Fakta Menarik Tentang Wanita Yang Suka Makan Pedas!

Fakta Menarik Tentang Wanita Yang Suka Makan Pedas

Adakah anda pecinta makanan pedas? Pada dasarnya pedas bukan cita rasa. Rasa sensasi pedas dalam mulut muncul kerana kehadiran bahan kimia yang disebut chemesthesis. Menariknya, penelitian sekarang menunjukkan bahawa cita rasa pedas dapat mengidentifikasi keperibadian manusia.

Fakta Menarik Tentang Wanita Yang Suka Makan Pedas

Jarang untuk menemui wanita yang sukakan makanan pedas. Jika anda salah seorang wanita yang gemarkan makanan pedas, bererti anda adalah limited edition. Ada yang mengatakan orang yang suka pedas itu adalah seorang yang mempunyai sifat berani. Ternyata itu adalah benar. Wanita yang suka makan pedas  adalah seorang yang berani dan suka mengambil risiko.

Walau suka mengambil risiko, menurut penelitian dari Penn State University, wanita yang suka pedas adalah seorang  yang fokus dan hidupnya cukup teratur.

Jika anda adalah wanita yang suka makanan pedas dan suka dengan pelbagai makanan panas yang mempunyai tahap pedas yang tinggi, boleh jadi anda adalah seseorang yang mudah didekati dan lebih ramah. Ini juga adalah fakta dari kajian yang dilakukan oleh Pennsylvania State University.

Nadia Byrnes dari Dailymail menyatakan, keperibadian seseorang mempengaruhi selera makan mereka. Orang yang menyukai rasa pedas biasanya sukakan cabaran dan mudah untuk beradaptasi. Bahkan jika keinginan untuk makan pedas diteruskan walaupun mulut terasa ‘terseksa’ kerana panasnya rasa pedas pada makanan, maka semakin terbiasa dirinya menghadapi beratnya dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

Ternyata wanita yang suka makan pedas mempunyai  peribadi yang lebih terbuka dan dapat menerima perkara baru dalam hidup mereka dengan lebih mudah. Peminat makanan pedas ada kemungkinan adalah seorang yang gemar mencari sensasi, dalam erti kata lain mereka lebih terbuka untuk risiko dan pengalaman baru.

Sebuah kajian menjelaskan, banyak faktor yang mempengaruhi seseorang mencintai makanan pedas, mulai dari pengaruh sosial hingga budaya. Penelitian itu juga menunjukkan bahawa mereka yang mencintai kepedasan memiliki kecenderungan untuk menghargai sebuah perilaku.

Kajian lain telah mengaitkan bahawa wanita pecinta rasa pedas mempunyai kecenderungan untuk menggilai perkara yang mencabar dirinya seperti  memandu kereta dengan laju, menaiki roller coaster, atau apa saja pengalaman yang mencabar dan ditakuti oleh sesetengah orang untuk mencubanya.

Jadi, jika anda adalah seorang wanita pecinta makanan pedas, benarlah anda adalah limited edition. Walau bagaimanapun, jangan terlalu kerap mengambil makanan pedas kerana khuatir akan menjejaskan kesihatan tubuh badan anda dengan pengambilan makanan pedas yang berlebihan.

Sumber : https://www.vemale.com
Loading...

Tags: #akibat makan pedas dan minum es #akibat makan pedas saat haid #bahaya makanan pedas untuk rahim #fakta orang suka makan pedas #fakta wanita #fakta wanita yang suka makan pedas #keperibadian berdasarkan cita rasa makanan #keperibadian wanita yang suka makan pedas #manfaat makan cabe #manfaat makan pedas bagi pria #manfaat makan pedas bagi wanita #manfaat makanan pedas untuk diet #pencinta makanan pedas #resep makan pedas #sifat wanita pencinta makanan pedas #wanita pencinta pedas

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.