Kenali Radin, Deejay Radio Era.FM

Radin Dj Era Fm Gambar

Sedar atau tidak, tahun 2017 merupakan tahun ketiga jejaka bernama Radin Amir Effendy atau mesra dikenali Radin sebagai penyampai radio Era.FM.

Paling menarik, anak jati Perak ini turut dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 30 pada tahun ini.

Selain mengendalikan slot Prediu Era dan Super 40 Era di konti radio nombor satu negara, figura kacak ini turut mengacarakan pelbagai program di saluran televisyen terbitan Astro seperti PM Live dan Kapsul Akademi Fantasia (AF) 2014.

Jom baca 5 trivia menarik mengenai graduan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Perak ini.

1. Juara pertandingan Penyampai Top Malaysia 2014

Sebelum bergelar deejay di Era.FM dan pengacara di saluran televisyen Astro, Radin beranikan diri menyertai program mencari bakat iaitu Penyampai Top Malaysia 2014 sebelum diangkat sebagai juara pertandingan tersebut bersama Hani Fadzil.

2. Seringkali menyertai program mencari bakat pengacara

Selain program Penyampai Top Malaysia 2014, Radin seringkali menyertai pertandingan atau uji bakat mencari pengacara seperti Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin (ASK) 2012.

Beliau juga pernah menjadi pengacara program di Sinar.TV sebelum ini.

3. Hangat dikatakan bercinta dengan artis popular tanah air

Media tempatan pernah melaporkan bahawa Radin menjalin hubungan cinta dengan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat

Deejay kacak ini juga membuat kemunculan istimewa di muzik video Ayda berjudul Pencuri Hati versi dangdut.

4. Ciri-ciri wanita idaman

Radin sukakan wanita yang berkerjaya, sedap mata memandang, pandai berdikari dan menerima dirinya seandainya.

5. Mempunyai pengikut yang ramai di media sosial

Popular di media sosial dengan mempunyai pengikut lebih 200,000 di instagram dan lebih 20,000 pengikut di twitternya.

Biodata Ringkas Radin

Nama Penuh: Radin Amir Effendi
Nama Komersil: Radin Era.FM
Tarikh Lahir: 15 Mac 1990
Umur: 27 Tahun (2017)
Zodiak: Pisces
Asal: Ipoh, Perak
Status: Bujang
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Deejay Radio Era.FM dan Pengacara TV
Kelab Peminat: Official Radin Rangers
Radio: Prebiu Era dan Super 40 Era
TV Hos: PM Live, AM Live, Kapsul Akademi Fantasia (AF) 2016, Klip Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014, Karpet Merah Anugerah Meletop ERA 2017 dan banyak lagi.

Laman Sosial Radin

Gambar Menarik Radin

biodata-Radin-Amir-Effendi-300x300 Kenali Radin, Deejay Radio Era.FM DJ-radio-Radin-Era.FM_-300x300 Kenali Radin, Deejay Radio Era.FM gambar-selfie-lelaki-kacak-Radin-Era.FM_-300x300 Kenali Radin, Deejay Radio Era.FM gaya-rambut-Radin-Era.FM_-300x300 Kenali Radin, Deejay Radio Era.FM lelaki-kacak-malaysia-Radin-Era.FM_-300x300 Kenali Radin, Deejay Radio Era.FM personaliti-Radin-Era.FM_-300x300 Kenali Radin, Deejay Radio Era.FM Radin-Amir-Effendi-300x300 Kenali Radin, Deejay Radio Era.FM radin-dj-era-fm-300x300 Kenali Radin, Deejay Radio Era.FM Radin-Era.FM-pergi-melancong-300x300 Kenali Radin, Deejay Radio Era.FM trivia-menarik-Radin-Era.FM_-300x300 Kenali Radin, Deejay Radio Era.FM

azlan-150x150 Kenali Radin, Deejay Radio Era.FM

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Radin #biodata radin amir affendy #gambar Radin Era.FM #menarik tentang Radin Era.FM #Profil Radin Era.FM #radin amir affendy wikipedia #Radin Amir Effendi #radin era biodata #radin era profile #radin era wiki #Radin Era.FM #Trivia Menarik Radin Era.FM #umur radin era

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Kenali Radin, Deejay Radio Era.FM"