Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi

DATARAN HELANG

Sebut sahaja Pulau Langkawi, pasti ramai akan terbayangkan burung Helang gergasi yang merupakan simbolik kepada pusat pelancongan tersebut.

Terletak di negeri Kedah, Pulau Langkawi merupakan salah sebuah pulau tercantik di Malaysia dan merupakan antara pusat peranginan yang menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara. Disamping mempunyai pemandangan yang cantik, Pulau Langkawi juga terkenal sebagai kawasan membeli-belah unggul yang menawarkan barangan duty-free!

Bukan hanya mempunyai pulau yang cantik dilihat secara mata kasar, namun ia juga menyajikan pelbagai pengalaman menarik buat anda yang merancang untuk ke sana.

Pantai Cenang merupakan lokasi utama atau lebih dikenali sebagai ‘tourist spot’ bagi para pelancong yang datang ke sini.

Airnya yang kebiru-biruan menjadi tarikan utama selain pelbagai aktiviti pantai yang disediakan pihak agensi pelancongan membuatkan ia sentiasa meriah tidak kira pagi mahupun di malam hari.

Terdapat juga pelbagai kemudahan di sekitar Pantai Cenang seperti hotel, motel, chalet, spa, pasaraya, kedai cenderahati, tempat makan menarik, bar dan sebagainya.

Berikut merupakan beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila sudah menjejakkan kaki ke pulau yang diberi jolokan Pulau Mahsuri ini.

1) Island Hoping Langkawi

Kebiasaannya, setiap hotel, motel mahupun chalet yang anda diami, pasti akan turut menawarkan dan menyediakan pakej island hoping separuh hari pada kadar harga serendah RM30 seorang.

Kebiasaannya, island hoping akan bermula sekitar pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang.

Island hoping dalam pakej biasa atau basic biasanya akan membawa anda menaiki bot secara berkumpulan ke pulau-pulau berdekatan bagi melihat sendiri keindahan alam nan terbentang luas.

Anda juga berpeluang untuk memberi makan roti kepada burung Helang yang akan menyambar roti yang anda baling di permukaan air laut.

Pastinya, momen dan kenangan ini amat indah untuk dirakamkan untuk menjadi sebahagian daripada diari percutian anda.

2) Cable Car Langkawi

Jika sudah sampai ke Pulau Langkawi, anda wajib untuk mencuba menaiki kereta kabel pada kadar harga serendah RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. (harga mungkin berubah mengikut tahun semasa)

Cable Car Langkawi ini akan membawa anda ke puncak Gunung Mat Chinchang dengan ketinggian 713 meter dari aras laut dan mempunyai jarak sejauh 919.5 meter. Keadaan ini menjadikannya salah satu kereta kabel terpanjang di Asia.

Untuk menaiki kereta kabel ini, anda perlulah beratur terlebih dahulu untuk membeli tiket dan mendapatkan pas masuk.

Bagi mereka yang gayat, inilah masanya untuk anda melatih tahap adrenalin anda tatkala sudah berada di puncak.

Terdapat tiga pitstop sepanjang menaiki kereta kabel. Di setiap perhentian, anda boleh turun bersama rakan-rakan atau keluarga untuk merakamkan gambar kenangan sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa nan sejuk.

Terdapat juga beberapa kedai cendermata dan kiosk untuk yang disediakan untuk membeli makanan dan minuman ringan di setiap pitstop.

3) Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting atau TDB merupakan antara tempat wajib untuk anda singgah apabila sudah sampai ke Pulau Langkawi. Menurut mitos, pasangan yang sukar untuk mendapatkan anak perlu mandi air di tasik ini bagi membolehkan mereka mendapat cahaya mata.

Untuk sampai ke sini, anda perlu mendaki tangga batu kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak sebelum sampai ke tasik berwarna hijau tersebut.

