5 Aktor Bollywood Ini Masih Handsome & Stailo Di Usia 40-an !

Handsome & Stailo Di Usia 40 An !

Filem-filem Bollywood tidak pernah gagal dalam memukau dan mengagumkan para penggemarnya di seluruh pelosok dunia.

Apatah lagi, terpesona dengan ketampanan dan kejelitaan para pelakonnya di samping jalan cerita yang penuh dramatik dan mengasyikkan.

Biarpun ramai pendatang baharu yang berjaya mencipta nama di arena perfileman Bollywood, namun pelakon-pelakon terdahulu tetap menjadi pilihan dan memiliki aura tersendiri dalam setiap lakonannya meskipun usia mencecah 40 tahun ke atas.

Untuk kali ini, penulis ingin kongsikan dengan anda mengenai 5 aktor Bollywood yang masih segak di usia 40-an pada tahun 2017. Check it out!

1. Hrithik Roshan

foto-Hrithik-Roshan-bollywood-PICS-300x300 5 Aktor Bollywood Ini Masih Handsome & Stailo Di Usia 40-an !

Hrithik Roshan, namanya mula meledak selepas membintangi filem bergenre romantik berjudul Kaho Naa Pyaar Hai bergandingan Ameesha Patel yang ditayangkan pada tahun 2000.

Sejak itu, wajahnya banyak menerajui filem-filem Bollywood yang bukan sahaja sukses di India malahan box office di serata dunia. Antara filem-filem yang telah dilakonkannya adalah Kaabil, Mohenjo Daro, Bang Bang!, Krrish, Mujhse Dosti Karoge, Kabhi Khushi Kabhie Gham dan banyak lagi.

Sepanjang bergelar anak seni, figura kacak ini banyak menerima anugerah dan penghargaan termasuklah Best Actor di Filmfare Awards 2008 menerusi filem Jodhaa Akhbar, Best Actor di Filmfare Awards 2006 (Dhoom 2) serta Best Actor dan Best Actor-Critics di Filmfare Awards 2003 (Koi…Mil Gaya).

Anak kelahiran Mumbai ini pernah berkahwin dengan wanita bernama Sussanne Khan sebelum bercerai pada 2013 dan mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Hrehaan Roshan (11 tahun) dan Hridhaan Roshan (8 tahun) hasil perkahwinan berkenaan. Menginjak usia 43 tahun, Roshan masih lagi relevan dan digilai oleh para peminatnya di luar sana.

2. Saif Ali Khan (46 Tahun)

Saif-Ali-Khan-photo-2017-300x300 5 Aktor Bollywood Ini Masih Handsome & Stailo Di Usia 40-an !

Siapa yang tidak mengenali suami tercinta Kareena Kapoor iaitu Saif Ali Khan ini. Sedar atau tidak, pemilik nama sebenar Sajid Ali Khan ini telah menceburi bidang seni lakonan selama lebih 20 tahun selepas debut pada 1993 menerusi filem pertamanya berjudul Aashiq Awara. Selain Kal Ho Naa Ho dan Salaam Namaste, aktor tampan berusia 46 tahun ini turut berlakon dalam filem Race, Hum Tum, Na Tum Jaano Na Hum, Bullet Raja dan Hum Saath Saath Hai.

Bukan sahaja aktif sebagai seorang pelakon malah anak jati New Delhi, India ini juga kini menggalas kerusi penerbit produksi. Sebelum berkahwin dengan Kapoor, Khan pernah mendirikan rumah tangga dengan Amrita Singh pada 1991 dan berpisah selepas 13 tahun bergelar suami isteri serta memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan tersebut.

3. Akshay Kumar (49 Tahun)

Akshay-Kumar-bollywood-300x300 5 Aktor Bollywood Ini Masih Handsome & Stailo Di Usia 40-an !

Mengetuk pintu industri perfileman Bollywood pada 1991, Rajiv Hari Om Bhatia atau lebih dikenali sebagai Akshay Kumar merupakan salah seorang aktor yang berbakat besar dan disegani di persada seni hiburan India. Banyak filem popular yang melonjakkan namanya termasuklah Gabbar Is Back, Singh Is Bliing, Namastey London, Singh Is Kiing, Baby, Airlift dan Dil To Pagal Hai.

