Drama Seadanya Aku TV3, Sinopsis dan Pelakon

Drama Seadanya Aku TV3, Sinopsis Dan Pelakon

Nantikanlah drama terbaru hasil adaptasi novel berjudul Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya di slot Akasia TV3 yang menyatukan semula gandingan pelakon Zara Zya dan Azlee Khairi. Drama ini adalah arahan Feroz Kader, terbitan Country Universal Sdn Bhd dan bakal ditayangkan pada awal tahun 2020 nanti.

Drama bersiri ini mengisahkan Aufiya (lakonan Zara Zya) yang bakal melangsungkan perkahwinan, tetapi disaat hari perkahwinan tersebut, tunangnya Taufik (lakonan Redza Rosli) tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya sebelum ini. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya.

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka. Mari kita tunggu waktu tayangan yang dijangka pada awal tahun 2020 nanti.

JUDUL : SEADANYA AKU
TARIKH TAYANGAN : 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Rissa Ahdiya
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Ainina Ahmad

Pelakon / Watak
Zara Zya sebagai Aufiya
Azlee Khairi sebagai Zarul
Elvina Mohamad sebagai Wina
Dayana Roza sebagai Zureen
Redza Rosli sebagai Taufik
Sharifah Husna sebagai Eliza
Fadlan Hazim sebagai Hadi

Loading...

Tags: #kisah Drama Seadanya Aku #pelakon Drama Seadanya Aku #sinopsis Drama Seadanya Aku #tv3 Drama Seadanya Aku #waktu tayangan Drama Seadanya Aku #watak pelakon zara zya Drama Seadanya Aku

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.