Petua & Cara Memperbanyakkan Susu Badan Semasa Menyusu, Para Ibu Kena Tahu!

Cara Memperbanyakkan Susu Badan Semasa Menyusu

Semua ibu mempunyai keinginan untuk menyusukan bayi mereka. Namun, terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun bayi sedang menyusu.

Cara memperbanyakkan penghasilan susu bdan

Ada berbagai-bagai cara untuk menambahkan penghasilan susu badan. Antaranya ialah :

  1. Susukan bayi bila-bila masa bayi anda berasa lapar. Lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
  2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
  3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi anda peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu.
  4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untukmenyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
  5. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang dari 6 bulan, kerana apabila bayi mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
  6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
  • Ambil hidangan seimbang berpandukan panduan piramid pemakanan.
  • Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.
  • Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
  • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

Petua untuk memperbanyakkan susu badan

  1. Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi,vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.

  1. Lobak Putih

Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral, sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja. Lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dengan hirisan bawang besar beserta kicap. Atau tambah hirisan bawang beserta garam. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sup lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan.

  1. Pucuk Manis

Pucuk manis atau nama lainnya cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun pucuk manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

  1. Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

  1. Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasar raya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.

  1. Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat India. Bagi masyarakat Melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi.  Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

  1. Pucuk Betik

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

  1. Jantung Pisang

Jantung pisang berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan. Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

  1. Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.

  1. Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak.

Loading...

Tags: #breastfeeding #cara keluarkan susu badan #cara membanyakkan susu badan #cara pam susu badan yang betul #makanan untuk banyakkan susu badan #masalah susu badan berkurang #membanyakkan susu badan #menyusu badan #menyusu bayi #panduan menyusu badan #penyusuan #penyusuan bayi #petua banyakkan susu badan selepas bersalin #petua membanyakkan susu badan #stock susu badan yang banyak #susu badan #susu badan menitik #susu ibu hamil #susu ibu tahan berapa jam #tips menyusukan bayi

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.