Panduan Menanam Pokok Cili Di Kebun

Panduan Menanam Pokok Cili Di Kebun

Cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan. Pokok mampu hidup lebih subur di dalam pasu atau polibag sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul. Pokok cili ini mempunyai kadar pertumbuhannya singkat, sekitar 6 bulan di dalam pasu atau polibag. Ini disebabkan oleh faktor pertumbuhan akar yang terhad selepas 6 bulan, berbanding apabila ditanam di atas batas. Penanaman cili di atas batas boleh memanjangkan tempoh penanaman sehingga 7 hinggs 9 bulan, bergantung pada penjagaan dan kawalan yang berjadual.

Panduan Menanam Pokok Cili

Berikut adalah panduan untuk penanaman pokok cili.

  1. Komposisi Medium Semaian

Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir.

  1. Penyediaan Anak Benih

Semai lima gram biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman adalah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.

Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

  1. Rutin Siraman

Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kebiasaannya, setiap hari selepas anak pokok cili bercambah, lakukan aktiviti siraman anak pokok pada waktu pagi dan petang. Jika waktu pagi, jam 11.00 pagi juga adalah waktu pagi. Namun, tidak selewat itu waktu siramannya. Ini akan menyebabkan medium semaian akan kekeringan dan pokok akan terbantut.

Sebaiknya penyiraman dilakuakan pada awal pagi, bermula pada sekitar jam 7.00  hingga 8.00 pagi. Manakala, waktu petang pula pada jam 5.00 petang ke atas.

  1. Pemindahan Anak Benih Ke Batas

Anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut anak benih, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris.

  1. Penjagaan

Tabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu. Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Bersihkan batas daripada rumpai menggunakan tangan, cangkul atau tajak.

  1. Tuaian Hasil

Cili boleh dipetik lapan minggu selepas diubah ke ladang dan pungutan hasil dibuat setiap tiga atau empat hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 meter persegi adalah 100-200 kg.

Loading...

Tags: #baja untuk pokok cili #cara tanam cili atas tanah #cili #cili padi kampung #lada hijau #lada merah #menanam pokok cili #panduan menanam pokok cili #panduan menanam pokok cili di kebun #panduan tanam pokok lada #tanaman cili #tanaman cili fertigasi

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.