Contoh Format Resume Memohon Kerja Terbaik Dan Lengkap

Contoh Format Resume Memohon Kerja Terbaik Dan Lengkap

Apa itu resume? Resume adalah satu dokumen ringkas namun padat yang menggambarkan profil diri, pendidikan, kelayakan profesional serta pengalaman anda. Penyediaan resume yang baik sememangnya amat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diingini.

Jangan terkejut jika resume menjadi punca anda gagal dipanggil ke temuduga atau mendapat kerja. Sama ada anda sedar atau tidak kesilapan dalam menulis resume menjadi punca resume anda ditolak mentah-­mentah

Terdapat banyak contoh resume bahasa Inggeris atau contoh resume bahasa Melayu yang boleh anda cari di internet. Berikut kami berikan beberapa tips dan langkah yang perlu anda lakukan untuk mencipta resume yang baik dan disukai majikan.

  • Sila pastikan resume anda tidak melebihi 2 muka surat.
  • Reka bentuk resume bersaiz A4 dan kemas,ringkas dan tidak mempunyai banyak warna.
  • Memilih font yang kemas dan terang.
  • Meletakkan dalam resume objektif kerja.
  • Tidak memasukkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan jawatan yang dipohon seperti hobi atau makanan kegemaran (contoh).
  • Untuk bahagian reference, boleh guna nama ketua jabatan, penasihat akademik, supervisor projek akhir tahun atau pensyarah tapi pastikan maklumkan kepada mereka.

Apa  Maklumat Penting  Yang Perlu Ada Dalam Resume Anda?

Personal Summary:

  • Nama Penuh Pemohon
  • Jantina
  • Alamat
  • Nombor kad pengenalan
  • Gambar Saiz Pasport
  • Telefon & Email
  • Status (Single/Married)

Career Objective (Optional):

  • Letakan objektif dan matlamat kerjaya anda secara

Education Background:

  • Letak kelayakan yang tertinggi di atas. Contohnya kalau ada degree dan diploma, letak ijazah sarjana muda terlebih dahulu.
  1. Sarjana
  2. Sarjana muda
  3. Diploma
  4. STPM
  5. Sijil
  6. SPM
  7. PT3/PMR/SRP
  • Begitu juga kalau anda mempunyai kelayakan sarjana dan doktor falsafah, letakan kelayakan tertinggi di atas.
  • Pemohon kerja tidak perlu meletakan semua kelayakan, contohnya kalau kelayakan tertinggi pemohon ialah Diploma, pemohon boleh senaraikan sehingga SPM.
  • Paling baik jika letakkan minimum tiga kelayakan tertinggi kecuali diminta dalam vacancy yang dipohon.

Working Experiences :

  • Senaraikan mengikut pengalaman bekerja yang paling baharu.
  • Jika Pemohon ialah Fresh graduate, pemohon boleh menyenaraikan pengalaman ketika menjalani Industrial Training/Practical/Internship semasa belajar dahulu.

Extra-Curricular Activities:

  • Senaraikan persatuan/kelab yang pernah anda sertai serta jawatan.
  • Senaraikan kalau anda pernah mewakili sekolah, kolej, universiti, daerah, bahagian, negeri, negara dalam mana-mana aktiviti.

Skills :

  • Senaraikan skill atau kemahiran yang anda ada. Contoh: Microsoft Word/Excel/Power Point, AutoCAD, Multisim dan sebagainya.
  • Anda juga boleh senaraikan kursus kemahiran yang pernah ambil. Language Skill:  English, Malay, Mandarin, Tamil, Japanese, Iban, Dusun, Bidayuh, dan sebagainya.

Award and Honours (optional) :

  • Nyatakan anugerah yang pernah anda terima. Contoh: Anugerah Dekan, Pelajar Terbaik, Pekerja Terbaik, dan sebagainya.

Expected Salary (Optional) :

  • Bahagian ini walaupun nampak simple, tetapi sebenarnya agak sukar untuk meletak nilai expected salary.
  • Tips untuk isi bahagian expected salary ini ialah sebaik-baiknya isi kalau perlu sahaja untuk resume.

References :

  • Letakan seboleh-bolehnya dua orang yang boleh dihubungi untuk rujukan, biasanya Bos/Supervisor tempat kerja anda terdahulu beserta dengan nombor telefon pejabat.
  • Bagi fresh graduate, anda boleh letak nama pensyarah anda berserta dengan nombor telefon (pejabat)

Tips Contoh Resume Kerja Lengkap dan Terbaik

  • Contoh resume kerja terbaik sebaik-baiknya menggunakan Bahasa Inggeris dan butiran yang lengkap.
  • Sila buat resume anda dengan sebaik yang boleh kerana resume lengkap dan terbaik akan meningkatkan lagi peluang anda dipanggil temuduga.
  • Resume dan cover letter yang lengkap sangat penting jika anda memohon pekerjaan secara online untuk mendapatkan peluang ditemuduga.
  • Fresh graduate yang mempunyai grade pointer (CGPA) yang rendah tetapi mempunyai resume yang lengkap dan terbaik boleh menarik perhatian para majikan untuk mengambil bekerja berbanding dengan fresh graduate yang mempunyai pointer lebih tinggi tetapi resume kurang menarik perhatian majikan.
  • Buat resume kerja dengan ringkas tetapi padat. Pemohon kerja digalakkan untuk membuat resume kerja maksimum 2 muka surat kecuali anda sudah mempunyai banyak pengalaman dan related skills.

Akhir kata, perlu diingat bahawa bukan anda seorang sahaja yang menghantar resume tetapi anda perlu bersaing dengan ramai lagi pencari kerja yang berminat dengan jawatan yang anda mohon. Jadi, tulislah resume dengan sebaik mungkin dan tekankan kelebihan anda dan kenapa majikan perlu memilih anda dan bukan orang lain.

Rujukan :

https://www.infopelajar2u.com

Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Loading...

Tags: #Apa  Yang  Penting  Dan  Wajib  Dalam Resume Kerja Terbaik Dan Lengkap? #Apa itu resume? #cara membuat cv #cara membuat resume terbaik #ciri-ciri resume baik dan lengkap #Contoh Format Resume Memohon Kerja Terbaik Dan Lengkap #Contoh Resume Kerja Lengkap dan Terbaik #format resume fresh graduate #format resume pemohon kerja #maklumat apa perlu ada dalam resume #panduan menulis resume terbaik #resume yang baik dan lengkap #tips buat resume #tips menulis resume lengkap dan terbaik #tips tulis resume kerja

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Contoh Format Resume Memohon Kerja Terbaik Dan Lengkap"