Azrel Ismail, Semakin Laris Di Persada Seni Lakonan

Azrel Ismail

Menguak pintu seni hiburan tanah air sebagai pelakon sampingan satu masa dahulu, jejaka kacak bernama Azrel Ismail boleh tersenyum bangga apabila bergelar hero pujaan Malaya masa kini.

Banyak menerajui watak utama drama bersiri mahupun telemovie tempatan, nama anak jati Taiping, Perak ini sebaris dengan pelakon popular negara seperti Zul Arifin, Fahrin Ahmad, Amar Baharin dan Sharnaaz Ahmad.

Semakin laris di persada seni lakonan, jejaka berbintang Capricorn ini juga aktif dalam bidang modeling dan pengacaraan.

Buah tangan terbaharunya iaitu drama berjudul Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin bersama-sama dengan Raysha Rizrose dan Idris Khas sedang ditayangkan di TV3 mulai 10 Julai 2017.

Jom kita berkenalan dengan pelakon berusia 33 tahun ini.

Biodata Azrel Ismail

Nama Penuh: Azrel Bin Ismail
Nama Komersil: Azrel Ismail
Tarikh Lahir: 16 Januari 1984
Umur: 33 Tahun (2017)
Zodiak: Capricorn
Asal: Taiping, Perak
Kerjaya: Pelakon & Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: Azrelnizers

Drama/Telemovie: Pingan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Cinta Koko Coklat, Syurga Nur, Menantu Ting Tong, Lelaki Macam Dia, Seketas Tembok Coliseum, Makcun 2, Isteri VS Tunang, Bodyguard, Cucu Tauke Beras, Ahli Mesyuarat Tingkap, Nasi Ayam Duda, Jangan Ambil Anak Aku, Calon Menantu, Gondola Cinta Di Venice dan banyak lagi.

Filem: Aku Terima Nikahnya, Laki-Laki, 8 Jam dan Hanyut.

Laman Sosial Azrel Ismail

  • Facebook: www.facebook.com/azrelismail
  • Twitter: www.twitter.com/azrelismail
  • Instagram: www.instagram.com/azrelismail

Trivia Menarik Azrel Ismail

  • Memiliki lebih 300,000 pengikut di Instagram miliknya.
  • Wajahnya dikatakan persis pelakon hebat negara, Remy Ishak.
  • Pernah menyertai pertandingan Lelaki Maskulin 2008/2009 yang turut disertai pelakon baharu berbadan sasa iaitu Mustaqim Baharon.
  • Pelakon drama Syurga Nur ini juga pernah berkhidmat sebagai pegawai pemasaran di PNB Darby Park.
  • Untuk pengetahuan pembaca, segala urusan seni dan kerjaya diurus sendiri oleh Azrel tanpa khidmat bantuan pengurus peribadi.
  • Sukan badminton dan bersenam di gimnasium merupakan antara aktiviti yang dilakukan Azrel di waktu lapang.
  • Sebelum dikenali Azrelnizers, nama kelab peminatnya adalah Azrelite.
  • Media tempatan melaporkan bahawa Azrel bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan. Namun, beliau tidak mendedahkan identiti bakal isterinya.
  • Azrel sebelum ini dilaporkan oleh pihak media menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon bertubuh genit iaitu Ruhainies.
  • Sedar atau tidak, 2017 merupakan tahun ketiganya bergelar seorang anak wayang.

Gambar Menarik Azrel IsmailĀ 

aktor-kacak-azrel-ismail-300x300 Azrel Ismail, Semakin Laris Di Persada Seni Lakonan gambar-hd-azrel-ismail-300x300 Azrel Ismail, Semakin Laris Di Persada Seni Lakonan gaya-rambut-azrel-ismail-300x300 Azrel Ismail, Semakin Laris Di Persada Seni Lakonan pelakon-azrel-ismail-300x300 Azrel Ismail, Semakin Laris Di Persada Seni Lakonan pomade-azrel-ismail-fesyen-rambut-300x300 Azrel Ismail, Semakin Laris Di Persada Seni Lakonan tubuh-sasa-azrel-ismail-300x300 Azrel Ismail, Semakin Laris Di Persada Seni Lakonan

azlan-150x150 Azrel Ismail, Semakin Laris Di Persada Seni Lakonan

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #azrel ismail #azrel ismail biodata #azrel ismail dan ruhainies #azrel ismail drama #azrel ismail profile #azrel ismail tinggi #Biodata Azrel Ismail #fesyen azrel ismail #fesyen rambut #gambar azrel ismail #Kenali Azrel Ismail #pelakon azrel ismail #Pinggan tak retak nasi tak dingin #Trivia Menarik Azrel Ismail

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.