Kenali Fikry Ibrahim, Dari Pelawak Ke Dunia Pengacaraan Dan Lakonan

Foto Wajah Hensem Fikry Ibrahim

Nama Fikry Ibrahim mungkin tidak sepopular Zizan Razak, Johan, Jep Sepahtu atau Abam Bocey, namun bakat jejaka kacak ini tidak boleh dipandang enteng.

Memenangi tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016, anak jati Jitra, Kedah ini merupakan antara pelapis pelawak tanah air yang semakin dikenali ramai.

Walaupun masih hijau dalam dunia komedi, figura berkulit sawo matang ini turut melebarkan sayapnya dalam dunia pengacaraan dan lakonan.

Terkini, Fikry digandingkan Siti Nordiana dan Achey Bocey untuk mengendalikan realiti nyanyian kerohanian iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV) yang disiarkan Astro Oasis 106 serta drama bersiri lakonan pertamanya, Hero Seorang Cinderella akan ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi.

Untuk kali ini, penulis ingin kongsikan dengan andan mengenai 6 trivia menarik Fikry Ibrahim. Jom, semak!

1. Mementingkan pelajaran walaupun bergelar selebriti

Menolak untuk menyertai program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 kerana ingin fokus dalam pelajarannya di menara gading. Fikry merupakan graduan Diploma Komunikasi Massa (Pengiklanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan kini menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan yang sama.

2. Menjalankan bisnes dobi

Fikry pernah menjalankan bisnes dobi di Jitra, Kedah selama 10 bulan. Terpaksa menutup operasi sementara kerana berjaya menyertai program Lawak Solo. Selepas tamatnya Lawak Solo, Fikri ingin mengembangkan lagi bisnes dobinya dengan menggunakan sebahagian wang hasil kemenangannya di tempat ketiga.

3. Diganggu peminat gila seks

Pernah diganggu peminat yang menghantar mesej-mesej berbaur lucah dimana mengajaknya melakukan hubungan seks di Instagram miliknya.

4. Memiliki dua kelab peminat

Jika selebriti tempatan yang lain mempunyai satu kelab peminat tetapi Fikry memiliki dua kelab peminat iaitu Fikry Familia (FF) dan Fikri Ibrahim Team (FIT).

5. Mempunyai cara tersendiri apabila gugup di atas pentas

Sebelum membuat sebarang persembahan, Fikry akan mendengar lagu-lagu yang mampu menaikkan semangat dan keyakinannya selama sejam.

6. Memiliki lebih 50,000 di Instagram miliknya

Pengikutnya semakin bertambah sejak menyertai program Lawak Solo dan mengacara GGV.

Biodata Ringkas Fikry Ibrahim

Nama Penuh: Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim
Nama Komersil: Fikry Ibrahim/Fikry Lawak Solo
Tarikh Lahir: 1994
Umur: 23 Tahun (2017)
Asal: Jitra, Kedah
Status: Bujang
Kerjaya: Pelawak, Pengacara, Pelakon dan Usahawan
Host TV: Gema Gegar Vaganza (Astro) dan Jalan Jalan Makan Angin (TV3)
Drama: Hero Seorang Cinderella

Laman Sosial Fikry Ibrahim

Gambar Menarik Fikry Ibrahim

biodata-fikry-ibrahim-150x150 Kenali Fikry Ibrahim, Dari Pelawak Ke Dunia Pengacaraan Dan Lakonanfesyen-fikry-ibrahim-e1511783472386-150x150 Kenali Fikry Ibrahim, Dari Pelawak Ke Dunia Pengacaraan Dan Lakonanfikry-ibrahim-facebook-e1511783485339-150x150 Kenali Fikry Ibrahim, Dari Pelawak Ke Dunia Pengacaraan Dan Lakonanfoto-fikry-ibrahim-150x150 Kenali Fikry Ibrahim, Dari Pelawak Ke Dunia Pengacaraan Dan Lakonangambar-menarik-fikry-ibrahim-e1511783500683-150x150 Kenali Fikry Ibrahim, Dari Pelawak Ke Dunia Pengacaraan Dan Lakonanpengacara-fikry-ibrahim-150x150 Kenali Fikry Ibrahim, Dari Pelawak Ke Dunia Pengacaraan Dan Lakonanpengacara-GV-fikry-ibrahim-150x150 Kenali Fikry Ibrahim, Dari Pelawak Ke Dunia Pengacaraan Dan Lakonanwajah-hensem-fikry-ibrahim-150x150 Kenali Fikry Ibrahim, Dari Pelawak Ke Dunia Pengacaraan Dan Lakonan

azlan-150x150 Kenali Fikry Ibrahim, Dari Pelawak Ke Dunia Pengacaraan Dan Lakonan

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Fikry Ibrahim #fakry ibrahim lawak solo #fikri ibrahim biodata #Fikry Ibrahim #fikry ibrahim age #fikry ibrahim biodata #fikry ibrahim lawak solo #fikry ibrahim pelakon #fikry ibrahim umur #fikry ibrahim wikipedia #Fikry Lawak Solo #fikry lawak solo pelajar #foto fakry ibrahim #gambar fakry ibrahim #Gema Gegar Vaganza #pelakon fakry ibrahim #pelawak fakry ibrahim #Trivia Menarik Fikry Ibrahim

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula
  1. author

    Putih Melati5 years ago

    Minat sgt mamat ni berlakon..

    Reply

Leave a reply "Kenali Fikry Ibrahim, Dari Pelawak Ke Dunia Pengacaraan Dan Lakonan"