Trivia Menarik Tentang Syahrini, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia

Biodata Syahrini

Sesuatu, I Love You Allah, Semua Tentang Cinta dan Tatapan Cinta adalah untaian hits penyanyi popular Indonesia iaitu Syahrini atau nama lengkapnya Rini Fatimah Jaelani.

Memulakan karier sebagai seorang penyanyi mulai 2008, figura yang mesra disapa Princes Syahrini ini merupakan salah seorang ikon muzik yang terpengaruh di persada seni hiburan nusantara termasuklah di Malaysia dan Singapura.

Namanya semakin meledak selepas berduet bersama Anang Hermanshah melalui beberapa lagu seperti Jangan Memilih Aku dan Cinta Terakhir.

Sepanjang bergelar anak seni selama 9 tahun, wanita berusia 35 tahun ini pernah dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Fashionable di Infotainment Awards 2016, Penyanyi Paling Ngetop di SCTV Awards 2015, 2014, 2013, 2012 & 2011, Penyanyi Solo Wanita Paling Popular di SCTV Music Awards 2015, 2014 & 2012 serta Icon of the Year di Nickelodeon Indonesia Kid’s Choice Awards 2015.

Untuk kali ini, penulis kongsikan lima trivia menarik dan ringkasan biodata Syahrini buat tatapan para pembaca, Check it out!

1. Berbakat Dalam Bidang Lakonan

Bukan sahaja memiliki suara yang merdu, anak jati Bogor, Jawa Barat, Indonesia ini juga berbakat besar dalam bidang lakonan. Figura ini pernah membintangi beberapa filem seperti Basahhh, The Malim Kuburans, dan Baik-Baik Sayang. Malah, wanita ini turut meminjamkan suaranya untuk watak Destiny menerusi filem Finding Dory (versi Indonesia).

2. Suka Melancong & Mengembara

Jika ada masa terluang, figura ini suka menghabiskan masanya dengan melancong atau mengembara ke luar negara. Antara tempat-tempat yang pernah dikunjunginya adalah Korea, Jepun, Greece, Los Angeles, Malibu, Hong Kong dan banyak lagi.

3. Berpengaruh Di Instagram

Did you know, pelantun lagu Sandiwara Cinta dan Pusing Setengah Mati ini tersenarai dalam top 5 selebriti Indonesia paling ramai pengikut di Instagram. Syahrini kini menduduki tangga ketiga dengan memperolehi seramai 18.9 juta pengikut. Di samping berkongsi perkembangan aktiviti seni, figura ini turut memuatnaik foto dan video percutian dan perniagaannya.

4. Memiliki Dua Kedai Kek

Selain aktif di arena seni hiburan, Syahrini turut melebarkan sayapnya ke dunia perniagaan. Selepas sukses membuka kedai kek pertama yang dikenali sebagai Princess Cake di Bandung pada 21 Jun 2017, wanita ini baharu sahaja melancarkan kedai keduanya di Bogor, Indonesia pada 30 Julai lalu. Di Princess Cake, anda boleh menikmati lima jenis kek iaitu Princess Double Cheese, Princess Strawberry, Princess Chocolate, Princess Manggo dan Princess Matcha.

5. Minyak Wangi Jenama Sendiri

Tidak mahu ketinggalan, Syahrini turut berkolaborasi dengan Sephora Indonesia dengan mengeluarkan minyak wangi berjenama sendiri iaitu ‘In Love Princess Syahrini’ yang berhias kristal asli Swarovski. Dengan harga Rp 350 ribu sebotol, wangian ini dihasilkan dari vanila, cendana, patchouli dan pelbagai bunga-bungaan yang sesuai buat wanita moden dan aktif.

Biodata Ringkas Syahrini

Nama Penuh: Rini Fatimah Jaelani
Nama Komersil: Syahrini
Nama Panggilan: Princes Syahrini
Tarikh Lahir: 1 Ogos 1982
Umur: 35 Tahun (2017)
Asal: Bogor, Jawa Barat, IIndonesia
Adik Beradik: Anak kedua daripda tiga beradik
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon, Pengacara & Usahawanita
Agama: Islam
Warganegara: Indonesia

Lagu: Sesuatu, Pusing Setengah Mati, I Love You Allah, Sandiwara Cinta, Tatapan Cinta, Kau Tak Punya Hati, Cinta Tapi Gengsi, Bohong, Seperti Itu?, Cinta Sendirian, Semua Karena Cinta, Taubatlah Taubat, Aku Tak Biasa, Kau Yang Memilih Aku dan banyak lagi.

Laman Sosial Syahrini

Foto Menarik Syahrini

artis-indonesia-Princes-Syahrini-300x300 Trivia Menarik Tentang Syahrini, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia fesyen-Princes-Syahrini-300x300 Trivia Menarik Tentang Syahrini, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia Princes-Syahrini-cantik-300x300 Trivia Menarik Tentang Syahrini, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia Princes-Syahrini-300x300 Trivia Menarik Tentang Syahrini, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia rambut-Princes-Syahrini-300x300 Trivia Menarik Tentang Syahrini, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia wajah-Princes-Syahrini-300x300 Trivia Menarik Tentang Syahrini, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia

azlan-150x150 Trivia Menarik Tentang Syahrini, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Ringkas Syahrini #fashion syahrini #Princes Syahrini #Profil Syahrini #Syahrini #syahrini 2017 #syahrini biodata #Syahrini Ikon Muzik Indonesia #syahrini net worth #Syahrini Penyanyi Kelahiran Indonesia #Syahrini Penyanyi Popular Indonesia #syahrini songs #syahrini wikipedia #Trivia Menarik Tentang Syahrini

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.