Ini Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih!

Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih

Adakah anda sedang hadapi masalah yang banyak hingga menyebabkan rezeki itu lambat datang? Adakah anda telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, namun pintu rezeki masih terhalang? Cuba anda bertenang dan berfikir kembali. Mungkin ada perkara yang anda lupa atau tidak sedar.

Kenapa Rezeki Susah Masuk Dalam Hidup Anda?

Rezeki merupakan satu antara sekian banyak misteri kehidupan. Namun, Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang membuat aturan yang sangat manusiawi tentang konsep rezeki bagi seluruh hamba-hamba-Nya.

Allah SWT melalui Al-Qur’an Al-Karim, hadis Qudsi, atau sabda Nabi-Nya yang mulia telah memberikan berbagai kaedah pasti tentang sebab-sebab tercurahnya rezeki bagi seorang hamba.

Selain memberitahu sebab-sebab tercurahnya rezeki, Allah SWT juga memberitahu hal-hal yang menjadi penghalang tersampainya rezeki bagi seorang hamba. Antara penghalang-penghalang rezeki tersebut, ada dua penghalang utama rezeki yang amat banyak diabaikan.

  1. Tidur di Pagi Hari

Banyak kaum Muslimin yang masih menyukai tidur di pagi hari. Sebahagian antara mereka sengaja tidur setelah solat Subuh, sebahagian lainnya bersikap sambil lewa, tidak solat Subuh dan tidak bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri.

Padahal, Nabi SAW bersabda sebagai mana diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, yang bermaksud:

“Tidur di pagi hari menghalagi datangnya rezeki.”

Hadis ini dikutip oleh Imam Ibnul Jauzi dalam kitab Shaidul Khatir. Jika masih tidur pagi dan berharap rezeki mengalir, ia tidak ubah seperti pungguk yang merindukan bulan.

  1. Dosa

Salah satu ketentuan Allah SWT yang diberikan kepada orang-orang beriman ialah terhalangnya rezeki kerana seorang hamba melakukan dosa. Dosa menghalangi seorang hamba dari berbagai jenis rezeki, bukan hanya rezeki dalam bentuk material berupa wang, benda dan sebagainya.

Dosa juga boleh menghalangi seorang hamba dari mendapatkan rezeki ketaatan. Dan ketaatan inilah sebaik-baiknya rezeki yang banyak diabaikan oleh sebahagian kaum Muslimin.

“Seorang hamba tidak bisa memperoleh rezeki kerana dosa yang dikerjakannya,”

Hadis yang dikutip oleh Imam Ibnul Jauzi dalam kitab Shaidul Khatir ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ibnu Majah, Imam Ibnu Hibban, Imam Al-Hakim, dan Imam Al-Baghawi Radhiyallahu ‘anhum ‘ajma’in.

Alangkah bahagianya menjadi seorang Muslim dan Mukmin. Hidup sudah diatur dengan sangat baik oleh Allah Ta’ala. Dia sudah memberikan berbagai macam kaedah dan aturan yang jika dituruti hanya akan menghasilkan kebaikan.

Sebaliknya, semua jenis ketidak taatan atau pembangkangan hanya akan menimbulkan keburukan, baik di dunia mahupun akhirat.

Antara sebab lain mengapa rezeki susah hendak masuk walaupun telah gigih berusaha :

  1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
  2. Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
  3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
  4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
  5. Riak bila bersedekah
  6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
  7. Tidak/kurang beristighfar
  8. Tidak bersyukur
  9. Banyak mengeluh

Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tetapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain. Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yang melimpah ruah. Tapi ketahuilah itu nikmat yang paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil ‘istidraj’.

Jadi, cuba tenangkan hati dan berfikir. Nilai kembali diri dan perbuatan anda. jika ada perkara-perkara di atas yang anda lakukan secara sedar ataupun tidak, cuba ubah. Sujudlah lebih lama menyembah Tuhan Pemberi Rezeki.

Banyakkan meminta ampun dengan bersungguh-sungguh. Bila berdoa tu, janganlah ragu-ragu. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Dan janganlah sesekali berputus asa dalam pekerjaan yang anda usahakan dan berputus asa dalam memohon keampunan dari Allah SWT.

Loading...

Tags: #dosa menghalang rezeki dari masuk #ini punca kenapa rezeki susah masuk walaupun telah berusaha gigih #kenapa lambat kaya? #Kenapa Rezeki Susah Masuk #Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih #lambat kaya #penghalang rezeki #Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk #Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih #punca terhalang rezeki #rezeki dalam kehidupan #sebab rezeki sempit #sebab rezeki susah hendak masuk #sering melakukan dosa punca rezeki terhimpit

Amalan Isteri Derhaka Kepada Suami Walaupun Tanpa Disedari
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Punca Rezeki Suami Menjadi Sempit. Ini Sebab Ramai Isteri Tidak Perasan!
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi SAW. Selain daripada mendapat pahala dengan menyempurnakan sunnah, perkahwinan turut
Badal haji. Ini Syarat Yang Membolehkannya Dilakukan
Pengertian Badal Haji Badal ertinya ‘ganti’,’pengganti’, atau yang ‘digantikan’. Oleh itu Badal Haji
Punca Suami Berubah Hati. Para Isteri Wajib Baca!
Apabila bergelar seorang isteri, sudah pasti setiap wanita mahu untuk menjadi seorang isteri

Leave a reply "Ini Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih!"