Petua Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki Dengan Bahan Semulajadi

Petua Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki

“Muka putih, tapi tangan gelap!!” Petikan kata ini antara yang biasa terzahir di mulut orang atau sekadar monolog dalaman apabila melihat seseorang yang mempunyai kulit muka yang cerah tetapi tidak pada kulit tangan ataupun kaki yang mudah terpamer pada pandangan umum. Secara umumnya, rakyat di Malaysia lebih mementingkan kulit di muka berbanding kulit di anggota badan yang lain terutamanya kaum wanita. Mereka sanggup berbelanja lebih untuk memastikan kulit muka mereka cantik, cerah, bersih dan berseri. Tetapi dengan kegembiraan mendapat kulit muka yang cerah, mereka kadang terlupa untuk mencerahkan anggota yang lain terutama tangan dan kaki.

Mempunyai kulit muka yang cerah tidak cukup untuk membuat penampilan anda kelihatan sempurna. Anda harus juga mempunyai kulit tangan serta kaki yang cerah. Kulit tangan dan kaki mempunyai struktur yang tidak sama dengan muka, begitu juga dengan cara merawatnya. Terdapat banyak cara untuk mencerahkan kulit tangan dan kaki sama ada dengan mendapatkan rawatan salon, produk kecantikan ataupun menggunakan cara semula jadi. Berikut merupakan beberapa cara dan petua untuk memutihkan kulit tangan dan kaki secara semula jadi.

  1. Sengkuang

Sengkuang memiliki kandungan vitamin B yang dapat membantu mencerahkan kulit tangan serta kaki dari dalam. Caranya adalah dengan menyediakan sengkuang, kupas kulitnya dan bersihkankannya sebelum parut sengkuang tersebut sehingga halus. Perah parutan sengkuang sehingga mengeluarkan air berwarna putih. Kemudiannya, biarkan air perahan itu semalaman hingga menghasilkan mendapan. Pada pagi hari, sapu pada kulit tangan dan kaki sebagai masker selama 30 hingga 60 minit. Selepas itu, bilas dengan air dingin sehingga bersih. Lakukan secara teratur setiap hari.

  1. Beras

Sama seperti dengan sengkuang, beras juga memiliki kandungan vitamin B1 yang cukup tinggi. Kandungan nutrisi itu telah banyak digunakan oleh segelintir wanita Jepun untuk memutihkan kulit badan mereka. Caranya adalah dengan menyediakan beras secukupnya dan tumbuk beras tadi hingga halus serta menjadi tepung. Campurkan sedikit air suam supaay menjadi pes dan kemudian sapulah ke seluruh tangan dan kaki dengan rata. Bairkan selama 1 jam dan bilas dengan air bersih.

  1. Betik

Buah betik memiliki kandungan serat tinggi yang dapat menolong melancarkan sistem pencernaan. Selain itu, kandungan vitamin E dalam betik juga dapat memutihkan kulit tangan serta kaki.  Sediakan  betik dan madu. Campurkan kedua-duanya dan gaul sehingga menjadi pes. Sapukan pada kulit tangan dan kaki sesudah anda mandi. Urutkan kaki dan tangan selama beberapa ketika dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dengan air dingin sehingga bersih.

  1. Gula, pisang dan madu

Sedikan 2 sudu makan gula, pisang, serta madu secukupnya. Campur bahan- bahan tadi lalu ratakan ke seluruh daerah tangan serta kaki. Gosok dengan gerakan melingkar lebih kurang 10 saat. Biarkan seketika dan bilas dengan menggunakan air suam hingga bersih.

  1. Susu dan yogurt

Yogurt merupakan produk yang terhasil dari susu. Namun yogurt memiliki kandungan serat serta nutrisi lebih tinggi dari susu. Kandungan serat itu dapat menyebabkan penghasilan kolagen pada kulit dan boleh membuat kulit anda menjadi lebih putih serta cerah. Caranya, campurkan susu serta yogurt dan sapukan ke seluruh kulit tangan serta kaki sesudah anda mandi. Urutkan kulit anda dengan lembut sebentar sebentar dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu, cuci dengan air dingin sehingga bersih.

  1. Putih telur dan jus lemon

Putih telur dikenali sebagai sumber protein yang baik untuk menjaga kesihatan organ-organ tubuh. Selain mengandung sumber protein, putih telur juga memiliki berbagai mineral lengkap yang baik untuk meningkatkan produksi kolagen pada kulit. Campur 1 butir putih telur bersama dengan lemon secukupnya. Kocok campuran tadi hingga berbuih dan agak memutih. Sapukan ke seluruh area tangan dan kaki selama 30 minit. Selepas itu, bilas dengan menggunakan air suam sampai bersih.

  1. Gunakan batu

Mungkin petua yang terakhir ini kedengarannya pelik, tetapi percaya atau tidak, batu yang halus paling berkesan untuk memutihkan kulit. Batu halus bekerja dengan menanggalkan kotoran, sisa peluh dan sel-sel kulit mati di permukaan kulit. Proses menyingkirkan kotoran akan semakin baik apabila anda gunakan ketika mandi. Caranya sangat mudah. Sediakan seketul batu yang benar-benar halus permukaannya, agar tidak melukai kulit. Rendamkan batu tersebut selama semalaman dan pastikan tidak ada kotoran yang menempel. Pada pagi hari, gosokkan perlahan-lahan batu tersebut sambil mandi. Tambahkan sabun agar kotoran lebih cepat tersingkir.  Selain boleh digunakan untuk tangan dan kaki, batu halus juga boleh menghilangkan kotoran pada anggota tubuh lain. Tapi ingat, jangan gunakan untuk area wajah. Bilas dengan air dingin. Lakukan 3 kali seminggu selama 3 bulan.

Loading...

Tags: #Cara Memutihkan Kulit Tangan dengan cepat terampil dan alami #cara mudah cerahkan kulit tangan dan kaki #cara putihkan kulit tangan dan kaki #cerahkan kulit tangan dan kaki #losyen pencerah semulajadi badan paling berkesan #memutihkan tangan yg hitam karena matahari #mengatasi kaki gelap #mengatasi kulit tangan gelap #Petua cerahkan kulit tangan dan kaki #putihkan kulit

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.