Menarik Tentang Indah Ruhaila, Bintang Kelahiran AF 2013

Trivia Menarik Indah Ruhaila

Siapa tidak kenal dengan bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF 2013) iaitu Indah Ruhaila atau nama lengkapnya Siti Ruhailah Hussein.

Selepas AF, namanya mekar mewangi di persada seni hiburan tanah air dek kerana single pertamanya, Percayalah popular dan menjadi siulan para peminat tempatan.

Selain bersuara merdu bak buluh perindu, figura kelahiran Johor ini memiliki vokal yang mantap dan tersendiri.

Terkini, Indah bakal berentap di pentas AF Megastar bersama 11 bintang AF yang lain mulai 18 September 2017.

Berikut, penulis kongsikan trivia dan ringkasan biodata Indah Ruhaila buat tatapan para pembaca. Check it out!

1. Lahir Dalam Keluarga Seni

Untuk pengetahuan para pembaca, Indah merupakan cicit kepada penyanyi veteran, Allahyarhamah Rosiah Chik yang popular dengan lagu-lagu seperti Zapin Senandung Dua, Air Mata Emas dan Si Gula Manis. Si cantik ini juga adalah anak saudara kepada vokalis kumpulan Ilusi dan juara Gegar Vaganza (GV) musim pertama, Ayai.

2. Pernah Keluarkan Album Sulung

Sebelum menyertai program AF 2013, Indah pernah bernaung di bawah label Suria Records dan mengeluarkan album sulungnya pada 2008 namun kurang mendapat sambutan daripada para peminat tempatan pada ketika itu. Kegagalan album berkenaan menyebabkan figura ini kembali ke kampung halamannya dan bekerja sebagai penyanyi di sebuah hotel di Johor Bahru.

3. Anggota Kumpulan The Lomas

Selain bergerak secara solo, Indah juga merupakan salah seorang ahli kumpulan nyanyian, The Lomas yang turut dianggotai oleh finalis AF 2013 iaitu Amira Othman, Aisyaah Aziz dan Nabila Razali. Antara lagu-lagu yang didendangkan oleh The Lomas ialah Bila Larut Malam dan Rindu.

4. Seorang Catlover

Rupa-rupanya, Indah sangat cintakan haiwan seperti kucing. Dia turut membela beberapa ekor kucing berbaka British Short Hair berwarna kelabu. Melor, Kekwa, Tuah dan Badang merupakan sebahagian nama kucing peliharaannya.

5. Putus Tunang Sejak April 2017

Menerusi instagram miliknya, Indah berkongsi berita dengan para peminatnya bahawa sudah putus tunang sejak April 2017. Beliau pernah mengikat tali pertunangan dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr R seminggu sebelum masuk program AF 2013.

Biodata Ringkas Indah Ruhaila

Nama Penuh: Siti Ruhailah Hussein
Nama Komersil: Indah Ruhaila
Tarikh Lahir: 30 Julai 1987
Umur: 30 Tahun (2017)
Zodiak: Leo
Asal: Pasir Gudang, Johor
Adik Beradik: Anak ketiga daripada lima beradik
Kerjaya: Penyanyi
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: IndahHeart

Lagu/Single: Percayalah, Di Sebalik Takdir, Cerita Cinta Kita, Bila Larut Malam, Rindu, Aishiteru Selamanya, Kau Yang Satu dan Semua Untuk Cinta.

Laman Sosial Media Indah Ruhaila

Foto Menarik Indah Ruhaila

Indah-Ruhaila-300x300 Menarik Tentang Indah Ruhaila, Bintang Kelahiran AF 2013 Foto-Menarik-Indah-Ruhaila-300x300 Menarik Tentang Indah Ruhaila, Bintang Kelahiran AF 2013 gambar-selfie-indah-ruhaila-300x300 Menarik Tentang Indah Ruhaila, Bintang Kelahiran AF 2013 indah-ruhaila-AF-300x300 Menarik Tentang Indah Ruhaila, Bintang Kelahiran AF 2013 rambut-Indah-Ruhaila-300x300 Menarik Tentang Indah Ruhaila, Bintang Kelahiran AF 2013 wajah-Menarik-Indah-Ruhaila-300x300 Menarik Tentang Indah Ruhaila, Bintang Kelahiran AF 2013

azlan-150x150 Menarik Tentang Indah Ruhaila, Bintang Kelahiran AF 2013

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #AF Megastar Astro Ria 104 #af2013 #Biodata Indah Ruhaila #Indah Ruhaila #Indah Ruhaila AF 2013 #Indah Ruhaila AF Megastar 2017 #indah ruhaila biodata #indah ruhaila instagram #Kenali Indah Ruhaila #Profil Indah Ruhaila #Siti Ruhailah Hussein #siti ruhailah hussein kau yang satu #Trivia Indah Ruhaila

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.