Tips Kurangkan Bayaran Ansuran Bulanan

Overlapping Pinjaman

Kenapa perlu overlapping?

  • Potongan ansuran sangat tinggi dalam penyata gaji
  • Gaji bersih tidak mencukupi
  • Mengurangkan bayaran ansuran bulanan

Untuk makluman anda, terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ansuran bulanan iaitu :

Kaedah pertama : Overlap dengan kadar interest pinjaman lebih rendah
Apabila anda overlap pinjaman lama yang mempunyai kadar interest tinggi dengan pinjaman kadar interest rendah, maka ansuran bulanan anda boleh dikurangkan. Anda perlu rajin menyemak tawaran baru dari bank-bank tempatan yang menawarka kadar interest paling rendah.

Kaedah kedua : Overlap dengan tempoh pinjaman yang lebih lama
Ansuran bulanan juga akan menurun apabila anda overlap pinjaman lama dengan pinjaman yang tempohnya pembayaran balik lebih lama. Sebagai contoh, jika tempoh pinjaman sedia ada berbaki 5 tahun, anda boleh membuat overlap semula pinjaman sedia ada anda kepada tempoh lebih lama sehingga 10 tahun. Dengan ini, ansuran bulanan anda akan berkurangan.

Peringatan kepada peminjam
Kaedah seperti di atas adalah untuk mengurangkan bebanan semasa dalam penyata gaji anda. Mengurangkan ansuran bulanan dengan kaedah di atas akan menjimatkan anda pada jangka masa pendek sahaja. Sebaliknya, peminjam tidak jimat walaupun ansuran bulanan telahpun dikurangkan kerana tempoh pembayaran balik telahpun dilanjutkan kepada tempoh yang lebih lama dan sudah pasti kadar interest juga berbeza mengikut tahun.

Membuat overlap pinjaman sebenarnya adalah untuk mengurangkan pembayaran ansuran bulanan sekiranya gaji bersih tidak mencukupi untuk perbelanjaan isi rumah dan bukanlah untuk mendapat penjimatan.


Artikel Berkaitan

Tags: #cara kurangkan beban kos bulanan ansuran #cara kurangkan komitmen bulanan #cara nak kurangkan ansuran bulanan #kaedah overlapping pinjaman #sebab kena overlap loan #tips kurangkan ansuran pinjaman #Tips Kurangkan Bayaran Ansuran Bulanan #Tips Mengurangkan Pembayaran Ansuran Bulanan

Kelebihan, Kekurangan Dalam Konsep Hibah ASB
Kelebihannya hibah ASB Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda
Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran
Apakah konsep Hibah ASB? Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di
Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera
Soal jawab mengenai Hibah ASB 1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Prosedur Menuntut Harta Pelaburan Melalui Konsep Hibah ASB
Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut

Comments are closed.