Petua Berkesan Mengatasi Masalah Rambut Kering Dan Kusut

Petua Rambut Kering Rosak

Rambut kering menjadi salah satu masalah rambut yang tidak boleh diabaikan. Rambut kering akan terlihat tidak sihat dan kurang bersinar. Seterusnya masalah rambut kering  ini menjadi penyebab berlakunya masalah rambut yang mudah kusut. Antara penyebab rambut kering dan rosak ialah ;

  • Sering terdedah pada sinar matahari secara langsung dan dalam tempoh yang lama.
  • Sering menggunakan pewarna rambut untuk mewarnai rambut.
  • Menggunakan berbagai macam ubat juga dapat merosak rambut.
  • Sering pergi ke salon sebab kebiasaannya salon menggunakan bahan kimia.

Tips Atasi Rambut Kering dan Kusut

  • Jangan Gunakan Pengering Rambut

Mengeringkan rambut dengan alat pengering yang panas dapat menyebabkan rambut menjadi stress dan menimbulkan kerosakan yang lebih parah di hujung rambut. Seeloknya, keringkan rambut dengan kipas agar rambut tidak mudah rosak dan bercabang.

  • Menggunakan Detangling Spray

Menyikat rambut kusut bukan sahaja menyakitkan, malah  berpotensi merosakkan rambut. Gunakan  detangling spray (spray anti kusut) sebelum menyikat rambut. Spray ini bertindak seperti pelicin yang membantu proses memperbaiki rambut kusut berjalan lebih mudah. Dengan menggunakan detangling spray, sikat rambut anda dengan lembut bahagian demi bahagian hingga semua kekusutan terurai.

  • Gunakan Kondisioner Rambut

Gunakan kondisioner sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pakai dan biarkan selama 10 hingga 15 minit kemudian baru dibilas. Jika menggunakan kondisioner spray, mulailah dengan mengurai kekusutan di hujung rambut dan perlahan-lahan mendekati akar rambut. Kondisioner ini memiliki efek pelembab alami yang berguna mengurangi kekusutan.

  • Hindari Produk Rawatan rambut yang Mengandungi Alkohol

Produk perawatan rambut yang mengandungi alkohol dapat membuat rambut menjadi rapuh dan tidak bermaya. Jika menggunakan produk yang mengandungi alkohol, pastikan anda mencuci rambut hingga bersih sebelum tidur. Anda tentu tidak ingin rambut berubah menjadi kusut ketika bangun di pagi hari. Namun untuk memastikan anda bebas dari masalah itu, selalu gunakan produk hair styling yang tidak mengandungi alkohol.

  • Vitamin Rambut

Berbeza dengan serum, vitamin rambut mengandungi formula yang lebih ringan. Vitamin rambut ini dapat membekalkan nutrisi kepada rambut anda.

  • Gunakan Shampu Khusus

Pastikan anda memilih shampu khusus untuk jenis rambut kering. Langkah ini cukup penting kerana rambut memerlukan kelembapan yang tinggi untuk mengelak dari kering dan seterusnya menjadi kusut.

  • Sikat Rambut Dengan Cara Yang Betul

Cara menyikat rambut sangat berpengaruh bagi kesihatan rambut anda. Gunakan sikat yang mempunyai ruaang gigi yang lebar dan tidak terlalu rapat. Pisahkan rambut yang kusut dengan menggunakan tangan  ketika rambut dalam keadaan basah atau lembab. Apabila rambut yang kusut sudah terlerai, sikat dengan perlahan-lahan. Tidak perlu untuk kerap kali menyikat rambut anda, cukuplah sekadar menyikat rambut agar ia tidak kusut.

Petua Bagi Rambut Kering Dan Kusut

  • Minyak Zaitun

Minyak zaitun berguna sebagai pelembab rambut dan mengatasi rambut kering. Setiap dua minggu sekali rapikan minyak zaitun yang hangat pada rambut. Untuk menghangatkan minyak tersebut,  gunakan microwave. Rapikan pada rambut dalam keadaan basah. Biarkan selama lima minit, lalu dibasuh dan dibilas dengan shampu.

  • Baking Soda

Baking soda tidak hanya digunakan sebagai campuran bahan membuat kuih muih dan kek, tetapi baking soda juga sudah lama digunakan untuk ramuan bagi kulit yang gelap. Ada juga manfaat baking soda sebagai cara menghilangkan belang di wajah. Cara menggunakan baking soda untuk menguraikan rambut kusut adalah dengan mencampurkan baking soda dengan beberapa sudu besar kondisioner rambut yang biasa anda pakai dan kacau hingga sebati. Rapikan ramuan ke seluruh rambut. Usap dan ratakan dengan lembut kulit kepala dan kemudiannya tutup dengan shower cap. Biarkan selama 45 minit dan kemudiannya cuci rambut dan bilas sampai bersih.

  • Mayonaise

Mayonaise dibuat dari telur, minyak zaitun, lemon dan semua bahan alami yang diperlukan untuk memberi nutrisi pada rambut. Membuat ramuannya tidaklah sukar. 3 sudu kecil mayonaise dan 1 biji pisang dilumatkan sampai halus berbentuk doh. Sapukan pada rambut yang kering, hanya pada bahagian helaian rambut, jangan mengenai kulit kepala. Biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dan cuci rambut seperti biasa.

  • Cuka Epal

Cuka epal berkhasiat untuk mengurangkan masalah rambut rosak dan membuat rambut menjadi lebih halus. Caranya dengan mencampurkan satu sudu besar minyak gandum dengan setengah cawan cuka epal dan tambahkan air secukupnya. Rapikan campuran tersebut pada rambut ketika rambut masih basah, biarkan dalam 10 minit lalu bilas hingga bersih tanpa menggunakan shampu.

Faisal Ab. Manaf

Menulis sekadar hobi di waktu terluang. Berpengalaman lebih 9 tahun dalam bidang penulisan sebagai penulis sambilan bagi sinopsis, cereka, penulisan komik, karya komedi dan karya seram di beberapa forum dan laman web.

More Posts

Loading...

Tags: #cara mengatasi masalah rambut kusut #masalah rambut #petua atasi rambut kusut #Petua Berkesan Mengatasi Masalah Rambut Kering Dan Kusut #petua rambut kering #petua rambut kusut #rambut kering #rambut kusut #rawatan rambut #rawatan rambut kering #rawatan rambut kusut #tips Berkesan Mengatasi Masalah Rambut Kering Dan Kusut #tips mengatasi rambut kusut dan kering

Makanan Dilarang Semasa Berpantang, Para Ibu Patut Tahu!
Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk merawat,
Cara Mengatasi Masalah Kelawar Dari Memasuki Bumbung Rumah Anda
Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Terdapat lebih
Cara Mengatasi Penyakit Gatal Dan Ruam Pada Kulit Bayi
Ruam merah atau gatal pada si kecil selalu muncul pada bayi baru lahir. Tahukan
Cara Mengatasi Bulu Hidung Memanjang & Kesannya Terhadap Penampilan Anda!
Bulu halus yang tumbuh di hidung memang sangat penting dalam proses pernafasan. Selain

Comments are closed.