Teknik Paling Jitu Isi Minyak Kenderaan. Ini Petua Ringkas Yang Ramai Tidak Tahu!

Teknik Paling Jitu Isi Minyak Kenderaan. Ini Petua Ringkas Yang Ramai Tidak Tahu!

Cara mengisi minyak kenderaan bermotor dengan betul sebenarnya dapat menjimatkan dan mengelak pembaziran. Jadi, bagaimana caranya dan apakah rahsianya?

  1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk

Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana minyak petrol mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda. Oleh yang demikian, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

  1. Isi minyak dengan perlahan-lahan

Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

  1. Isi minyak semasa tangki separuh penuh

Ketika ingin mengisi minyak, lakukan semasa baki minyak separuh penuh tangki. Hal ini demikian kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

  1. Isi minyak petrol ikut liter

Amalkan pengisian minyak dalam liter, bukannya Ringgit. Sebagai contoh, harga semasa petrol RON95 ialah  RM2.10. Pergi ke kaunter, katakan kepada cashier bahawa anda ingin mengisi 20 liter. Anda harus membayar RM42. Ini lebih baik daripada anda mengisi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 19.047619 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.

  1. Elakkan penggunaan minyak premium

Minyak RON97 lebih mahal berbanding RON95 dan disebabkan itu ramai menyangka kualitinya lebih baik dan akan memberikan lebih ‘mileage’. Tetapi, setakat ini tiada bukti menyokong kenyataan bahawa RON97 lebih baik dan menawarkan lebih ‘mileage’. Ia sebenarnya bergantung kepada keupayaan enjin dan juga gaya pemanduan anda. Jadi, jika kereta anda tidak memerlukan petrol RON97, jimatkan wang dan gunakan minyak petrol RON95.

  1. Peka dengan perubahan harga minyak setiap minggu

Anda juga perlu peka dengan perubahan harga minyak setiap minggu. Ambil kesempatan dengan mengisi minyak pada minggu harga yang murah, dan cuba untuk jimatkan penggunaan ketika harganya mahal. Jika boleh, jangan isi minyak pada minggu harga petrol meningkat dan cuba tunggu minggu hadapan.

  1. Matikan enjin ketika mengisi minyak

Jangan lupa untuk matikan enjin kereta dan elakkan penggunaan telefon bimbit semasa mengisi minyak serta jangan lupa kunci kereta semasa mengisi minyak untuk mengelakkan kes kecurian yang sering berlaku di stesen minyak. Bak kata orang ”malang tak berbau!”

Carian Berkaitan

macam mana cara nak jaga honda fd 1 8, minyak mail
Loading...

Tags: #bila perlu isi minyak #cara isi minyak kereta #cara isi minyak paling jitu #cara isi minyak supaya jimat #Cara isi minyak yang betul #cara jimat minyak kereta #cara menjimatkan petrol #isi petrol ron95 ron97 #Langkah-langkah Mengisi Minyak Kenderaan Di Stesen Minyak #minyak lambat habis #petua isi minyak di stesen minyak #rahsia mengisi minyak #rahsia mengisi minyak kenderaan #ron95 #supaya mengisi minyak supaya tidak membazir #Tips Mengisi Minyak Petrol #tips mengisi petrol #waktu sesuai isi minyak

Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!
Percaya atau tidak, tubuh manusia penuh dengan keajaiban. Rawatan-rawatan alternatif yang telah diamalkan
10 Teknik Penanaman Sayur Di Ruang Sempit. Teknik Berkebun Ini Boleh Anda Cuba!
Selain menjadikan rumah lebih hijau, kegiatan berkebun juga dapat menjadi pelepas stres akibat
Rahsia Menulis Dengan Cepat. Ini Teknik Wartawan Biasa Guna!
Jika kerja harian anda memerlukan anda untuk menulis, mencatat nota, mengambil pesanan makanan,
Tips Mengasah Tulisan Tangan Supaya Cantik Dan Kemas!
Jika anda masih berasakan tulisan tangan anda tidak menarik, bahkan sukar dibaca oleh

Comments are closed.