Manfaat Ajinomoto Kepada Tanaman, Bukan Hanya Penyedap Masakan Sahaja!

Manfaat Ajinomoto Kepada Tanaman, Bukan Hanya Penyedap Masakan Sahaja!

Asid glutamik bebas terdapat banyak dalam aditif makanan. Bahasa terkenalnya adalah MSG (monosodium glutamate). MSG dikatakan sebagai salah satu penyedap rasa yang kelima. Ajinomoto sendiri merupakan suatu jenama alternatif dari MSG. MSG merupakan suatu sebatian yang berbentuk kristal, yang merupakan jenis garam natrium / sodium yang terbuat dari asid glutamate. MSG pada dasarnya memiliki banyak kandungan mineral.

Pada tahun 1998, sebuah syarikat Amerika telah mengeluarkan sebuah produk pertanian berasaskan MSG (monosodium glutamate) sebagai bahan utama. Produk itu dinamakan AuxiGro dan dilabelkan sebagai plant booster (penggalak tanaman). Tumbuhan yang disembur AuxiGro akan membesar dua hingga lima kali ganda berbanding tumbuhan yang tidak disembur AuxiGro.

MSG dalam AuxiGro menjadikan tumbuhan yang disembur signal palsu yang ia dalam keadaan ‘stres’. Tumbuhan bertindak balas dengan menyerap dan mengeluarkan nutrien tambahan di dalam tanah. Kesannya ia mengeluarkan pucuk baru, dan saiz batang, daun dan buahnya menjadi berganda besar.

Walaupun kita tidak dapat membeli AuxiGro, kita boleh menggunakan jenama alternatif iaitu Ajinomoto. Ajinomoto memang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai bahan penyedap rasa kaya dengan MSG. Jadi, tahukah anda, apakah manfaat Ajinomoto kepada tanaman? Berikut adalah beberapa manfaat MSG Ajinomoto untuk tanaman.

  1. Menyuburkan tanaman

Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman adalah dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan natrium tinggi yang terkandung pada MSG Ajinomoto dapat mempengaruhi tahap kesuburan suatu tanaman. Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tahap kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik. Ini dapat dikenalpasti melalui :

  • Daun yang lebih hijau
  • Daun tanaman yang lebat
  • Tanaman menjadi lebih sihat
  1. Mempercepat pertumbuhan tanaman

Manfaat lain dari kandungan natrium yang terkandung pada Ajinomoto adalah dapat mempercepat pertumbuhan tanaman. Proses pertumbuhan tanaman akan menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang serta tanaman yang menjadi lebih cepat besar.

  1. Mempercepat munculnya bunga

Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG Ajinomoto juga dapat mempercepat partumbuhan bunga dari tanaman. Proses ini diyakini tidak berdampak buruk, kerana bunga yang muncul, meskipun tumbuh lebih cepat, namun warna dan bentuk dari bunga yang muncul tidak berubah.

  1. Memenuhi keperluan nutrisi tanaman

Tidak hanya manusia dan haiwan, tanaman juga sangat memerlukan nutrisi yang lengkap untuk dapat hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari baja yang sering kita gunakan. Ajinomoto juga dapat menjadi alternatif untuk memenuhi keperluan nutrisi tanaman.

  1. Tanaman menjadi tidak mudah mati

Apabila tamanan mendapat nutrisi yang cukup, maka sudah pasti tanaman akan tumbuh dengan subur. Apabila tanaman dapat tumbuh dengan subur dan baik, maka hal ini akan mengurangi risiko matinya tanaman anda.

  1. Menghindari tanaman dari baja kimia yang berbahaya

Manfaat Ajinomoto untuk tanaman seterusnya adalah dapat menghindari tanaman dari kandungan kimia-kimia yang berbahaya, yang terkandung pada baja.

  1. Meningkatkan kadar air pada musim panas

Natrium yang terkandung pada MSG Ajinomoto ini ternyata memiliki manfaat lain iaitu mencegah terjadinya resistensi air, atau dalam bahasa mudah, mencegah tanaman mengalami kekurangan air terutama pada musim panas atau musim kering. MSG Ajinomoto membantu mengoptimalkan penyerapan air pada tanaman, terutama pada musim panas.

  1. MSG sebagai baja tanaman

Selain dapat digunakan larutan antara MSG Ajinomoto dan air untuk menyiram tanaman, MSG Ajinomoto juga dapat dimanfaatkan sebagai baja pengganti berbagai baja kimia yang ada di pasaran.

Hasil penelitian mendapati bahawa baja tanaman yang menggunakan MSG Ajinomoto memiliki tahap kesuburan dan pertumbuhan yang lebih baik pada minggu ketiga dan minggu keempat dibandingkan tanaman yang menggunakan baja kimia biasa.

Ternyata hal ini didukung oleh kandungan MSG Ajinomoto, yang terdiri dari kandungan sebatian C, H, O, N, dan Na. Kelima-lima unsur sebatian yang terkandung dalam MSG Ajinomoto ini merupakan lima unsur yang diperlukan untuk nutrisi dalam perkembangan tanaman. Kelima-lima unsur tersebut, terutama unsur N memiliki manfaat yang baik untuk :

  • Merangsang pertumbuhan bahagian tanaman, seperti batang, cabang dan daun
  • Proses pembentukan protein dan lemak yang diperlukan tanaman dalam melakukan proses pertumbuhan

Kaedah Bancuhan Ajinomoto Untuk Tanaman Pokok

Terdapat dua kaedah bancuhan yang disyorkan iaitu;

Kaedah pertama :

  • 1 sudu teh (5 g) Ajinomoto per pasu
  • Tabur terus Ajinomoto sebagai penggalak tanaman di sebelah pokok
  • Kemudian siram dengan air

Kaedah kedua :

  • Pokok kecil : 1 sudu makan (15 g) + 5 Liter air (seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain)
  • Pokok besar (umur setahun ke atas) : 5 sudu makan (75 g)  + 1 Liter air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain)
  • Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali

Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula berbunga.

Carian Berkaitan

kasiat ajinomoto dicampur dengan garam untuk tanaman, manfaat msg bagi tanaman
Loading...

Tags: #Ajinomoto #Ajinomoto kepada tanaman #ajinomoto malaysia #ajinomoto untuk bawang merah #Ajinomoto untuk tanaman #baja alternatif MSG #baja campur ajinomoto #campuran ajinomoto dalam pupuk #campuran ajinomoto untuk pupuk #cara bancuhan ajinomoto untuk tanaman #cara memakai ajinomoto untuk tanaman #dosis ajinomoto untuk tanaman padi #hasil baja ajinomoto #kandungan ajinomoto #kandungan msg #khasiat ajinomoto pada tanaman #manfaat ajinomoto untuk tanaman #manfaat ajinomoto untuk tanaman padi #Manfaat MSG Ajinomoto Untuk Tanaman #monosodium glutamate #MSG #panduan ajinomoto untuk tanaman #panduan tanaman #pertanian #Semburan MSG Meningkatkan Hasil Tanaman #serbuk msg #Siram Tanaman dengan Larutan Ajinomoto #takaran ajinomoto untuk tanaman padi #takaran penggunaan msg untuk tanaman

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka

Comments are closed.