Cara Penjagaan Gigi Susu Dan Karies


Gigi kanak-kanak apabila tidak diberus atau dijaga dengan baik akan menyebabkan kerosakan gigi yang teruk. Tambahan pula, ibubapa atau penjaga di nurseri memberikan makanan manis atau junk food kepada toddlers ini. Hal ini juga terjadi apabila mereka mula memasuki alam persekolahan nanti. Mereka ini akan lebih terdedah memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti junk food ini.

Selain itu, pendidikan pemakanan secara kurang sihat seperti pengaruh kawan-kawan dan juga sikap mereka yang ingin mencuba makanan yang dikatakan enak. Lebih-lebih lagi kanak-kanak pada usia ini lebih suka akan makanan manis. Ini juga memberikan dorongan hilangnya selera makanan kepada makanan yang lebih berkhasiat seperti sayur-sayuran. jadi bagaimanakah cara kita untuk mengawalnya?

Ramai ibubapa atau penjaga tidak mengetahui bahawa gigi susu juga penting setaraf dengan gigi kekal yang tumbuh apabila memasuki tempoh usia tertentu. Pada masa kini, kesibukan bekerja pasangan ibubapa juga mendorong mereka tidak mempunyai masa yang lebih untuk menjaga kesihatan gigi anak-anak sehingga terjadinya masalah karies yang teruk.

Untuk makluman pembaca sekalian, sebenarnya gigi susu adalah penting sebagai “guidance” kepada pertumbuhan gigi kekal kelak. Jika kesihatan gigi susu ini tidak dijaga dengan baik. Ia akan memberikan kesan kepada pertumbuhan gigi kekal yang tidak sekata atau terjadinya masalah gigi berlapis atau “crowding”. Selain itu juga pertumbuhan gigi kekal yang tidak sempurna memberikan kesan kepada riak wajah seseorang.

Maka, dengan ini, perlunya rawatan seperti memakai braces bagi mereka yang mementingkan kecantikan wajah. Rawatan memulihkan gigi kekal yang tidak sekata memerlukan kos yang agak tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

332-300x117 Cara Penjagaan Gigi Susu Dan Karies

Masalah gigi kekal yang “crowding”

Tips penjagaan gigi susu

Memandangkan penjagaan gigi susu adalah sangat penting, maka beberapa langkah dicadangkan di sini antaranya memberus gigi anak-anak sebanyak dua kali sehari iaitu pada setiap waktu pagi dan malam. Selain, itu saya cadangkan supaya ibubapa mencuba Tooth Mousse. Selamat mencuba!

(Sumber rujukan : KKM Dentist)

11-300x248 Cara Penjagaan Gigi Susu Dan Karies

11111-300x161 Cara Penjagaan Gigi Susu Dan Karies

logo-150x150 Cara Penjagaan Gigi Susu Dan Karies

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cara Penjagaan Gigi Susu Dan Karies

Loading...

Tags: #Bagaimana Menjaga Gigi Anak Kecil #cara elak gigi susu dari karies #cara jaga gigi susu anak dari karies #cara nak jaga gigi susu anak #gigi kanak-kanak #gigi susu kena karies #karies gigi susu #karies pada gigi susu anak #kepentingan gigi susu #Masalah gigi kekal yang "crowding #Memahami Gigi Susu #Menjaga gigi bayi anda #Penjagaan gigi susu #produk #Tips Penjagaan Gigi Kanak-kanak #Tips Penjagaan Gigi Si Kecil yang IbuBapa Kena Tahu #Tips penjagaan gigi susu #Tips Penjagaan Gigi Susu Si Kecil

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Cara Penjagaan Gigi Susu Dan Karies"