Aplikasi Menempah Hotel Termurah Pilihan Ramai Wajib Ada Dalam Telefon Pintar Anda!

Hotel Booking

Perancangan sebelum bercuti adalah penting kerana menentukan sama ada percutian kita nantinya akan menyenangkan atau tidak. Perancangan percutian yang baik dan tepat selain boleh menjimatkan kos percutian, ia juga boleh mengelak berlakunya sebarang masalah dan kepanikan di destinasi pelancongan yang akan kita jelajahi.

Salah satu perkara yang paling penting dalam merancang percutian adalah menyelesaikan masalah penginapan atau hotel. Agar tidak salah memilih hotel, berikut adalah beberapa pilihan aplikasi untuk menempah hotel yang boleh anda gunakan untuk menempah dan melihat tawaran harga termurah bagi penginapan di kawasan destinasi percutian anda.

  1. Booking.com (Rating : 4.7)

Booking

Aplikasi Booking.com adalah salah satu aplikasi tempahan hotel yang mempunyai rating terbaik di Google Play. Aplikasi yang dikeluarkan oleh laman web booking.com ini mendakwa mempunyai database hingga lebih 1 100 000 hotel di seluruh dunia. Kelebihan aplikasi ini ialah terdapat banyak feature filter yang memberikan kemudahan bagi kita untuk menentukan hotel mengikut bajet dan keinginan. Selain itu, kelebihan lain yang dimiliki aplikasi ini ialah review hotel yang disahkan sehingga sangat membantu dalam membuat keputusan sama ada hotel ini layak untuk kita diami atau tidak.

  1. Hotellook (Rating : 4.6)

Hotellook

Hotellook ialah aplikasi terbaik untuk membandingkan harga hotel. Melalui aplikasi ini, anda boleh mencari dan membandingkan tawaran terbaik hotel daripada Booking.com, Hotels.com, Agoda, Expedia dan 80 agensi tempahan dalam talian dengan satu carian sahaja.

  1. Agoda (Rating 4.5)

Agoda

Agoda memang popular untuk para pelancong seluruh dunia mencari hotel yang diingini. Pelbagai tawaran dan promosi oleh pihak Agoda menjadikan mereka aplikasi yang digemari oleh pelancong untuk membuat tempahan atas talian. dengan adanya aplikasi Agoda ini, urusan menempah hotel sangat mudah dan pantas.  Anda juga dapat mengumpul mata yang diperolehi daripada tempahan terdahulu dan boleh ditebus untuk tempahan yang terkini. Jika anda bernasib baik, bilik hotel yang ditempah menggunakan Agoda sering dinaiktaraf secara automatik ke bilik yang lebih besar dengan pemandangan yang terbaik.

  1. Kayak.com (Rating : 4.5)

Kayak

Aplikasi Kayak.com salah satu aplikasi tempahan hotel atau lebih tepatnya untuk semua keperluan percutian kerana menyediakan tidak hanya tempahan hotel tetapi juga tiket pesawat dan sewaan kereta. Untuk tempahan hotel, aplikasi ini lebih baik berbanding Booking.com, Agoda, Expedia dan Trivago dari segi pencarian dan tawaran harga. Kekurangannya, aplikasi ini kurang feature untuk membuat tapisan (filter).

  1. Traveloka (Rating : 4.4)

Traveloka

Traveloka adalah salah satu platform tempahan penerbangan dan hotel terkemuka di Asia Tenggara, yang melayani lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik. Aplikasi ini menawarkan harga terbaik untuk hotel dan penerbangan setiap hari. Kini aplikasi ini berada di kedudukan pertama dalam senarai Top Free bagi kategori Travel & Local.  Kelebihan aplikasi ini, ia memaparkan harga yang jujur di mana tidak terdapat caj tersembunyi seperti mana sesetengah aplikasi lain yang mengenakan caj tersembunyi.

  1. Trivago (Rating : 4.2)

Trivago

Trivago merupakan satu lagi aplikasi popular yang memberi perbandingan harga lebih daripada 1 juta hotel dari lebih dari 200 laman tempahan di seluruh dunia. Antara kelebihan Trivago ialah anda dapat manfaatkan tawaran dan diskaun pada minit terakhir dan mengatur harga anggaran maksimum sesuai dengan bajet anda.

  1. Expedia (Rating : 4.0)

Expedia

Aplikasi yang dimiliki oleh laman web expedia.com ini merupakan salah satu aplikasi perintis untuk tempahan hotel secara atas talian. Salah satu keunggulan dari aplikasi ini adalah interface yang baik dan menawarkan penjimatan sehingga 40% untuk tawaran tempahan hotel. Selain itu, anda dapat membuat carian dan susun mengikut harga, tawaran atau ulasan untuk mencari hotel yang sesuai untuk anda serta membaca ulasan sebenar daripada tetamu hotel.

Faisal Ab. Manaf

Menulis sekadar hobi di waktu terluang. Berpengalaman lebih 9 tahun dalam bidang penulisan sebagai penulis sambilan bagi sinopsis, cereka, penulisan komik, karya komedi dan karya seram di beberapa forum dan laman web.

More Posts

Loading...

Tags: #agoda #aplikasi hotel google play store #aplikasi membuat perbandingan harga hotel #aplikasi mencari hotel #aplikasi menempah hotel android #aplikasi menempah hotel iphone #aplikasi menempah hotel terbaik #aplikasi tempahan hotel #booking.com #expedia #hotellook #kayak.com #membandingkan harga hotel terendah #menempah harga hotel termurah #trivago

5 Aiskrim Unik Ini Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara!
Tidak dapat dinafikan bahawa aiskrim bukan hanya disukai oleh kanak-kanak malahan menjadi kegilaan
5 Rumah TERBALIK Popular Di Malaysia Jadi Tarikan Pelancong!
Malaysia kaya dengan pelbagai budaya serta destinasi pelancongan yang menarik dan popular. Selain
Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!
Pernahkah anda mengetahui apakah air terjun yang tertinggi di dunia dan di manakah
4 Destinasi Air Terjun Popular Di Hulu Langat, Selangor
Daerah Hulu Langat merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia.

Comments are closed.