5 Artis Popular Malaysia Yang Berasal Dari Perak

Artis Popular Malaysia Yang Berasal Dari Perak

Masih ingat dengan artikel mengenai 5 artis popular Malaysia yang berasal dari Kedah? Pada kali ini, penulis senaraikan pula tentang 5 artis popular Malaysia yang berasal dari Perak.

Rupa-rupanya ramai selebriti terkenal tanah air sama ada bergelar penyanyi, pelakon, pengacara atau deejay radio lahir dari negeri berkenaan. Nak tahu dengan lebih lanjut, jom semak artikel di bawah. Check it out!

1. Zul Ariffin

gambar-zul-ariffin-senyum-300x300 5 Artis Popular Malaysia Yang Berasal Dari Perak

Penangan drama bersiri popular, Rindu Awak 200% sedikit sebanyak melonjakkan nama Zul Ariffin di persada seni hiburan tanah air.

Diibaratkan sebagai pisang goreng panas, anak jati Taiping, Perak ini berjaya mencuri perhatian para peminat serta menjadi rebutan pengarah dan penerbit tempatan.

Selain Rindu Awak 200%, pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin ini turut membintangi beberapa drama dan telefilem seperti Titian Cinta, Uda & Dara, Istikharah Cinta, M.A.I.D, Habibah VS Baby, Hati Untuk Siapa, Mendongak Ke Langit dan Jodoh Itu Milik Kita.

Pada tahun 2017, anak bongsu daripada empat beradik ini juga muncul dengan dua filem pecah panggung iaitu J Revolusi dan Tombiruo: Penunggu Rimba.

Memulakan langkah seninya sejak 2008, aktor kacak dan berbada tegap ini pernah diiktiraf beberapa anugerah dalam bidang seni termasuklah Pelakon Filem Lelaki Popular Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 30, Anugerah Lelaki Pilihan di Anugerah Melodi 2015 dan Pelakon Drama Lelaki Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2015.

Dalam perkembangan terbaharu, jejaka berusia 31 ini bakal muncul dengan filem Hantu Kak Limah 3 yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

2. Radin Era.FM

radin-dj-era-fm-gambar-e1496838271749-300x300 5 Artis Popular Malaysia Yang Berasal Dari Perak

Selepas menjuarai program Penyampai Top Malaysia (PTM) 2014, Radin Amir Effendy atau Radin dilamar untuk menjadi salah seorang penyampai radio di ERA.FM.

Di stesen radio berkenaan, jejaka kelahiran Ipoh, Perak ini mengendalikan segmen Prebiu ERA dan Super 40 ERA.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Perak ini juga diberi peluang untuk mengemudi beberapa rancangan televisyen terbitan Astro seperti PMLive!, Kapsul Akademi Fantasia (AF) 2016 dan Klip Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014.

Sepanjang tiga tahun berada di dunia penyiaran radio dan televisyen, figura berusia 27 tahun ini dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 30.

3. Elvina Mohamad

pelakon-drama-mariam-alisa-Elvina-Mohamad-300x300 5 Artis Popular Malaysia Yang Berasal Dari Perak

Biarpun usia penglibatan Elvina Mohamad dalam arena seni hiburan masih hijau, namun boleh dikatakan beliau adalah wajah baharu yang semakin laris di kaca televisyen.

Bakat lakonannya mula menyinar apabila diberi peluang menerajui karakter utama dalam drama berantai popular, Shh…I Love U bergandingan dengan Gambit Saifullah menerusi slot Akasia di TV3.

Di samping Shh…I Love U, si cantik berdarah campuran Melayu Siam ini turut berlakon dalam drama seperti Jojie Gigil, Kalis Kasih, Cinta Si Wedding Planner, Baby Ana Milik Siapa dan Suamiku Paling Sweet.

Untuk info, anak jati Teluk Intan, Perak ini pernah menggunakan nama pentas Elvina Teylv dan Elvina Dayana sebelum menukarkannya sebagai Elvina Mohamad supaya nampak lebih Islamik dan kemelayuan.

Bernaung di bawah label pengurusan Mind Order Sdn Bhd, wanita berbintang Aquarius ini memiliki lebih 300,000 pengikut di Instagram miliknya.

4. Azrel Ismail

gaya-rambut-azrel-ismail-300x300 5 Artis Popular Malaysia Yang Berasal Dari Perak

Tidak dinafikan aktor bernama Azrel Ismail ini berbakat besar dalam bidang lakonan. Sama ada protagonis atau antagonis, anak jati Taiping, Perak ini pastinya berhasil menjiwai karakter tersebut sehingga memberi impak kepada para penonton.

Drama-drama bersiri yang mengangkat namanya di lapangan seni hiburan negara adalah Syurga Nur, Pingan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Menantu Ting Tong, Lelaki Macam Dia dan Cucu Tauke Beras.

Dilahirkan pada 16 Januari 1986, pemuda berusia 33 tahun ini turut membintangi beberapa filem tempatan seperti Hanyut, 8 Jam dan Aku Terima Nikahnya.

Untuk pengetahuan para pembaca, Azrel pernah menyertai program Pencarian Lelaki Maskulin 2008/2009 yang turut disertai pelakon baharu berbadan sado iaitu Mustaqim Baharon.

5. Hafiz Hamidun

penyanyi-nasyid-hafiz-hamidun-300x300 5 Artis Popular Malaysia Yang Berasal Dari Perak

Berasal dari Teluk Intan, Perak, jejaka bernama Hafiz Hamidun ini adalah seorang penyanyi popular yang memartabatkan lagu-lagu, ketuhanan, kerohanian dan islamik.

Setakat ini, bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini telah menerbitkan sebanyak enam buah album studio termasuklah I Love Rasulullah, Zimir Terapi Diri dan Syukran.

Jodoh Berdua, Janjiku, Yang Dinanti, Marhaban, Ya Rasul, Tolaal Badru Alaina dan Dengarkan Segalanya merupakan antara untaian hitnya sepanjang bergelar artis.

Cemerlang di bidang seni suara, beliau pernah dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular di Anugerah Nasyid IKIM 2015, Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2015 dan Komposer Muda Top di Anugerah Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2009.

Selain menyanyi dan berlakon, bekas suami kepada usahawan kosmetik iaktu Joy Revfa ini juga melebarkan sayapnya di dalam bidang bisnes berasaskan fesyen lelaki muslim berjenama HAJE.

Memiliki lebih 600,000 pengikut di Instagram, anak ketiga daripada lima beradik ini adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

azlan-150x150 5 Artis Popular Malaysia Yang Berasal Dari Perak

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Artis Malaysia Berasal Dari Perak #Artis Malaysia Kelahiran Negeri Perak #artis popular Malaysia yang berasal dari Perak #azrel ismail #Elvina Mohamad #Hafiz Hamidun #perak #Radin Era.FM #selebriti perak #Selebriti Popular Malaysia Kelahiran Perak #Zul Ariffin

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.