Tips Melegakan & Menghilangkan Sakit Senggugut

Tips Untuk Melegakan Dan Menghilangkan Sakit Senggugut

Senggugut ataupun disebut sebagai dysmenorrhea adalah merujuk kepada masalah sakit yang terpaksa dihadapi wanita ketika datang bulan atau haid bagi wanita. Senggugut terbahagi kepada dua iaitu dysmenorrhea primer dan dysmenorrhea sekunder.

Rasa sakit ketika haid boleh dirasai sama ada ringan ataupun kronik bergantung kepada kondisi kesihatan individu.

Senggugut Primer (Primary Dysmenorrhea)

Dysmenorrhea primer adalah rasa sakit senggugut yang dialami oleh golongan wanita muda yang berpunca dari hormon prostaglandin dan bukan akibat dari penyakit lain.

  • Sakit pada tahap normal yang dialami oleh wanita yang sedang kedatangan haid.
  • Semasa menstruasi, otot rahim di bawah perut akan mengalami proses pengecutan atau kontraksi yang lebih kuat berbanding waktu normal.
  • Keadaan kontraksi ini boleh berlaku dan hilang dalam masa yang singkat atau mungkin boleh berlanjutan sehingga 3 hari selepas kitaran haid bermula.
  • Semakin meningkat usia seseorang wanita atau setelah melahirkan anak pertama, gejala sakit senggugut ini akan semakin berkurangan.
  • Tidak dikategorikan sebagai kronik dan tidak memerlukan rawatan khusus kerana ia membawa petanda biasa anda adalah seorang yang subur.

Senggugut Sekunder (Secondary Dysmenorrhea)

Dysmenorrhea sekunder adalah sakit senggugut yang menyerang wanita yang sudah berkahwin. Sakit dysmenorrhea sekunder ini dikatakan lebih lama dan lebih teruk sakitnya. Ini kebiasaannya berpunca dari masalah rahim seperti fibroid.

  • Punca ia berlaku disebabkan oleh faktor lain seperti gangguan masalah dalaman organ reproduksi wanita itu sendiri.
  • Sakit akibat senggugut yang teruk berlaku lebih panjang berbanding senggugut biasa (senggugut primer).
  • Ia mungkin boleh berlaku beberapa hari awal sebelum kitaran haid bermula dan berlanjutan sehingga beberapa hari selepas waktu haid tamat.
  • Perlukan rawatan dan pemerhatian khusus untuk mengenalpasti dan mengawal gangguan masalah sistem reproduksi wanita yang sedang berlaku.

Punca Senggugut Ringan

Dysmenorrhea primer atau senggugut ringan ini berlaku apabila uterus mula bekerja keras menjelangnya kitaran haid bermula. Dinding uterus melakukan proses kontraksi (pengecutan dan pengenduran) untuk menyingkirkan darah haid bersama tisu dari lapisan dinding endometrium. Proses ini melibatkan komplikasi pengurangan aliran darah (ischaemia) yang menyebabkan rasa sakit.

Kontraksi dinding uterus ini berlaku disebabkan kehadiran hormon prostaglandin yang mengawal atur proses kitaran haid dalam tubuh wanita. Peningkatan hormon prostaglandin ini secara berlebihan antara penyebab utama yang mencetuskan rasa sakit ketika kedatangan haid.

Ramai juga wanita yang terpaksa menelan pil penahan sakit untuk menghilangkan sakit senggugut demi untuk memastikan aktiviti seharian mereka tidak terjejas. Namun terlalu kerap menelan pil penahan sakit ini tidak elok dan boleh mendatangkan kesan sampingan kepada tahap kesihatan anda.

