Biodata Muna Shahirah, Bekas Pelajar AF 2014

Muna Shahirah

Gadis bertudung ini adalah penyanyi dan merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia 2014. Kini beliau tampil kembali dengan single pertama berjudul ‘Takdir Cinta’ selepas empat tahun menyepi kerana ingin memberikan fokus dalam bidang pelajaran. Lagu ‘Takdir Cinta’ adalah nukilan ibu bapanya sendiri yang mengisahkan pengalaman pahit kehilangan anggota keluarga pada 2014 yang lalu. Bapa saudaranya telah pergi buat selamanya kerana terlibat dalam kemalangan.

Bakatnya dalam bidang nyanyian dikesan daripada program realiti, Akademi Fantasia 2014 yang antara lain melahirkan penyanyi Aman Aziz, Ewal dan Nina Nadira. Beliau bagaimanapun tidak berjaya menempatkan diri sebagai finalis akhir apabila menjadi peserta ketiga disingkirkan di minggu keempat, selepas melaksanakan cabaran lagu tugasan ‘Hilang’ dendangan asal Najwa Latif, Diam-diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram), Percayalah (Indah Suhaila) dan Kekal (Ziana Zain).

Muna Shahira muncul bergandingan dengan Wani Hasrita, Wani Shaz dan Wan Azlyn dalam sebuah lagu raya 2019 berjudul Menanti Di Aidilfitri. Lagu ini mendapat tontonan lebih 2,915,945 views di YouTube.

Selain menyanyi, beliau turut membantu kedua ibu bapanya mengendalikan sebuah syarikat pengurusan majlis di Johor.

Biodata Muna Shahirah :
Nama Penuh: Muna Shahira Binti Munadi
Nama Popular: Muna Shahira / Muna Shahirah
Nama Panggilan: Muna
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Agama: Islam
Pendidikan:
– SMK Mersing, Johor
– Kolej Matrikulasi Johor
– Ijazah Sarjana Muda Matematik & Ekonomi di Universiti Sains Malaysia (USM)
Perwatakan: Ceria, mudah berkawan, suka menyanyi dalam tandas, berusaha mendapatkan sesuatu yang diingini, mudah menangis dan tegas
Kerjaya: Penyanyi
Syarikat Rakaman: FMC Music Sdn. Bhd.
Lagu/Single: Takdir Cinta, Teguh Setia
Muzik Kegemaran: Balada
Penyanyi Kegemaran: Datuk Seri Siti Nurhaliza
Pelakon Kegemaran: Lisa Surihani, Farid Kamil
Instagram: @muna.shahira
Facebook: @muna.syahiera

muna-shahirah-menanti-di-aidilfitri Biodata Muna Shahirah, Bekas Pelajar AF 2014

logo-150x150 Biodata Muna Shahirah, Bekas Pelajar AF 2014

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Biodata Muna Shahirah, Bekas Pelajar AF 2014

Loading...

Tags: #Bekas Pelajar AF 2014 #gambar Muna Shahirah #muna #Muna Shahirah #Muna Shahirah biodata #Muna Shahirah fb #Muna Shahirah ig #Muna Shahirah menanti di aidilfitri #Muna Shahirah profil #Muna Shahirah wiki #penyanyi Muna Shahirah

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.