Ketahui 6 Istilah Yang Seringkali Anda Temui Dalam Produk Kecantikan!

Istilah Sering DiTemui Dalam Produk Kecantikan

Sedar atau tidak, terdapat banyak produk penjagaan kulit untuk kecantikan dan kosmetik dijual di pasaran berdekatan anda.

Sama ada dari jenama tempatan atau luar negara, produk-produk ini dihasilkan untuk mengatasi masalah kulit wajah terutamanya dalam merawat kulit berminyak dan berjerawat.

Ketika memilih dan membeli produk kecantikan, pastinya anda akan menemui beberapa istilah yang tidak diketahui.

Jika tidak mengetahui maksud disebalik istilah-istilah berkenaan akan menyebabkan anda tersalah membeli produk kecantikan yang boleh menjejaskan kulit wajah.

Berikut, penulis kongsikan 6 istilah yang seringkali anda temui dalam produk kecantikan.

1. Paraben

Paraben adalah bahan kimia yang digunakan untuk mengawetkan produk kecantikan anda. Paling penting, tidak semua produk kecantikan yang mengandungi Paraben mendatangkan kemudaratan pada kulit anda.

Bagi Paraben jenis Methyl dan Ethyl boleh menyebabkan kerosakan kulit dimana akan bertukar menjadi toksin sekiranya terdedah terlalu lama dibawah sinaran ultraungu.

Antara jenis Paraben yang seringkali digunakan dalam produ kecantikan seperti Methylparaben, Propyl dan Butylparaben.

2. Cruelty Free

Untuk info, istilah Cruelty Free pada awalnya digunakan dalam industri fesyen disebabkan oleh penggunaan bulu-bulu binatang dengan cara zalim seperti membahayakan atau membunuh haiwan berkenaan.

Sementara itu, istilah Cruelty Free pada produk-produk kecantikan dan kosmetik tidak berbahaya kepada binatang terutamanya untuk dijadikan bahan eksperimen.

Malah, sesetengah produk kecantikan masih lagi menggunakan bahan-bahan mentah haiwan seperti beeswax dari lebah dan asid laktik dari susu lembu tanpa menyakiti atau membahayakan nyawa binatang-binatang tersebut.

3. AHA

AHA atau nama lengkapnya Alpha Hydroxy Acid merupakan nutrusi yang terdapat dalam yogurt dan buah-buahan.

Di dalam produk penjagaan kulit, AHA digunakan sebagai Emolien yang boleh menanggalkan sel kulit mati dengan menggantikan sel kulit yang baharu. Bahkan, dapat mensintesiskan kolagen bagi mengurangkan garis-garis halus atau kedut di wajah anda.

4. BHA

Jika AHA boleh menggantikan set kulit mati, Beta Hydroxy Acid atau BHA pula dimanfaat untuk merawat tekstur dan warna kulit.

Kalau nak tahu, BHA hanya mempunyai satu jenis kandungan kimia yang dikenali sebagai Salicylic Acid dimana anda boleh temuinya dalam produk-produk kecantikan untuk kulit berjerawat.

BHA sangat bagus untuk mengatasi masalah berjerawat kerana ianya dapat membersihkan segala kotoran sehingga ke dalam liang pori.

5. Dermatologist Tested

Untuk pengetahuan para pembaca, istilah Dermatologist Tested merujuk kepada sesuatu produk kecantikan atau kosmetik yang telah diuji ahli dermatlogi atau doktor pakar kulit.

Meskipun ianya telah diuji oleh pakar-pakar tetapi tidak banyak infomasi berkaitan tentang bagaimana sesuatu produk kecantikan berkenaan diuji. Bahkan, tidak menjelaskan sama ada produk-produk berkenaan diuji dengan jenis kulit tertentu.

Jika ahli-ahli dermatologi menguji produk dengan beberapa orang, produk tersebut sudah dianggap sebagai Dermatologist Tested.

Oleh itu, anda disarankan agar berhati-hati apabila memilih dan membeli sesuatu produk kecantikan atau kosmetik.

6. Non-Comedogenic

Lastly, Non-Comedogenic membawa definisi sebagai produk yang dirumuskan untuk mengelakkan kotoran dari menutupi liang pori dimana boleh menyebabkan masalah bintik hitam pada raut wajah anda.

Lazimnya, produk kecantikan yang Non-Comedogenic adalah bebas minyak. Walaupun, produk penjagaan kulit dianggap sebagai Non-Comedogenic yang sangat sesuai buat kulit berjerawat, sila pastikan produk berkenaan tidak mendatangkan masalah bintik hitam pada anda.

azlan-150x150 Ketahui 6 Istilah Yang Seringkali Anda Temui Dalam Produk Kecantikan!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #AHA #BHA #Cruelty Free #Dermatologist Tested #Istilah - Istilah dalam Ilmu Kecantikan #Istilah Yang Sering Anda Temui Pada Produk Kecantikan #Istilah-istilah dalam Produk Kecantikan #Kosmetik Wiki #Memahami Istilah Kosmetik #Mengenal Istilah dalam Kosmetik #Non-Comedogenic #Paraben #produk kecantikan

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.