Walaupun usia memasuki 49 tahun, suami kepada Twinkle Khanna ini masih berbisa dan diberi peluang untuk memegang watak hero dalam filem. Bergelar anak seni, Kumar pernah memenangi beberapa anugerah seperti Best Actor di National Film Awards 2016 menerusi filem Rustom, Star Of The Year – Male di Stardust Awards pada 2016, 2013, 2011 dan 2008 serta Best Actor (Popular Choice) di Screen Awards 2008 (Singh Is Kinng).

Paling menarik, University of Windsor turut menganugerahkan gelaran Doktor Kehormat Undang-undang kepada figura berbintang Virgo ini diatas sumbangannya dalam industri filem India. Buah tangan terbaharunya iaitu Toilet: Ek Prem Katha bersama Bhumi Padnekar sedang ditayangkan di India mulai 11 Ogos lalu.

4. Abhishek Bachchan (41 Tahun)

Abhishek-Bachchan-photo-e1503064969532-300x300 5 Aktor Bollywood Ini Masih Handsome & Stailo Di Usia 40-an !

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Peribahasa Melayu ini sangat signifikan buat Abhishek Bachchan yang mewarisi bakat lakonan ibu bapanya yang merupakan lagenda Bollywood iaitu Amitabh dan Jaya Bachchan. Mula debut pada 2000 melalui filem Refungge, namanya terus mekar mewangi sehingga ke hari ini.

Pelbagai filem Bollywood sama ada romantik, komedi dan aksi dilakonkan olehnya termasuklah Dhoom, Dhoom 2, Happy New Year, Dostana, Kabhi Alvina Naa Kehna, Tera Jadoo Chal Jayaa dan Raavan.

Menyambut ulang tahun kelahirannya ke-41 tahun pada Februari lalu, aktor kelahiran Mumbai, India ini menamatkan zaman solonya dengan aktres popular, Aishwarya Rai pada 2007 dan dianugerahkan seorang anak perempuan bernama Aaradhya Bachchan yang dilahirkan pada 16 November 2011.

Terdahulu, pemuda tinggi lampai ini pernah bertunang dengan Kareena Kapoor pada 2002 sebelum putus setahun kemudian.

5. John Abraham (44 Tahun)

John-Abraham-bollywood-e1503064992977-300x300 5 Aktor Bollywood Ini Masih Handsome & Stailo Di Usia 40-an !

Kacak, Berbakat dan Bertubuh Sasa! Itulah antara pakej yang terdapat pada pelakon terkenal, John Abraham yang kini mencecah usia 44 tahun. Sebelum terjun ke dunia seni lakonan, bekas kekasih Bipasha Basu ini memulakan kariernya sebagai seorang model di pentas peragaan, majalah dan iklan komersil.

Figura ini pertama kali muncul dalam filem Jism yang diterbitkan pada 2003. Bermula dari situ, pemilik nama lengkap Farhan Abraham ini turut mewarnai filem-filem pecah panggung seperti Dhoom, Dostana, New York, Shootout At Wadala, Forces dan Madras Cafe.

Sama ada memegang watak baik atau antagonis dalam sesuatu naskhah filem, pastinya lakonan Abraham meninggalkan kesan mendalam kepada para penonton.

Di samping mempunyai syarikat produksinya sendiri iaitu John Abraham Entertainment, aktor yang berasal dari Kerola, India ini turut memiliki pasukan bola sepak, NorthEast United FC.

azlan-150x150 5 Aktor Bollywood Ini Masih Handsome & Stailo Di Usia 40-an !

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Aktor Bollywood Ini Masih Handsome & Stailo Di Usia 40-an ! #Abhishek Bachchan #Akshay Kumar #Aktor Bollywood #Aktor Bollywood Segak Di Usia 40-an #Hrithik Roshan #John Abraham #Pelakon Bollywood Popular #Pelakon Lelaki Bollywood Masih Kacak Di Usia 40-an #Saif Ali Khan

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.