Resepi Sotong Bakar Bersos

Sotong Bersos Sedap

Resepi sotong bakar dengan sos pencecah yang sedap dan menyelerakan ini sesuai untuk dijadikan menu untuk makan tengah hari dan makan malam.

Resepi ringkas ini amat mudah untuk disediakan. Jadi, mari kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara untuk menyediakan menu ini.

Bahan-bahan untuk sotong bakar :

  • Sotong
  • 1 sudu makan kapur
  • 1 liter air
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 cawan air masak sejuk

 

Cara-cara penyediaan sotong bakar :

  1. Siang dan cuci bersih sotong, kemudian kelarkan.
  2. Untuk membuat sotong menjadi rangup, sediakan air kapur. 1 sudu makan kapur dicampur ke dalam 1 liter air. Kemudian rendam sotong dalam air kapur lebih kurang 10 hingga 15 minit.
  3. Kemudian, cuci sotong dengan air bersih.
  4. Masukkan kicap pekat, secawan air masak yang sudah sejuk dan sedikit kunyit untuk warna sotong yang lebih cantik.
  5. Gaulkan dengan rata kemudian cucuk sotong dengan lidi.
  6. Bakar sehingga masak. Hidangkan.

Bahan-bahan untuk sos :

  1. Cili padi dan cili besar (mengikut selera. Jika suka pedas, banyakkan cili)
  2. 3-4 ulas bawang putih
  3. Akar ketumbar
  4. 1 labu bawang putih jeruk
  5. Sos ikan / sos sotong / kicap masin
  6. Air gula
  7. Air perahan limau nipis
  8. Air asam jawa
  9. Daun ketumbar yang dipotong

 

Loading...

Tags: #aneka masakan sotong #jenis masakan sotong #resepi sotong #sotong #sotong bakar #sotong bakar bersos

Resipi Tradisional Kuih Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis
Bahan-bahan : 600 gram tepung beras 500 gram kacang tanah 1 biji kelapa
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3 biji cili padi 1 biji
Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Lagi Crispy!
Bila bercerita tentang pisang goreng, kebanyakan orang menyukai pisang goreng. Dengan peredaran zaman,