Peralatan Power Tool Mesti Anda Miliki, Membuatkan Kerja Anda Lebih Mudah!

Peralatan Power Tool Perlu Anda Miliki, Kerja Anda Akan Lebih Mudah!

Apabila ditanya tentang alat atau tools yang sudah anda miliki di rumah, kebanyakan mungkin akan menjawab peralatan kebersihan atau peralatan dapur, tetapi sedikit sahaja yang menjawab mempunyai peralatan teknikal. Peralatan teknikal yang menggunakan tenaga elektrik atau kuasa disebut sebgagai power tool.

Ternyata power tool sangat dekat dengan kehidupan seharian kita dan sangat berguna dalam membantu menyelesaikan beberapa pekerjaan di rumah.

Terdapat beberapa power tool yang wajib anda miliki di rumah. Power tool ini akan sangat membantu dalam mengerjakan pekerjaan pertukangan sederhana atau memperbaiki beberapa bahagian rumah yang rosak. Berikut adalah beberapa jenis power tool yang patut anda miliki di rumah.

  1. Hand Drill / Hammer Drill

Hand Drill

Ini antara power tool yang wajib ada untuk renovasi, dekorasi dan DIY, tidak kira untuk kegunaan di dalam atau di luar rumah. Power tool ini sangat berfungsi jika anda ingin melakukan kerja seperti berikut:

  • Memasang rail langsir
  • Menggantung frame gambar
  • Memasang penyangkut toilet paper
  • Memasang hood di dapur
  • Memasang bracket televisyen
  • Memasang wall lamp ataupun lampu siling
  • Memasang cermin muka di bilik air

Itu antara sedikit daripada kegunaan power tool ini. Hand drill dan hammer drill adalah power tool yang sama tetapi mempunyai sedikit perbezaan pada fungsi. Malah, harga dan spesifikasi juga berbeza. Dengan hand drill, anda boleh menebuk lubang pada besi, kayu atau tiles serta skru nut. Tetapi dengan hammer drill, kegunaannya lebih meluas kerana anda boleh gunakan pada konkrit dan lantai rumah.

  1. Circular Saw

Circular Saw

Fungsi umumnya adalah untuk memotong kayu. Prinsip kerja circural saw menggunakan mata berupa piring yang berputar ketika memotong. Dengan menggunakan power tool ini, kerja memotong menjadi lebih cepat dan mudah tanpa menggunakan banyak tenaga dari anda.

  1. Electric Pressure Washer / High Pressure Cleaner

Electric Pressure Washer

Membantu anda meringankan tugas kerja-kerja membersihkan kulat yang melekat di dinding rumah atau di bahagian lantai. High Pressure Cleaner adalah alat semburan mekanikal bertekanan tinggi yang digunakan untuk membersihkan permukaan luas, penghapusan kotoran dan membersihkan sudut-sudut yang tak dapat diakses dan juga boleh digunakan untuk menanggalkan cat, cetakan, kotoran, debu, lumpur, dan kotoran dari permukaan.

  1. Impact Wrench

Impact Wrench

Mempunyai bentuk dan ukuran yang berbeza-beza sesuai dengan penggunaannya. Impact wrench mempunyai dua jenis iaitu air impact dan electric impact wrenchAir impact digunakan untuk melepas atau mengencangkan bolt yang mempunyai torque yang lebih tinggi.

  1. Impact Socket

Impact Socket

Digunakan untuk memasang atau melepas bolt yang mempunyai momen yang tinggi. Biasanya dipakai dengan bantuan impact wrench. Dengan adanya impact wrench dan impact socket, kerja anda menjadi lebih mudah. Contohnya ketika ingin menukar tayar kereta anda.

  1. Air chisel

Air Chisel

Power tool ini adalah alat pneumatik yang digunakan untuk mengukir atau memahat di batu, memecahkan atau memotong objek logam dengan mudah.

  1. Electric Screwdriver Set

Electric Screwdriver Set

Set pemutar skru elektrik sangat berguna apabila anda hendak memasukkan skru ke dinding. Tidak perlu lagi bersusah payah menggunakan pemutar skru, cuma tarik picu dan siap!

  1. Electric Glue Gun

Electric Glue Gun

Electric glue gun adalah salah satu jenis gam yang terkenal efektif untuk merekatkan berbagai jenis material. Gam jenis ini memiliki keunggulan tersendiri iaitu lebih cepat merekat dan lebih cepat kering jika dibandingkan dengan jenis gam yang lain. Hasil rekatan gam jenis ini juga terbukti lebih kuat dan tahan lama. Sudah pasti, power tool ini mempunyai banyak fungsinya di rumah anda.

  1. Dust Extractor

Dust Extractor

Dust extractor adalah power tool yang mampu menggantikan fungsi penyapu dan mop. Berbeza dengan vacuum cleaner, dust extractor mempunyai fungsi yang lebih kerana selain menyedut debu, power tool ini juga dapat memberi kualiti udara yang lebih baik di rumah anda.

  1. Torch Light

Torchlight

Lampu suluh atau torch light merupakan power tool yang wajib ada di rumah anda. tanpa torch light, anda pasti akan susah jika berlakunya blackout, ingin menyuluh ke sudut yang gelap dan sebagainya.

Bagi mereka yang tidak mempunyai bujet tinggi, penulis menasihatkan supaya membeli peralatan power tool berjenama tidak terkenal boleh anda gunakan memandangkan peralatan power tool milik anda bukanlah untuk kegunaan heavy duty. Hanya digunakan pada satu-satu masa sahaja! Fikir-fikirkanlah!

Loading...

Tags: #Air chisel #alat diy wajib ada #alat kerja lelaki #Circular Saw #diy gadget #Dust Extractor #Electric Glue Gun #Electric Screwdriver Set #Hand Drill #High Pressure Cleaner #Impact Wrench #peralatan kerja perlu ada dirumah #Peralatan power tool #peralatan power tool wajib ada di rumah #power tool #power tool berguna untuk kegunaan anda di rumah #power tool yang patut anda miliki #power tool yang wajib anda miliki #Torch Light

10 Teknik Penanaman Sayur Di Ruang Sempit. Teknik Berkebun Ini Boleh Anda Cuba!
Selain menjadikan rumah lebih hijau, kegiatan berkebun juga dapat menjadi pelepas stres akibat
Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!
Bagi pengguna beginner, ini adalah sedikit panduan untuk anda dalam memilih dan mengendalikan
Cara Mendaftar Kad OKU & Kategori Orang Kurang Upaya Yang Patut Anda Tahu!
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “Orang Kurang Upaya (OKU) termasuklah mereka yang
10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!
Dalam konteks memilih pasangan yang akan membimbing dan bakal menjadi ketua keluarga, wanita

Comments are closed.