Ammar Effendy, Anak Sulung Rozita Che Wan Berbadan Sado Dan Handsome

Biodata Ammar Effendy

Siapa yang tidak mengenali dengan anak sulung kepada aktres cantik jelita, Rozita Che Wan (Che Ta) iaitu Ammar Effendy.

Bukan sahaja dikurniakan rupa paras yang handsome malahan memiliki tubuh badan yang tegap dan sado.

Siapa sahaja yang memandang, pasti jatuh cinta dengan anak kelahiran Ampang, Selangor ini.

Di samping suka melakukan aktiviti sihat seperti bersenam di gimnasium, Ammar juga mahir bermain alat muzik seperti gitar dan drum. Paling menarik, jejaka berbintang Libra ini mempunyai lebih 300,000 pengikut di instagram miliknya.

Berikut merupakan ringkasan biodata dan trivia menarik disebalik Ammar Effendy buat tatapan pembaca. Jom baca!

Biodata Ringkas Ammar Effendy

Nama Penuh: Ammar Effendy Azuar Effendy
Nama Komersil: Ammar Effendy
Tarikh Lahir: 28 September 1996
Umur: 21 Tahun (2017)
Zodiak: Libra
Asal: Ampang, Selangor
Adik Beradik: Anak sulung daripada tiga beradik:
Status: Bujang
Nama Bapa: Azuar Effendy Zulkafly
Nama Ibu: Rozita Che Wan (Che Ta)
Kerjaya: Usahawan
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Media Sosial Ammar Effendy

Trivia Menarik Ammar Effendy

1. Anak Hasil Perkahwinan Terdahulu Che Ta

Ammar merupakan putera sulung Che Ta hasil perkahwinan terdahulu bersama Ezuar Affendy yang merupakan seorang juruterbang (pilot). Menerusi perkahwinan itu, Che Ta turut dikurnia seorang lagi anak lelaki bernama Aniq Ezzra yang kini berusia 18 tahun.

2. Seorang Pelajar Pandai

Kalau nak tahu, Ammar merupakan seorang pelajar yang bijak dalam pelajarannya. Jejaka ini berjaya mendapatkan keputusan cemerlang iaitu 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Paling menarik, Ammar dihadiahkan oleh ibunya dengan sebuah kereta mewah BMW 6 Siri diatas kecemerlangannya dalam SPM. Ammar juga merupakan pelajar lulusan O Level di Help University dalam jurusan perniagaan.

3. Menjalankan Bisnes Sendiri

Kerana minat dengan perniagaan, anak tiri kepada Zain Saidin ini membuka label pakaiannya sendiri iaitu Ammar Effendy Clothing. Turut mengeluarkan jenama minyak wanginya sendiri bernama AE93.

4. Pernah Dikecam Netizen

Sebagai anak selebriti, Ammar tidak ketinggalan dalam menerima kecaman daripada netizen. Selain dikritik menayangkan dada apabila memuatnaik fotonya di instagram dengan hanya memakai tuala mandi dan tidak berbaju, jejaka berusia 21 tahun juga dikecam kerana berhibur ke kelab malam serta membeli-belah barangan berjenama mewah.

5. Pandai Berfesyen & Kaki Melancong

Jika anda ke instagram Ammar, pastinya akan melihat foto-fotonya yang suka bercuti bersama ahli keluarga dan sahabat handainya. Antara lokasi percutian yang pernah dilawatinya adalah Paris, London, Barcelona, Madrid, Greece dan banyak lagi. Ammar juga seorang yang gemar berfesyen dan bijak apabila mengenakan sesuai pakaian.

Gambar Menarik Ammar Effendy

Ammar-Effendy-anak-sulung-che-ta-300x300 Ammar Effendy, Anak Sulung Rozita Che Wan Berbadan Sado Dan Handsome Gambar-ahli-Keluarga-Che-Ta-dan-Zain-Saidin-bersama-anak-anaknya-300x300 Ammar Effendy, Anak Sulung Rozita Che Wan Berbadan Sado Dan Handsome gambar-raya-rozita-che-wan-dan-anak-300x300 Ammar Effendy, Anak Sulung Rozita Che Wan Berbadan Sado Dan Handsome badan-hot-Ammar-Effendy-300x300 Ammar Effendy, Anak Sulung Rozita Che Wan Berbadan Sado Dan Handsome anak-che-yang-sulung-300x300 Ammar Effendy, Anak Sulung Rozita Che Wan Berbadan Sado Dan Handsome anak-che-ta-ammar-effendy-300x300 Ammar Effendy, Anak Sulung Rozita Che Wan Berbadan Sado Dan Handsome Ammar-Effendy-300x300 Ammar Effendy, Anak Sulung Rozita Che Wan Berbadan Sado Dan Handsome Ammar-Effendy-tayang-tubuh-300x300 Ammar Effendy, Anak Sulung Rozita Che Wan Berbadan Sado Dan Handsome

azlan-150x150 Ammar Effendy, Anak Sulung Rozita Che Wan Berbadan Sado Dan Handsome

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Ammar Effendy #ammar effendy age #Ammar Effendy Anak Che Ta #Ammar Effendy badan sado #ammar effendy biodata #Ammar Effendy Clothing #ammar effendy umur #anak sulung che ta #Anak Sulung Rozita Che Wan #Biodata Ammar Effendy #biodata Anak Sulung Rozita Che Wan #Images for Ammar Effendy #Kenali Ammar Effendy #Profil Ammar Effendy #Putera Sulung Rozita Che Wan

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.