Program Nyanyian Duo Star Musim Pertama Tawarkan Wang Tunai RM100,000

Duo Star

Program nyanyian Duo Star bakal memperlihatkan barisan artis ternama berganding suara berduet menyanyikan lagu mengikut tema yang akan diberikan oleh juri pada setiap minggu. Mereka diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang bertanggungjawab untuk menilai persembahan iaitu Datuk Hattan, Datuk Acis dan Adibah Noor. Bagi format pertandingan Duo Star. Setiap minggu dua pasangan terbawah akan dipilih untuk bertanding dalam pusingan battle di minggu hadapan dalam segmen yang dipanggil ‘Lagu Takdir’. Daripada situ, hanya satu pasangan sahaja akan meneruskan cabaran di pusingan seterusnya. Pada setiap minggu pasangan duo terbaik akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 tajaan Aurawhite dan baucar Go Shop bernilai RM1,000. Juara Duo Star bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 manakala naib juara RM50,000 berserta trofi.

Berikut senarai penyanyi-penyanyi yang bertanding di dalam rancangan Duo Star musim pertama ini. Antaranya ialah seperti Ning Baizura bakal berpasangan dengan Harris Baba, Ayai bersama Firman, Syamel bersama Ernie Zakri, dan Haiza bersama Aepul Drama Band. Selain itu, Awi Rafael akan bergabung bersama Kaka Azraff, Ronnie Hussein bersama Sarah Fazny, Asfan berduet bersama Aweera dan Ila Damiaa bersama Yasin.

Ringkasan :
Judul : Duo Star
Mula siaran : 25 Disember 2016
Waktu : 9:00 malam
Siaran : Astro Ria (104) dan Ria HD (123)
Hos : Datuk AC Mizal

Loading...

Tags: #peserta duo star #program nyanyian duet astro #Program nyanyian Duo Star #rancangan duo star #rancangan nyanyian astro ria #senarai juri duo star #senarai penyanyi duo star musim pertama

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Program Nyanyian Duo Star Musim Pertama Tawarkan Wang Tunai RM100,000"