Drama Lelakimu Yang Dulu, Tampil Lakonan Mantap Sharnaaz Ahmad Dan Nelydia Senrose

Sinopsis Drama Tv3 Lelakimu Yang Dulu

Drama Lelakimu Yang Dulu yang disiarkan di TV3 adalah drama olahan daripada novel penulisan Farah Darianna dan skrip ditulis oleh Rozie Rahid & Amka Ahmad mula bersiaran di slot Akasia TV3 pada 19 September 2019.

Drama ini menampilkan pelakon yang tidak asing lagi iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Sharnaaz Ahmad melakonkan watak sebagai Hazrul dan Nelydia Senrose pula memegang watak sebagai Daliya.

Drama arahan Eoon Shuhaini mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri.

Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.

Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.

Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali? Jom kita saksikan kesudahan episod drama hebat ini yang keudara sebanyak 28 episod.

Judul Drama : Lelakimu Yang Dulu
Jumlah Episod : 28 episod
Mula Tayangan : 19 September 2019 (Khamis)
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Channel : Slot Akasia TV3
Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd
Senarai Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi, Dato Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah, Rosnah Johari, Hamidah Wahab

WATAK PELAKON
Sharnaaz Ahmad sebagai Hazrul
Nelydia Senrose sebagai Daliya
Redza Rosli sebagai Nazli
Nadia Brian sebagai Zana
Reen Rahim sebagai Faiqa
Ungku Hariz sebagai Idlan
Syafnida Shuhaimi sebagai Nina
Azizah Mahzan sebagai Maryam
Jalaludin Hassan sebagai Haji Fuad
Dian P.Ramlee sebagai Hajah Dian

LAGU TEMA / OST
Tajuk : Takdir Tercipta
Penyanyi : Hafiz Suip feat Adira Suhaimi

Drama-tv3-Lelakimu-Yang-Dulu Drama Lelakimu Yang Dulu, Tampil Lakonan Mantap Sharnaaz Ahmad Dan Nelydia Senrose

Sumber : https://www.myinfotaip.com
logo-150x150 Drama Lelakimu Yang Dulu, Tampil Lakonan Mantap Sharnaaz Ahmad Dan Nelydia Senrose

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Drama Lelakimu Yang Dulu, Tampil Lakonan Mantap Sharnaaz Ahmad Dan Nelydia Senrose

Loading...

Tags: #Drama Lelakimu Yang Dulu yang disiarkan di TV3 #drama tv3 2019 #hero drama lelakimu yang dulu #lagu drama lelakimu yang dulu #lagu hafiz dan adira #lagu ost drama lelakimu yang dulu #pelakon drama lelakimu yang dulu #SINOPSIS LELAKIMU YANG DULU #takdir tercipta #youtube lelakimu yang dulu

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.