Infomasi Tentang Pokok Ketum Mitragyna speciosa

Daun Ketum, Pokok Ketum

Pengenalan Pokok Ketum

Pokok Ketum atau juga disebut Pokok Biak, dari keluarga Rubiaceae atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa, juga dikenali sebagai ketum atau kratom. Ia tumbuh secara liar di hutan-hutan di Malaysia. Ia banyak didapati di negeri seperti Perlis, Kedah, Perak dan Terengganu.

Bagi kebanyakan masyarakat, secara tradisinya, daun ketum dianggap dapat membantu menambahkan tenaga dan mengembalikan kesegaran setelah melakukan pelbagai aktiviti berat seharian. Selain dimakan segar seperti mengunyah daun sireh, daunnya boleh dikeringkan dan direbus sebagai tonik. Ia bertujuan untuk mengembalikan tenaga dan menghilangkan rasa lesu selepas bekerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot atau sakit-sakit sendi dan lelah. Manakala akarnya diracik, dikeringkan dan air rebusannya boleh mengurangkan simptom-simptom penyakit darah tinggi (high blood pressure) dan kencing manis (diabetes).

Memandangkan isu berkenaan daun ketum kini dikatakan mempunyai nilai pasaran yang tinggi di luar negara, cadangan penanaman ketum secara komersil mula di utarakan oleh agensi RISDA. Ia mungkin akan menjana pendapatan yang baik kepada pengusaha. Daun ketum juga dipercayai boleh digunakan sebagai ubat altenatif jika diproses.

Namun demikian, pada masa kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati daun ketum ini lebih banyak memberi kesan buruk kepada kesihatan berbanding kebaikan. Pada masa ini kerajaan mengambil langkah untuk tidak mengizinkan pokok ketum ditanam secara komersial. Daun ketum juga jika disalahgunakan boleh menyebabkan ketagihan dan menimbulkan penyakit tertentu.

Pokok Ketum

Pokok Ketum

Daun Ketum

Daun Ketum

Air Ketum yang siap diproses

Air Ketum yang siap diproses

Carian Berkaitan

gambar pokok ketum
Loading...

Tags: #air ketum #daun ketum #gambar Mitragyna speciosa #gambar pokok ketum #Infomasi Tentang Pokok Ketum #kebaikan daun ketum #keburukan daun ketum #kesalahan memiliki daun ketum #khasiat air ketum #minuman ketum

Petua Merawat Hernia, Medu Angin, Uluran. Senarai Makanan Ini Patut Dijauhi!
Jika anda menghidap penyakit hernia yang juga dikenali sebagai medu angin, angin pasang
Penyakit Hernia, Angin Pasang, Uluran & Medu Angin. Penyebab dan Tanda-tanda Jika Anda Menghidapnya!
Hernia atau dikenali sebagai angin pasang, uluran dan medu angin adalah penyakit yang
Elakkan Diri Dari Terkena Jangkitan Kencing Tikus. Faktor Risiko, Tanda-Tanda, Pencegahan & Tempat Berisiko Mendapat Penyakit Ini!
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis yang juga dikenali sebagai sindrom Weil, demam canicola atau demam ladang tebu merupakan penyakit
4 Minuman Ini Boleh Atasi Masalah Insomnia & Sukar Tidur!
Insomnia atau tidak boleh tidur pada waktu malam sangat menjengkelkan sehingga boleh membuatkan