5 Pakaian Raya Jenama Selebriti Wanita Malaysia

Jenama Artis

Jika sebelum ini, penulis senaraikan 5 pakaian raya jenama selebriti lelaki untuk tatapan pembaca. Untuk kali ini, penulis ingin kongsikan pula 5 pakaian raya jenama selebriti wanita Malaysia.

Semoga artikel ini menjadi informasi berguna buat semua wanita di luar sana dalam mencari busana terbaik untuk meraikan hari kemenangan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

1. Datuk Siti Nurhaliza

Terinspirasi dari gaya bintang legenda tersohor negara iaitu Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Datuk Siti Nurhaliza mengeluarkan busana Aidilfitrinya bertemakan nostalgia pada tahun ini.

Penyanyi nombor satu negara tersebut menghasilkan dua koleksi eksklusif iaitu The Nostalgia Series dan The Premium Series dibawah label Anugerah Aidilfitri by Creaction menerusi jenama Creacion by Siti Nurhaliza.

Anda boleh melihat koleksi jenama ini di laman facebook www.facebook.com/creacionbysitinurhaliza dan laman instagram www.instagram.com/creacionbysitinurhaliza

The Nostalgia Series yang didatangkan sebanyak 40 rekaan sudah berada di pasaran mulai 10 Mei 2017 dan harganya bermula dari RM189 hingga RM300.

Sementara itu, The Premium Series dicipta sebanyak 15 rekaan dan dijual awal Ramadan lalu dimana harganya bermula dari RM500.

Paling menarik, koleksi Anugerah Aidilfitri ini datangkan dengan saiz XS hingga 4XL. Busana-busana ini boleh anda dapati di butik Creation yang terletak di Jakel Mall Kuala Lumpur atau di tiga cawangan barunya iaitu di Shah Alam, Bangi dan Johor Bahru.

2. Fazura

Dalam menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri, pelakon popular iaitu Nur Fazura turut memperkenalkan koleksi pakaian rayanya yang dikenali sebagai Spectrum Raya Collection 2017.

Hadir dengan 9 rekaan busana lebaran yang diilhamkan dari warna-warna pelangi, koleksi ini menawarkan harga bermula dari RM 290 hingga RM 470 bagi harga pre-oder mulai 25 April 2017 hingga 5 May 2017. Harga akan berubah selepas tamat tarikh pre-oder berkenaan.

Didatangkan dengan empat saiz iaitu S, M, L dan XL, busana-busana cantik milik pelantun lagu Sayangi Dirimu ini boleh dibeli secara online di www.myhouseofdoll.com.

3. Nora Danish

Menerusi label Owl by ND, bintang filem Polis Evo, Nora Danish telah melancarkan lebih 15 koleksi busana hari rayanya baru-baru ini.

Untuk tahun 2017, Nora memilih baju kurung yang dimodenkan dengan mengenengahkan sentuhan mewah cetakan floral serta perincian sensual seperti mainan fabrik flowy dan ropol-ropol untuk tampil cantik jelita di pagi Syawal nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai busana dan harga, anda boleh layari laman web di www.owlbynd.com.my

4. Memey Suhaiza

Pemilik Meylana Boutique iaitu Memey Suhaiza tampil dengan busana lebarannya di bawah koleksi Meylana Raya Glam.

Pelakon cantik ini mengeluarkan sebanyak 9 rekaan baju kurung moden yang berharga dari RM155 hingga RM199 sepasang.

Anda boleh didapatkan pakaian raya ini dibutik Meylana yang beroperasi di Dataran Wangsa Melawati. Untuk info, anda boleh ke facebook rasminya iaitu https://www.facebook.com/meylanabymemeysuhaiza

5. Yatt Hamzah

Membuka butik sejak Jun 2013, Yatt Hamzah kini semakin aktif dalam dunia perniagaan pakaian wanita muslimah.

Tidak mahu ketinggalan, pengacara dan pelakon ini turut melancarkan koleksi rayanya melalui jenama Suci by Yatt Hamzah.

Bertemakan #SuciRaya2017, Yatt menghasilkan baju kurung Iqlima dan jubah Aisyah buat golongan hawa manakala Kurta Adam dan Jubah Muhammad untuk lelaki.

Menariknya, busana Aidilfitri yang dihasilkan bukan hanya untuk orang dewasa malahan direka buat kanak-kanak dan bayi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman sesawang Suci by Yatt Hamzah iaitu www.sucibyyatthamzah.com atau instagram rasmi di www.instagram.com/sucibyyatthamzah

azlan-150x150 5 Pakaian Raya Jenama Selebriti Wanita Malaysia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Baju Raya Artis Malaysia #Busana Aidilfitri Jenama Artis Malaysia #Pakaian Raya Selebriti Malaysia 2017

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "5 Pakaian Raya Jenama Selebriti Wanita Malaysia"