Kaki Jalan! Lima Ole-Ole Wajib Anda Beli Jika Ke Kelantan

Kelantan Mercu

Sesekali bercuti ke Kelantan pasti menyeronokkan. Beberapa hari di sana, anda boleh melawat pelbagai destinasi pelancongan popular seperti Pantai Cahaya Bulan (PCB), Air Terjun Jeram Pasu, Air Terjun Jeram Linang dan Air Terjun Lata Rek.

Selain itu, anda juga boleh menikmati makanan tradisional terkenal negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Berlauk.

Apabila pulang ke ibu kota nanti, jangan lupa untuk membeli ole-ole buat keluarga tersayang dan sahabat handai sebagai tanda kenang-kenangan.

Berikut, penulis kongsikan mengenai ole-ole yang wajib beli jika anda ke Kelantan. Check it out!

1. Budu

Orang Kelantan dan Budu sememangnya tidak boleh dipisahkan. Dari yang kecil hingga tua, semuanya menyukai pelengkap makanan berkenaan.

Setiap rumah di sana, pasti ada beberapa botol budu di dapur mereka. Untuk pengetahuan anda, Budu merupakan pekasam yang diperbuat dari ikan bilis. Jika anda ke Kelantan, apakata anda membawa balik beberapa botol Budu sebagai ole-ole. Kebiasaan jenama terkenal bagi Budu ialah Cap Ketereh.

Anda boleh mendapatkannya di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

2. Keropok

Selain Terengganu, Kelantan juga popular dengan pembuatan keropok. Pelbagai keropok yang anda boleh dapati di sana dengan harga yang murah dan sedap seperti keropok segera, keropok keping dan keropok sira. Sekali rasa, pasti nak lagi.

Anda boleh mendapatkannya di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

3. Serunding (Sambal Ikan dan Sambal Daging)

Serunding atau lebih dikenali sebagai Sambal dikalangan warga Kelantan merupakan salah satu daya tarikan negeri Serambi Mekah itu. Beraneka serunding yang boleh anda dapati jika anda ke sana. Antara yang popular adalah serunding ikan dan serunding daging.

Sebelum membelinya, anda berpeluang untuk merasai sendiri kesedapan serunding berkenaan. Selepas menikmatinya, penulis pasti anda akan membelinya tanpa rasa ragu-ragu.

Anda boleh mendapatkannya di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

4. Kuih-muih

Tidak lengkap rasanya pencutian ini jika anda tidak merasai kuih-muih tradisional terkenal di Kelantan. Bagi yang sukakan pencuci mulut yang sedikit manis, Cek Mek, Akok, Tahi Itik, Lompat Tikam, Jarum Emas, Buah Tanjung, Puteri Mandi dan Pulut Pagi merupakan sebahagian kuih-muih tradisi Kelantan yang mesti anda cuba.

Menariknya, kuih-muih tersebut turut dijual buat anda untuk dijadikan buah tangan jika balik ke ibu kota.

Anda boleh mendapatkannya di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

5. Kraf Tangan

Setiap negeri yang ada di Malaysia mempunyai keunikkan kraf tangan masing-masing termasuklah Kelantan.

Untuk mendapat kraf tangan yang bermutu tinggi, penulis sarankan buat anda untuk mengunjungi Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf yang terletak di Kota Bharu. Di sana, anda boleh membeli barangan seperti ukiran kayu, songket, hasil anyaman rotan dan batik Kelantan. Di samping itu, negeri berkenaan turut popular dengan pembuatan wau bulan dan wayang kulit.

Kesimpulannya, banyak lagi ole-ole yang menarik di sana selain apa yang disenaraikan oleh penulis di atas mengikut kehendak dan bajet anda bila ke Kelantan. Semoga, artikel ini memberikan informasi berguna buat anda dalam merancang percutian akan datang. Selamat bercuti!

Bot Di Pantai Sabak Kota Bharu Kampung Kraftangan Kelantan Kuih Muih Di Kelantan Muzium Kraftangan Kota Bharu Kelantan Wau BulanPasar Siti Khadijah

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #apa ada di kelantan #apa menarik di kelantan #bercuti ke kelantan #budu #kelantan #kraftangan kelantan #kuih kelantan #menarik di kelantan #Ole ole dari kelantan #serunding

5 Aktiviti Paling Awesome Perlu Anda Cuba Jika Ke Krabi, Thailand!
Berkesempatan bercuti bersama-sama rakan-rakan di Krabi pada awal Mac 2016 lalu membuatkan penulis mula
Restoran Pohon Nako, Tempat Makan Tengahari Sedap Di Kota Bharu
Restoran Pohon Nako terletak dalam bandar Kota Bharu. Ia merupakan destinasi menarik untuk
Restoran Kambing Bakar Sahara, Penggemar Kambing Jangan Lepaskan Peluang!
Berita baik bagi penggemar dan pencinta tegar kambing! Lagi-lagi buat mereka yang berada
7 Tempat Makan Paling Best Di Johor Bahru Dan Sekitarnya
Johor Bahru Darul Takzim. Bercakap tentang negeri yang terletak paling selatan di tanah

Leave a reply "Kaki Jalan! Lima Ole-Ole Wajib Anda Beli Jika Ke Kelantan"