Resepi Putu Halba, Kuih Paling Digemari Pada Waktu Musim Tengkujuh

Kuih Putu Halba

Sebenarnya kuih Putu Halba, Putu Piring dan Putu Bambu adalah kuih menggunakan bahan asas utama yang sama iaitu ubi kayu. Kuih Putu Bambu diberi nama kerana ia menggunakan acuan buluh semasa proses mengukus manakala Putu Halba menggunakan bahan tambahan halba dalam resepinya dan ia dikukus di dalam bekas seperti piring acuan yang digunakan untuk mengukus Putu Piring. Di negeri sebelah pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan, masyarakat lebih sinonim memanggil kuih ini dengan nama Putu Halba.

Kuih Putu Halba amat sedap dinikmati ketika ia masih panas. Ini kerana rasanya akan sedikit liat apabila dihidangkan setelah ia sejuk. Adalah lebih sempurna jika ia dimakan bersama kelapa parut dan secawan air kopi panas di waktu petang. Tanpa membuang masa, mari kita lihat cara-cara bagaimana memasak kuih Putu Halba ini.

Antara peralatan yang diperlukan adalah :

  • Periuk kukus khas untuk membuat Putu Halba
  • Kain kasa (maslin) yang dipotong kecil pada anggaran saiz yang sesuai dengan kuih
  • Daun pandan segar
  • Air secukupnya (digunakan untuk kukusan)

Penyediaan bahan asas ubi kayu :

  1. Satu kilogram ubi kayu yang telah dibuang kulitnya dan diparut halus secara manual mengguna alat pemarut khas. Isi ubi yang selesai diparut dimasukkan dalam kain maslin dan diperah sehingga betul-betul kering. Kemudian, hasil perahan tadi dileraikan di dalam talam dan dibiarkan kering selama 1 hingga 2 jam supaya ia betul-betul kering dan melerai.
  2. Jika anda kerja yang mudah, boleh dapatkan tepung ubi kayu yang telah siap dijual di kedai. Tetapi sudah pasti rasanya amat berbeza dengan buatan sendiri.

Bahan-bahan memasak Putu Halba :

  • Ubi kayu parut yang telah disediakan tadi atau tepung ubi kayu
  • ½ sudu makan halba
  • Gula melaka (manisan kelapa) yang dihiris halus
  • Kelapa parut
  • Garam
  • Gula

Cara-cara memasak :

  1. Panaskan air di dalam periuk kukusan. Campurkan ½ sudu makan halba ke dalam ubi kayu. (Boleh juga dicampurkan garam ke dalam ubi tersebut. Bergantung kepada selera)
  2. Alas pinggan dengan kain maslin, masukkan separuh ubi kayu ke dalam pinggan. Letakkan gula melaka sebagai inti ditengah-tengah dan kemudiannya ditutup dengan acuan ubi kayu.
  3. Balutkan acuan tadi dengan kain maslin dan letakkan dengan betul di atas tray pengukus.
  4. Kukuskan ia selama 20 minit atau sehingga ia masak. Putu Halba masak sepenuhnya apabila ia acuan itu sebati menjadi bentuk kuih.
  5. Ulangi langkah memasak tadi sehingga selesai.
  6. Akhir sekali, hidangkan kuih Putu Halba bersama kelapa parut yang dicampurkan garam dan gula.

alat-pengukus-putu-halba-29-lubang-150x150 Resepi Putu Halba, Kuih Paling Digemari Pada Waktu Musim Tengkujuh bekas-kukus-putu-halba-150x150 Resepi Putu Halba, Kuih Paling Digemari Pada Waktu Musim Tengkujuh Cara-masak-Kuih-putu-halba-150x150 Resepi Putu Halba, Kuih Paling Digemari Pada Waktu Musim Tengkujuh kuih-putu-halba-atau-putu-piring-150x150 Resepi Putu Halba, Kuih Paling Digemari Pada Waktu Musim Tengkujuh pulu-halba-putu-piring-dan-putu-bambu-150x150 Resepi Putu Halba, Kuih Paling Digemari Pada Waktu Musim Tengkujuh masak-putu-bambu-150x150 Resepi Putu Halba, Kuih Paling Digemari Pada Waktu Musim Tengkujuh putu-bambu-150x150 Resepi Putu Halba, Kuih Paling Digemari Pada Waktu Musim Tengkujuh putu-piring-150x150 Resepi Putu Halba, Kuih Paling Digemari Pada Waktu Musim Tengkujuh

Loading...

Tags: #bahan memasak putu halba #beza putu piring putu halba putu bambu #cara buat kuih putu halba sebenar #kuih paling digemari waktu banjir #kuih paling sedak dimakan waktu tengkujuh #resepi putu halba #resepi putu halba original #resepi putu piring

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Leave a reply "Resepi Putu Halba, Kuih Paling Digemari Pada Waktu Musim Tengkujuh"