Petua Tradisional Penyakit Gout, Tanda-Tanda, Punca & Langkah Pencegahan

Petua Tradisional Penyakit Gout, Tanda Tanda, Punca & Langkah Pencegahan

Penyakit gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Tanda dan gejala gout

Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain seperti tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Berikut adalah tanda-tanda gout :

Di bawah adalah kompilasi tanda tanda gout yang saya dapat dari artikel-artikel di internet. Ini adalah sebagai panduan asas. Jika ada salah satu tanda tanda penyakit gout tersebut segeralah berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan.

  • Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bengkak dan sakit sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1 hingga 2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urik yang mungkin kelihatan seperti kapur.
  • Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap.
  • Penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara.
  • Apabila tengah malam, pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka menggigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu hingga dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.

Peringkat gout

Gout mempunyai empat peringkat yang iaitu :

  • Asimptomatik
  • Akut
  • Interkritikal

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

Punca dan penyebab gout

Punca gout antaranya ialah :

  • Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2 liter sehari.
  • Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram.
  • Gemar makan buah-buahan jeruk.
  • Gemar makan mee segera.
  • Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air Sunquick dan segala minuman berperisa.
  • Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
  • Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya.
  • Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yg banyak.
  • Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu.
  • Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin.
  • Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh ‘O’ limau.
  • Terlalu kerap makan makan kari.
  • Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
  • Stress yang tak terkawal.
  • Kerap mengambil ubat
  • Gemar makan dan kerap mengambil makanan segera seperti burger, kentang goreng dan sebagainya.
  • Penggambilan ubat supplemen yang bermacam jenis.

Pencegahan penyakit gout

Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi, air suling, serta vitamin B kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.

Langkah pertama yang perlu diambil dan diamalkan bagi menjarakkan diri dengan gout adalah penjagaan fungsi sepenuhnya buah pinggang. Selagi buah pinggang masih kuat dan berfungsi kita masih mempunyai harapan untuk melawan gout.

Berikut adalah amalan dan gaya hidup sihat yang boleh mencegah penyakit gout :

  • Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2 liter sehari.
  • Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram.
  • Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dan lain-lain.
  • Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, cermai dan jeruk anggur.
  • Elak memakan mi segera seperti Maggi dan sebagainya.
  • Elak memakan makanan ringan seperti Twisties, Chikadess, Super Ring dan sebagainya.
  • Elakkan memakan mi kuning dan roti canai.
  • Elakkan Nescafe, air Sunquick dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
  • Elakkan cokelat dan minimakan air Milo. Gantikan Milo dengan Horlick.
  • Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
  • Elakkan mengambil tembikai, tembikai susu, jambu batu atau jus jambu batu.
  • Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan.
  • Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong.
  • Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti kepak dan peha.
  • Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
  • Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
  • Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
  • Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis.
  • Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
  • Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
  • Elakkan jering, petai dan kerdas.
  • Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti
  • Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dan sebagainya.
  • Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin.
  • Elakkan telur masin.
  • Elakkan cuka makanan tiruan.
  • Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil.
  • Kurangkan makanan bersantan.
  • Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk Ajinomoto.

Cara dan amalan untuk melegakan kesakitan gout

Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Jangan sesekali menggunakan ais untuk melegakan bengkak. Oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.

Berbekam dan bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan untuk melegakan kesakitan antaranya ialah:

  • Minum air masak (suam) dengan banyak terutama sekali sebelum tidur.
  • Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
  • Makan buah delima, epal hijau, peria dan peria katak.
  • Makan sawi pahit, kacang botor, kacang panjang dan kailan.
  • Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan.
  • Ambil ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dan sebagainya.
  • Makan daging burung seperti burung puyuh dan merpati.
  • Makan daging itik, rusa, pelanduk, landak, arnab dan sebagainya.
  • Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam.
  • Penggambilan habbatussauda.

Rawatan dan petua tradisional

  • Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam. Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.
  • Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu .
  • Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

Loading...

Tags: #cara mengatasi penyakit gout #Langkah Pencegahan penyakit gout #makanan baik untuk sakit gout #makanan berbahaya untuk sakit gout #makanan untuk pesakit gout #makanan yang menyebabkan gout #pantang gout #pencegahan untuk penyakit gout #penyakit gout #penyakit gout dan penawarnya #petua tradisional untuk penyakit gout. Gout #punca gout dan cara mengatasinya #punca penyakit gout #sakit gout #tanda dan gejala gout #tanda tanda gout di kaki #tanda-tanda penyakit gout

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.