Lelaki! Ikuti 5 Tips Mudah Ini Untuk Tampil Segak Di Aidilfitri

Segak Di Hari Raya

Siapa yang tidak ingin tampil segak bergaya dan menawan saat menyambut Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. 

Seperti wanita, lelaki masa kini tidak ketinggalan dalam menjaga penampilan diri ketika berhari raya lebih-lebih lagi apabila bertandang ke rumah buah hati.

Berikut, penulis kongsikan tentang lima tips mudah buat lelaki untuk tampil segak di Aidilfitri. Let’s find out!

1. Penjagaan Wajah

Untuk kelihatan segak bergaya dan berseri-seri, penjagaan wajah perlu menjadi keutamaan dan rutin wajib bagi seseorang lelaki.
Kulit berminyak dan kusam akan membuatkan penampilan anda menjadi lebih tua dan tidak bermaya. Gunalah produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit anda dan hindarilah menggunakan sabun mandi kerana ianya akan merosakkan kulit wajah anda.

2. Penjagaan Kuku

Selain wajah, penjagaan kuku turut dititikberatkan dalam penampilan seseorang. Tiada gunanya walaupun dikurnia rupa paras persis seorang peragawan tetapi mempunyai kuku tangan dan kaki yang kotor dan menjijikkan. Tidak perlu menjaga kuku seperti wanita, cukuplah sekadar memotongnya apabila panjang.

3. Pemilihan Warna Pakaian & Akseksori

Setiap kali tibanya Syawal, pastinya persiapan pakaian raya seperti baju melayu, kurta atau jubah menjadi pilihan utama jejaka di luar sana untuk meraikan Aidilfitri. Dengan pilihan warna sepadan dan rekaan yang sesuai dengan tubuh badan, pastinya membuatkan gadis-gadis memandang anda lebih dari sekali. Ingat, elakkan diri dari mencampuk adukkan warna pakaian dan aksesori yang tidak sesuai sehingga membuatkan anda kelihatan seperti badut sarkas.

4. Wangian Diri

Kuat berpeluh dan ketiak berbau seringkali menjadi masalah buat lelaki yang mementingkan penampilan. Penggunaan deodorant dan minyak wangi bukan sahaja dapat mengatasi masalah bau badan malahan meningkatkan keyakinan diri apabila berdepan dengan sanak saudara dan sahabat handai di hari lebaran. Terdapat banyak deodorant dan minyak wangi berjenama tempatan hingga antarabangsa dari harga puluhan hingga ratusan ringgit boleh anda dapatkan di pasaran.

5. Penjagaan Kasut

Pemakaian kasut yang kotor boleh mencacatkan penampilan seseorang lelaki di pagi Syawal. Seelok-eloknya, sila pastikan kasut yang dipakai di hari raya bersih daripada sebarang kekotoran. Pemilihan warna stoking turut memain peranan apabila memakai kasut. Kebiasaannya, warna-warna seperti hitam, coklat dan biru gelap menjadi pilihan untuk dipadankan dengan kasut jenis formal atau berkulit.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #fesyen lelaki segak hari raya #Segak Di Aidilfitri #tampan dan segak dihari raya #Tips Segak Di Hari Raya

Cara Membina Kolam Hiasan Di Laman Rumah, Simple & Cantik!
Membina sebuah kolam hiasan sebenarnya mencipta pelbagai manfaat tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Cara Membuat Media Tanaman Ringkas Untuk Tanaman
Media tanaman adalah salah satu komponen penting dalam bidang pertanian. Media tanaman digunakan
Cara Membuat Baja NPK Larut Untuk Tanaman Organik Di Rumah!
Apakah baja NPK? Sistem pemberian huruf dan nombor ini telah diperkenalkan oleh Justus
25 Jenis Hantu Paling Seram Dalam Masyarakat Melayu Malaysia
Hantu merupakan nama panggilan bagi makhluk jin atau syaitan yang menjelma atau merupa

Comments are closed.