5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun

Foto Pengasas Produk Kecantikan Merve Cosmetics

Siapa Joy Revfa? Kalau anda nak tahu, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin merupakan suri hati kepada penyanyi kerohanian popular tanah air iaitu Hafiz Hamidun.

Pasangan merpati dua sejoli ini baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2017 selepas mengikat tali pertunangan pada 22 Mac 2017 lalu.

Memiliki empayar perniagaan produk berasaskan kecantikan dan kesihatan, Joy turut menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita diluar sana untuk mengecapi kejayaan dalam hidup.

Apa tunggu lagi, jom baca 5 trivia menarik tentang ahli perniagaan yang berasal dari Kuantan, Pahang ini.

1. Pengasas kepada produk kecantikan dan kesihatan berjenama Merve Cosmetics

Joy memulakan bisnes pada 11 Februari 2015 dengan menubuhkan Merve Group Holdings Berhad dan Merve Skin Health Sdn Bhd (Merveilles).

Mengangkat tema Fairy Tales pada produk kesihatan dan kecantikannya, Merve kini mempunyai lebih 60 stokis serta lebih 1000 agen dan dropship di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Antara produk yang dikeluarkan adalah Gorgeous Juice, Perfect Matte Powder, Fairy Tears Potion Serum, Illusion Creamy Concealer dan banyak lagi.

2. Pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan

Sebelum bergelar isteri kepada Hafiz Hamidun, Joy pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan yang mempunyai gelaran Datuk.

Hasil perkahwinan terdahulu, Joy dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang berusia 3 tahun.

3. Berbakat besar dalam dunia solekan

Untuk info, Joy merupakan graduan diploma dalam bidang solekan fesyen dan fotografi dari Puspita Martha International Beauty School, Jakarta.

Selepas tamat pengajian, wanita ini dipilih sebagai jurusolek kesan khas untuk filem-filem pecah panggung dari Indonesia seperti Habibie & Ainun dan The Perfect House.

3. Anak kepada jurusolek terkenal

Joy merupakan anak kepada jurusolek terkenal iaitu Sofia Abbas.

Dalam membantu wanita-wanita diluar sana menjadi usahawan kecantikan yang berjaya, Joy bersama ibu dan kakaknya turut membuka sebuah akademi iaitu Akademi Kecantikan Artistik Diyana yang beroperasi di Shah Alam sejak tahun 1990.

4. Mempunyai darah campuran dua negara

Di sebalik wajahnya yang cantik jelita dan putih mulus, Joy mempunyai darah campuran iaitu Malaysia dan Indonesia.

5. Mempunyai lebih 100,000 pengikut di instagram miliknya

Sehingga artikel ini ditulis, Joy mempunyai 163,000 pengikut di instagramnya.

Selain suka memuat naik gambar swafotanya, Joy turut berkongsi pelbagai petua dan tips kesihatan serta kecantikan kepada pengikutnya di instagram.

Biodata Ringkas Joy Revfa

Nama Penuh: Siti Arifah Mohd Amin
Nama Komersil: Joy Revfa
Tarikh Lahir: 1987
Umur: 30 Tahun (2017)
Asal: Kuantan, Pahang
Status: Berkahwin
Nama Suami: Hafiz Hamidun
Agama: Islam
Bangsa: Melayu (Berdarah campuran Melayu-Indonesia)
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Usahawan Kosmetik dan Jurusolek Profesional

Laman Sosial Roy Revfa

Gambar Menarik Roy Revfa

biodata-Joy-Revfa-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun foto-pengasas-produk-kecantikan-Merve-Cosmetics-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun founder-Merve-Cosmetics-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun gadis-bertudung-cantik-joy-revfa-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun gambar-cantik-Joy-Revfa-bertudung-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun gambar-gadis-cun-joy-revfa-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun gambar-Joy-Revfa-isteri-hafiz-hamidun-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun gambar-kahwin-hafiz-hamidun-dan-Joy-Revfa-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun gambar-perkahwinan-Joy-Revfa-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun isteri-hafiz-hamidun-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun Joy-Revfa-Gadis-Bertudung-kini-isteri-orang-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun pengasas-Merve-Cosmetics-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun wanita-jelita-joy-revfa-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidunjoy-rev-fa-300x300 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun

azlan-150x150 5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Joy Revfa #isteri hafiz hamidun #Joy Revfa #Joy Revfa Isteri Hafiz Hamidun #joy revfa lipstick #Joy Revfa Pengasas Merve Cosmetics #joy revfa sebelum bertudung #joy revfa tanpa make up #joy revfa tidak bertudung #joy revfa umur #joy revfa wikipedia #Menarik Tentang Joy Revfa #Trivia Joy Revfa

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "5 Trivia Menarik Tentang Joy Revfa, Suri Hati Kepada Hafiz Hamidun"