Namun perlu diingatkan, sepanjang perjalanan untuk ke atas, kedatangan anda akan disambut ‘Mr & Mrs Monkey’ yang menunggu anda di sepanjang jalan untuk diberikan makanan.

Kepada yang membawa beg dan makanan itu, pastikan anda pegang dengan sebaiknya dan jangan sampai ‘dirampas’ kumpulan mereka.

Namun jika anda ada lebihan makanan yang ingin diberikan, tidak salah untuk diberikan kepada mereka.

TDB menyajikan anda ruang untuk mandi-manda sambil menghirup udara segar dengan pemandangan serba hijau hutan yang mengelilinginya.

4) Air Terjun Telaga Tujuh

Bagi mereka yang minat dengan keindahan alam dan sukakan kesejukan air terjun semula jadi, anda boleh singgah di Air Terjun Telaga Tujuh ini.

Terletak di Pekan Mat Sirat kira-kira 15 minit dari Pantai Cenang, ia menawarkan pengalaman terindah untuk anda bermandi mandi sambil merehatkan diri seketika bersama insan tersayang.

Air terjun semula jadi yang sejuk dengan hembusan udara nyaman di sekitarnya pasti memberi anda seribu satu kenangan untuk disimpan di dalam sanubari.

Ia dibuka pada setiap hari hingga pukul 6 petang dan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke sini.

5) Beli-Belah Coklat di HIG

Perkara yang paling wajib untuk anda lakukan setibanya di Pulau Langkawi ini ialah membeli-belah pelbagai aneka coklat dan manisan di Haji Ismail Group Building.

Terletak berhampiran dengan Jeti Kuah iaitu kira-kira 20 minit dari Pantai Cenang, anda boleh mengakses ke HIG hanya dengan menggunakan motosikal mahupun kereta sewa yang disediakan.

HIG menjadi pilihan pelancong untuk membeli-belah kerana ia bebas cukai dan harganya jauh lebih murah berbanding di luar mahupun di lapangan terbang.

Pelbagai aneka coklat dan manisan popular dijual di HIG seperti Tobleron, Kisses, Kinder Bueno, Cadbury, Mars, Daim dan sebagainya.

Bukan sahaja terhad kepada coklat, bagi kaum ibu dan wanita yang minat akan koleksi pinggan mangkuk terbaharu dan murah, HIG merupakan lubuk sebenar untuk anda yang kaki shopping!

Tidak jauh dari HIG, anda boleh merakamkan gambar kenangan bersama burung helang gergasi yang menjadi simbol Pulau Langkawi sambil menghirup udara segar pulau.

Jadi apa lagi, jomlah bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah! Serendah RM300, anda boleh mendapatkan pakej basic bagi percutian 3 hari 2 malam di sini. Selamat bercuti!

Chenang-langkawi-150x150 Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi hig-hotel-langkawi-shopping-mall-150x150 Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi HIG-kedai-beli-belah-lama-langkawi-150x150 Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi langkawi-cable-car-150x150 Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi langkawi-island-hoping-150x150 Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi tasik-dayang-bunting-langkawi-150x150 Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi air-terjun-telaga-tujuh-langkawi-150x150 Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi simbol-langkawi-150x150 Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi langkawi-island-hoping-boat-150x150 Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi

a63430bc-6f68-4460-a663-b092fe992402-150x150 Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi

Sairul Zamri Misrani

Seorang wartawan muda yang sangat suka melancong dan mengembara ke tempat-tempat baharu. Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di salah sebuah akhbar berbahasa Melayu terkemuka negara hinggalah ke saat ini.

More Posts

Follow Me:
facebook Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi

Loading...

Tags: #Air Terjun Telaga Tujuh #Beli-Belah Coklat di HIG #Cable Car Langkawi #Haji Ismail group #HIG langkawi #hotel langkawi #island hopping langkawi #Lima Tempat Menarik langkawi #lokasi terbaik langkawi #pulau langkawi #tambang cable car langkawi #Tasik Dayang Bunting

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi"