku Ismail, Mia Nasir serta Aedy Ashraf, pemuda berbintang Scorpio ini tampil dalam drama bersiri, Dendam Aurora yang sedang hangat ditayang menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada 6.00 petang.

Jangan buang masa, jom semak serba sedikit ringkasan biodata dan trivia menarik Adam Lee dibawah. Check it out!

Biodata Ringkas Adam Lee

Nama Penuh: Muhamad Arif Adam Mohamad Fadlee
Nama Komersil: Adam Lee
Tarikh Lahir: 26 Oktober 1994
Zodiak: Scorpio
Umur: 23 Tahun (2017)
Asal: Kuala Lumpur
Status: Single
Kerjaya: Pelakon
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Dendam Aurora, Raisha, Seharum Mawar, Duda Pujaan Dara, Aku Dan Adik, Satu Tahun Lagi, Lara Aisyah, Sayang Papa Saya Tak, Gerhana, Dorm, Tanah Kubur (musim 10), Menongkar Kasih, Cinta Bae Kicap, La Loba, Satu Cinta dan banyak lagi.

Filem: Dia Wujud

Laman Sosial Media Adam Lee

Trivia Menarik Tentang Adam Lee

  • Mempunyai talian darah kepada pelakon cantik kelahiran Sungai Petani, Kedah iaitu Janna Nick.
  • Sewaktu tidak aktif di dunia seni, Adam melibatkan diri dengan bidang kecergasan.
  • Rajin bersenam di pusat gimnasium jika ada masa terluang.
  • Menjadikan Bront Palarae dan Farid Kamil sebagai idolanya dalam bidang seni lakonan.
  • Mempunyai ketinggian 183 cm.
  • Turut mempelajari seni bela diri Muay Thai.
  • Pernah menghadiri ujibakat program pencarian Hero Remaja 2017.
  • Instagram merupakan satu-satunya laman media sosial yang dimilikinya.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Adam memiliki seramai 45,000 pengikut di Instagram.

Gambar Menarik Adam lee

images-of-adam-Lee-300x300 Biodata Adam Lee, Pelakon Drama Dendam Aurora Menarik-Tentang-Adam-Lee-300x300 Biodata Adam Lee, Pelakon Drama Dendam Aurora

azlan-150x150 Biodata Adam Lee, Pelakon Drama Dendam Aurora

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Adam Lee #adam lee biodata #adam lee malaysia #adam lee pelakon baru #adam lee pelakon biodata #Adam Lee Pelakon Drama Dendam Aurora #adam lee pelakon lara aishah #adam lee pelakon malaysia biodata #Aktor Dendam Aurora #Biodata Adam Lee #biodata adam lee pelakon lara aishah #Kenali Adam Lee #Muhamad Arif Adam Mohamad Fadlee #nama betul adam lee #Pelakon Dendam Aurora #Profil Adam Lee #siapa adam lee #tinggi adam lee

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.