Panduan Simpan Makanan Pada Suhu Bilik

Penyimpanan Makanan

Cara simpan makanan pada suhu bilik

  • Menyimpan makanan kering seperti tepung, gula, beras dan serbuk teh di dalam bekas yang bertutup rapat. Perkara ini dapat menghalang pencemaran oleh serangga seperti lipas, semut dan tikus.
  • Makanan dalam tin seperti sardin, santan kotak dan makanan kedap udara boleh disimpan pada suhu bilik kecuali ia telah dibuka.
  • Simpan sayuran seperti ubi kentang dan bawang di tempat yang kering, jauh dari sinaran langsung matahari untuk menghalang makanan tersebut dari bercambah.
  • Simpan roti pada suhu bilik di dalam bekas yang bersih dan kering.
  • Simpan tepung dalam bekas asalnya di tempat yang kering dan berangin. Jangan mencampurkan tepung yang lama dengan yang baru.
  • Bahan makanan seperti beras boleh disimpan pada suhu bilik dan diletakkan dalam bekas khas.
  • Simpan buah-buahan yang belum masak seperti pisang pada suhu bilik.
  • Jauhkan makanan dari dinding dan paip-paip bagi mengelakkan dicemari oleh tikus dan serangga.
  • Pastikan kabinet untuk menyimpan makanan berada pada keadaan bersih, kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.
  •    

Perkara yang perlu dielakkan semasa menyimpan makan pada suhu bilik

  • Menyimpan makanan bersama-sama dengan bahan kimia, ubat-ubatan dan racun seperti racun serangga, racun rumpai, racun tikus, peluntur dan sabun.
  • Membiarkan makanan yang telah dimasak terhidang lebih dari 4 jam pada suhu bilik.
  • Menyimpan susu yang telah dinyahkuman atau UHT pada suhu bilik apabila ia sudah terdedah.

 

Kabinet penyimpanan makanan pada suhu bilik.

Kabinet penyimpanan makanan pada suhu bilik

Carian Berkaitan

makanan kering yang boleh simpan di suhu bilik, raga bertutup y15zr, sayur suhu bilik, simpan di tempat suhu bilik

Encik Shino

Seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penulisan blog dan artikel.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #cara simpan makanan pada suhu bilik #kabinet simpan makanan #makanan pada suhu bilik #makanan yang tidak boleh disimpan pada suhu bilik

Petua Rambut Gugur Berkesan Kepada Lelaki Dan Wanita
Samada lelaki mahupun wanita, tua atau muda juga tidak terkecuali dengan masalah keguguran
Masalah Gatal Pada Alat Kelamin Wanita
Kebanyakan wanita berasa malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau
Cara Menjaga Kesihatan Alat Kelamin Bagi Wanita
Wanita harus memastikan bahagian alat kelamin bersih selepas membuang air kecil atau air
Petua Kempiskan Perut Buncit
Petua Kempiskan Perut Buncit Bahan-bahan : 1 biji buah lemon 2 atau 3

Comments are closed.