Tips Hilangkan Sakit Senggugut Ringan

Wanita yang mengalami sengggut ringan digalakkan supaya membuat pemeriksaan awal kesihatan. Ia bertujuan untuk memastikan gejala senggugut primer ini tidak disebabkan oleh masalah sistem reproduksi wanita seperti ensometriosis atau fibroid. Berikut adalah beberapa tips untuk melegakan dan menghilangkan sakit senggugut primer :

  1. Banyakkan berehat. Bed rest atau berbaring pada hari pertama haid berlaku dapat membantu mengurangkan kegelisahan dan memberi ruang kerehatan pada tubuh untuk menjalankan fungsinya secara semulajadi. Jangan takut jika ia berlaku buat kali pertama, ia petanda anda seorang yang subur.
  2. Jangan abaikan sumber vitamin. Terdapat vitamin tertentu yang dikenal pasti dapat membantu mengatasi masalah senggugut. Antaranya ialah minyak ikan, kalsium & magnesium, vitamin B6, vitamin E dan Asid Gamma Linolenik (GLA). Ambil vitamin mineral ini sama ada dalam sumber diet harian atau lebih mudah lagi, dapatkan dalam bentuk set suplemen untuk senggugut.
  3. Jaga Pemakanan anda. Elakkan makanan dan minuman yang boleh memburukkan lagi keadaan akibat kekejangan uterus ketika haid terutamanya makanan tinggi lemak, bergaram, air minuman bergas, tinggi kafein dan alkohol. Banyakkan minum air kosong atau lebih baik lagi air suam, dapat membantu mengurangkan sakit senggugut.
  4. Rehatkan minda. Amalkan aktiviti yang boleh merehatkan minda dan mengurangkan ketegangan emosi dan mengawal mood seperti membaca, melihat pemandangan indah, berjalan dan sebagainya yang difikirkan sesuai. Rasa sakit boleh mengganggu konsentrasi dan kadangkala membuat anda mudah rasa stress dan cepat marah.
  5. Lakukan senaman biasa atau ringan baik untuk mengurangkan fokus anda kepada kesakitan dan lebih penting untuk mengekalkan kecergasan fizikal. Jangan risau, sakit ketika haid adalah hal biasa yang sepatutnya tidak menganggu tugasan harian. Cuma elakkan senaman atau kerja berat ketika waktu kemuncak buat sementara waktu sehingga sakit hilang.
  6. Urutan ringan pada bahagian abdomen wanita boleh membantu melegakan saat-saat kesakitan akibat kontraksi otot sekitar uterus (rahim). Orang Melayu suka menggunakan minyak panas berangin dengan teknik urutan lembut. Atau petua orang lama hanya guna minyak dengan campuran bawang merah yang telah ditumbuk. Kajian orang barat pula menyatakan bahawa penggunaan minyak essential mampu menurunkan tempoh kesakitan ketika period daripada 2.4 hari kepada 1.8 hari sahaja.
  7. Gunakan pad pemanas atau botol berisi air suam yang dituam atau diletakkan pada kawasan bawah perut yang terjejas. Ia dikenalpasti sebagai terapi haba yang dapat membantu kelegaan otot rahim, mengurangkan penyempitan salur darah dan memperbaiki aliran darah ke uterus.
  8. Mandi air suam lebih baik untuk mengurangkan sakit ketika haid. Ia membantu melegakan ketegangan otot, membantu rasa lebih rileks dan memperbaiki aliran darah ke bahagian pelvik atau bawah tubuh.

Loading...

Tags: #cara mengatasi senggugut #Dysmenorrhea #mengatasi senggugut ringan #period pain #petua menghilangkan senggugut #sakit semasa datang bulan #sakit senggugut tapi tak period #segugut saat haid #senggugut #senggugut bahaya atau tidak #senggugut dalam islam #senggugut ketika haid #senggugut primer #senggugut ringan #senggugut sekunder #senggugut teruk #tips untuk melegakan dan menghilangkan sakit senggugut #tips untuk menghilangkan sakit senggugut #ubat senggugut tradisional

Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba
Sebelum pembedahan menjadi pilihan terakhir yang ada untuk merawat ovarian cyst, adalah lebih
Ovarian Cyst. Simpton Dan Rawatannya
Cyst ialah sejenis ketumbuhan atau kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ
Rahsia Tun M Kekal Sihat Dan Cergas Sehingga Kini
Baru saja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada 10 Mei lalu,
10 Penyakit Mungkin Dihadapi Anda Jika Mengalami Penurunan Berat Badan Mendadak!
Berat badan yang mendadak turun sering kali menghampiri siapa sahaja, terutama mereka yang baru

Comments are closed.