Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera

Amanah Saham Bumiputera Soaljawab Hibah

Soal jawab mengenai Hibah ASB

1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Katakan pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah, maka Hibah akan terbatal secara automatik. Akaun ASB akan dibekukan. Hak orang yang menerima hibah akan ditentukan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

2. Pemegang akaun ASB yang beri Hibah cacat, gila atau koma
Katakan pemegang akaun ASB yang beri Hibah cacat, gila atau koma, mahkamah akan melantik penjaga dan berhak melakukan urusniaga ASB bagi pihak pemilik tersebut selagi pemegang akaun masih hidup.

3. Siapa layak untuk terima Hibah ASB?
Individu beragama Islam, warganegara atau bukan warganegara, tiada had umur, ia terhad 10 orang penama sahaja, tiada bankrap, atau digalakkan mempunyai akaun ASB juga.

4. Penerima Hibah berusia di bawah umur 18 tahun
Diterima dengan melantik seorang penjaga yang sah seperti ibu/bapa, datuk/nenek, abang/kakak, atau disahkan oleh mahkamah.

5. Dimanakah permohonan Hibah boleh dibuat?
Semua pejabat dan cawangan ASB dengan bayaran tertentu.

6. Menambah unit pelaburan dari wang simpanan KWSP
Boleh masuk dari wang KWSP untuk tambah pelaburan walaupun permohonan Hibah telah dibuat sebelum ini.

7. Bolehkah membuat pinjaman atau cagaran akaun ASB selepas dihibahkan?
Tidak boleh.

8. Berapakah jumlah baki minima di dalam akaun ASB untuk memohon Hibah?
Syarat sah hibah adalah kena ada harta di dalam akaun. Jumlah baki minima yang perlu adalah di dalam akaun ASB untuk memohon Hibah adalah sebanyak RM1,000.00

9. Bagaimanakah kaedah pembahagian peratusan Hibah?
Hendaklah 100%. Sebagai contoh: 30% untuk Khalish dan 70% untuk Aisha.

10. Kematian berlaku samada kepada pemberi Hibah atau penerima Hibah
Penerima Hibah berhak mutlak ke atas baki ASB pemegang yang telah meninggal sepertimana pecahan hibah diterima. Manakala pemegang akaun ASB akan menerima semula harta Hibah jika penerima Hibah yang meninggal terlebih dahulu.

11. Pembatalan Hibah
Mengikut hukum syariah, ia tidak boleh kecuali hibah kepada anak kandung dan cucu kandung.

logo-150x150 Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera

Loading...

Tags: #baki minima nak mohon hibah asb #kaedah pembahagian hibah #penjelasan Hibah ASB #persoalan mengenai hibah asb #pewaris hibah #Q&A Hibah ASB #simpanan amanah saham bumiputera #soalan mengenai hibah asb #syarat hibah asb

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera"