Biodata Joey Daud, Kumpulan JBORN Muzikal Lawak Superstar 2019

Joey Pelawak Joey Jborn

Zulkifli bin Daud atau lebih dikenali sebagai Joey Daud merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pelawak di Malaysia.

Joey pernah menganggotai band muzik yang ditubuhkan di Johor Kumpulan Mistaken Identity yang banyak beraksi di majlis perkahwinan. Bakat vokal beliau telah dikenalpasti ketika Mistaken Identity menyertai pertandingan ala Battle of The Band yang mana juri semasa itu adalah kenalan rapat kepada Datuk M.Nasir yang seterusnya mengesyorkan dan membawa Joey berjumpa dengan komposer terkenal itu dan terus ditawarkan sebagai artis solo oleh Datuk M.Nasir. Selepas membuat perbincangan, Mistaken Identity bersetuju melepaskan Joey menjadi artis solo di bawah bimbingan sifu Datuk M.Nasir di bawah label Luncai Emas.

Joey pernah menjadi vokalis Kumpulan Exists selepas vokalis Exists ketika itu, Ezad Lazim keluar dari kumpulan tersebut. Kariernya sebagai penyanyi dan bernaung dibawah Luncai Emas Sdn Bhd sempat menghasilkan dua album Beradu Suratan pada tahun 1994 dan Joey pada tahun 1996. Hasil dari lagu-lagunya berjaya menembusi pasaran muzik Indonesia dengan jumlah jualan album sekitar 700,000 unit.

Joey mempunyai tiga orang anak kandung iaitu Wawa, Awin dan Zidani. Joey pernah dikaitkan dengan hubungan intim dengan Watie Elite satu ketika dahulu menyebabkan pertikaian antaranya dengan pasangan iaitu Noraini Nasir. Akhirnya Joey berkahwin dengan Watie Elite.

Joey tiga kali berkahwin namun mengalami kegagalan, Joey yang mempunyai tiga anaknya dari perkahwinan terdahulu ditinggalkan sejak kecil lagi. Kini semuanya sudah besar dan ada yang sudah memasuki usia 20 tahun.

Joey telah lupakan bidang nyanyian dan menumpukan perhatian kepada pelakon komedi, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud mengakui kurang bernasib baik untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian selepas beberapa insiden buruk berlaku terhadapnya.

Joey mengakui, walaupun masih mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang itu dia memberitahu tidak mahu terlalu berharap kerana bimbang terpaksa berhadapan dengan cabaran yang akhirnya mengundang kekecewaan.

Biodata Joey Daud :

Nama penuh : Zulkifli bin Daud
Asal : Masai, Johor Johor
Warganegara : Malaysia
Nama komersil : Joey, Joey Joras, Joey Exists
Pekerjaan : Penyanyi, Pelakon, Pelawak
Tahun aktif : 1996-kini
Pasangan : Watie Elite (k. 2012)
Kerjaya : muzik
Genre : Balada, Pop Rock
Syarikat rakaman : Luncai Emas Sdn. Bhd. (1996), Ada Exists Sdn. Bhd. (2008-kini)
Instagram : https://www.instagram.com/joey_daud/
Facebook : https://www.facebook.com/Joey-Daud

Loading...

Tags: #biodata joey pelawak #J-born lawak #joey #Joey Exists #joey jborn #Joey Joras #joey pelawak #kumpulan jborn

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.