Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukku

Gaya Kacamata Ara AF2016

“Sungguh kau yang ku mahu, berdoa semoga kau akan berubah mendampingiku selalu,”

Itu merupakan lirik yang sering menjadi siulan terutama dalam kalangan anak muda remaja pada tika dan saat ini.

Lagu berjudul Warkah Untukku dendangan penyanyi baharu kelahiran Akademi Fantasia (AF) 2016 itu secara tidak langsung dilihat sebagai pembuka laluan rezeki buatnya.

Lagu yang sudah ditonton melebihi empat juta tontonan di Youtube tersebut turut dilihat tersenarai dalam kedudukan teratas carta-carta radio tempatan negara.

Kalau diikutkan, lagu ‘berhantu’ tersebut pernah dipersembahkan pemilik nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari ketika berada di pentas akhir program realiti terbitan Astro itu sekitar hujung tahun lalu.

Namun, akhir-akhir ini, lagu tersebut kerap kali diputarkan di corong-corong radio tempatan termasuk stesen radio di negara jiran, Singapura.

Menerusinya, penyanyi kelahiran Kuala Pilah yang selesa disapa dengan nama Ara itu menerima dengan terbuka jika sudah ditakdirkan single tersebut merupakan pencetus rezekinya dalam menempa dunia hiburan tanah air.

Pada awalnya, mungkin agak ramai yang tidak mengenali bahawa pelantun asal lagu tersebut ialah milik Ara.

Lebih melonjakkan populariti penyanyi berusia 20 tahun itu apabila single pertamanya turut dijadikan sebagai lagu runut bunyi bagi drama bersiri ‘Sayang Papa Saya Tak’ menerusi saluran Astro Ria.

Daripada situ juga, sedikit sebanyak membuatkan ramai netizen mula melakukan carian untuk mengetahui pemilik sebenar suara yang cukup lunak dan bersahaja itu.

Berikut merupakan biodata ringkas penyanyi kecil molek yang sinonim dengan gaya berambut pendek, Ara.

Biodata Ara Johari

Nama Sebenar: Nurfarrah Izzatie Johari
Nama Komersil: Ara
Umur: 20 tahun (2017)
Tahun Lahir: 1997
Asal: Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kerjaya: Penyanyi dan usahawan
Status: Bujang
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Facebook: www.facebook.com/eitazzi.eiq
Twitter: https://twitter.com/Araaf2016
Instagram: http://www.instagram.com/arajohari/

Trivia mengenai Ara Johari

* Menduduki tempat keempat menerusi program realiti AF 2016
* AF2016 merupakan program realiti pertama yang disertainya
* Pernah bekerja sebagai jurujual sebelum menyertai AF 2016
* Turut berjinak-jinak dalam dunia fesyen menerusi Ara Johari Collection yang menjual pelbagai koleksi pakaian dan topi
* Menjadikan Datuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain selaku idola dalam bidang nyanyian
* Mempunyai hampir 100 ribu pengikut di Instagram miliknya
* Mula dikenali selepas tular di Youtube berikutan single Warkah Untukku banyak dinyanyikan semula (cover) oleh penyanyi lain

Gambar menarik Ara Johari

foto-ARA-AF2016-150x150 Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukkugambar-selfie-ara-af-warkah-untukku-150x150 Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukkuposing-ara-af-warkah-untukku-150x150 Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukkuara-af-bersama-rakan-150x150 Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukku C5H_pagWAAEb0s1-150x150 Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukku CtxusnuUEAAZh6S-150x150 Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukku foto-ara-af2016-baru-150x150 Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukku gambar-ara-af-warkah-untukku-150x150 Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukku santai-ara-af2016-150x150 Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukku wajah-ara-af-rambut-panjang-150x150 Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukku Wajah-feminim-Ara-AF-150x150 Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukkupenyanyi-ara-af-warkah-untukku-150x150 Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukku

a63430bc-6f68-4460-a663-b092fe992402-150x150 Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukku

Sairul Zamri Misrani

Seorang wartawan muda yang sangat suka melancong dan mengembara ke tempat-tempat baharu. Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di salah sebuah akhbar berbahasa Melayu terkemuka negara hinggalah ke saat ini.

More Posts

Follow Me:
facebook Biodata Ara Johari, Penyanyi Lagu Warkah Untukku

Loading...

Tags: #Ara #ara af #ara af 2016 #ara af 2016 pengkid #ara af instagram #ara johari #ara johari biodata #ara johari instagram #ara johari twitter #ara johari warkah untukku #ara johari warkah untukku lirik #ara johari warkah untukku song #biodata ara af2016 #biodata ara johari #biodata penyanyi ara warkah untukku #warkah untukku

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.