Resepi Masakan Ikan Stim Versi Thai

Ikan Siakap Stim

Resepi Ikan Stim Versi Thai

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah (dikisar)

Bahan A :

  • 3 camca besar jus limau kasturi
  • 1 camca besar minyak jagung
  • 1 1/2 camca teh gula
  • 1/2 camca teh garam
  • 10 biji cili padi (dihiris halus)
  • 2 batang serai (bahagian putih dihiris halus)
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
  • 1 helai daun limau purut (dihiris halus)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk halus)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1/2 kiub pati ikan bilis (ditumbuk halus)

Cara memasak :

  1. Ikan digaul dengan sedikit tepung gandum dan jus limau nipis. Perapkan selama 15 minit (hilangkan bau hanyir), kemudian cuci bersih. Jika tidak perlu, amalkan langkah ini.
  2. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan kacau rata hingga rata. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan, sediakan bekas untuk kukusan. Sapukan bekas kukusan dengan sedikit minyak jagung pada bekas tadi. Ikan siakap dikelar sedikit, kemudian dilumur dengan garam, serbuk lada sulah dan tepung jagung.
  4. Kemudian, letak dalam bekas tahan panas tadi dan tuangkan bahan-bahan A di atas ikan, ratakan termasuk dibahagian dalam perut ikan.
  5. Kukuskan dalam tempoh 20 minit atau sehingga isi ikan bertukar putih dalam api sederhana.
  6. Hidangkan segera bersama nasi putih.

Carian Berkaitan

ikan stim versi thai
Loading...

Tags: #cara masak ikan siakap stim #masak ikan siakap stim thai #menu ikan siakap stim #Resepi Ikan siakap Stim Versi Thai #Resepi Ikan Stim Versi Thai

Resepi Roti Sarang Lebah Bersalut Sos Butterscotch Yang Enak!
Bahan A 50 gram gula 1 paket yis 300ml air Bahan B 150
Cara Memasak Pulut Kuning Yang Sedap
Memasak pulut kuning tidaklah rumit. Masa untuk memasak juga tidak memerlukan masa yang
5 Resepi Masakan Maggi Pilihan Rakyat Malaysia, Tengok Gambar Pun Tak Tahan!
Masakan maggi sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Menu ringkas yang senang
Resipi Biskut Raya Sarang Semut
Biskut sarang semut merupakansalah satu biskut kegemaran penulis dan juga merupakan biskut raya

Comments are closed.