Biodata Shahz Jaszle, Aktor Antagonis Drama Titian Cinta

Biodata Shahz Jaszle, Aktor Antagonis Drama Titian Cinta

Sekiranya anda antara penggemar drama-drama Melayu, nama Shahz Jaszle tidak perlu diperkenalkan lagi.

Beri apa sahaja watak, anak kelahiran Kuala Lumpur ini akan cuba membawanya dengan cara tersendiri.

Kelibat jejaka berusia 29 tahun ini mula mencuri tumpuan apabila membintang drama bersiri popular iaitu Tari Tirana dan Asmara yang berjaya mencipta fenomena tersendiri satu masa dahulu.

Sejak itu, figura tampan ini semakin mendapat tempat di hati para peminat dan terus mewangi dalam arena seni lakon.

Terkini, pemilik nama lengkap Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin ini muncul dengan drama terbaharunya iaitu Titian Cinta. Menerusi drama berkenaan, Shahz membawa watak antagonis bernama Daniel yang turut dijayakan oleh Zul Ariffin dan Farah Nabilah.

Untuk info, drama Titian Cinta disiarkan menerusi slot Akasia di saluran TV3 setiap hari Isnini hingga Khamis bermula 7.00 petang.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan Shahz Jaszle ini.

Biodata Ringkas Shahz Jaszle

Nama Penuh: Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin
Nama Komersil: Shahz Jaszle
Umur: 29 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 30 Julai 1988
Zodiak: Leo
Asal: Kampung Baru, Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak kelima daripada tujuh beradik
Kerjaya: Pelakon & Model
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Titian Cinta, Mr Stalker, Lara Aisyah, Cinta Masam Manis, Bidadari, Abang Sado Jemur Kain, Bagai Kelip-Kelip, Kemaafan Sakura, Tasbih Rindu, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Tahajjud Cinta, Bunga April, Asmara 1, Asmara 2, Ayu Suraya, Gemilang, Bila Mama Pakai Celana, Bio-Nik, Luna Fantasiku, Tari Tirana, Bola Cinta, Mistik Alam Hitam dan banyak lagi.

Filem: Azura, Rentas & Lebuhraya Ke Neraka

Laman Media Sosial Shahz Jaszle

Trivia Menarik Tentang Shahz Jaszle

  • Memiliki darah campuran Melayu, Indonesia, Cina dan Pakistan.
  • Sebelum aktif berlakon, Shahz bercita-cita untuk menjadi seorang chef. Beliau turut mempunyai sijil kursus perhotelan dan katering dari Kolej Komuniti Selangor.
  • Ketika melanjutkan pelajaran di kolej komuniti, Shahz pernah bekerja sebagai pelayan di restoran TGI Friday.
  • Luna Fantasiku adalah telefilem pertama yang dibintanginya manakala Azura pula filem sulung lakonannya.
  • Mendirikan rumah tangga dengan model cantik, Nur Hanis Husna Mohamad Nadzree pada 1 Mei 2015.
  • Hasil perkahwinan berkenaan, Shahz dan isteri dianugerahkan dua orang cahaya mata iaitu Alana Jasneen dan Ayden Jasreen.
  • Pernah memenangi Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.
  • Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon wanita cantik dan seksi, Miera Leyana namun putus di tengah jalan.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram dan lebih 100,000 pengikut di Twitter miliknya.

Foto Menarik Shahz Jaszle

Shahz-Jaszle-300x300 Biodata Shahz Jaszle, Aktor Antagonis Drama Titian Cinta Shahz-Jaszle-dan-isteri-300x300 Biodata Shahz Jaszle, Aktor Antagonis Drama Titian Cinta biodata-daniel-dalam-drama-titian-cinta-300x300 Biodata Shahz Jaszle, Aktor Antagonis Drama Titian Cinta anak-Shahz-Jaszle-300x300 Biodata Shahz Jaszle, Aktor Antagonis Drama Titian Cinta

azlan-150x150 Biodata Shahz Jaszle, Aktor Antagonis Drama Titian Cinta

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak shahz jaszle #Biodata Shahz Jaszle #Drama Titian Cinta TV3 #Kenali Shahz Jaszle #Profile Shahz Jaszle #shah jaszle instagram #shah jaszle wife #shahrizal jaszle gemuk #Shahz Jaszle #Shahz Jaszle Aktor Drama Titian Cinta #shahz jaszle biodata #shahz jaszle dan neelofa #shahz jaszle kahwin #shahz jaszle titian cinta

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.