Tips Merawat Luka Akibat Melecur

Tips Merawat Luka Akibat Melecur

Luka melecur akibat terbakar sangat memeritkan. Terdapat tiga jenis tahap luka melecur iaitu tahap 1, tahap 2 dan tahap 3. Kecederaan dikategorikan mengikut tahap kecederaan atau luka yang dialami. Begitu juga dengan cara merawat luka melucur, ianya berbeza mengikut tahap kecederaan. Tahap 1 merujuk kepada kecederaan yang paling kecil. Tahap 3 pula merujuk pada luka melecur yang parah.

Tahap Luka Melecur

  • Tahap 1

Luka ini hanya terhad pada lapisan luar kulit (epidermis). Apabila terkena, seseorang akan merasa sakit. Dan kawasan luka akan bertukar menjadi kemerah-merahan, seperti sunburn dan melepuh.

  • Tahap 2

Luka melecur ini lebih serius kerana ia melibatkan epidermis dan dermis. Bukan sahaja melepuh, malahan ia juga berwarna merah keputihan.  Permukaan luka menjadi kering atau lembap dengan cecair tisu.

  • Tahap 3

Ini adalah tahap kecederaan yang paling serius. Semua lapisan kulit cedera akibat melecur. Kawasan kulit yang cedera akan menjadi kering dan berwarna putih, hitam atau coklat gelap. Rawatan yang lewat akan menyebabkan pesakit mengalami dehidrasi dan hypovolemic shock.  Jangan cuba-cuba untuk merawat sendiri bagi kecederaan tahap 3 ini. Dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Di dalam perubatan juga terdapat Tahap 4. Pada tahap ini luka melecur teleh merebak ke tendon dan tulang.

Merawat Luka Melecur

Kebiasaannya, menurut pengamal perubatan tidak semua luka melecur memerlukan rawatan doktor. Ianya boleh dilakukan sahaja di rumah dengan segera. Bagi luka melecur tahap 2 dan 3, adalah dinasihatkan anda untuk terus berjumpa doktor. Ini bagi mengelakkan komplikasi seperti jangkitan kuman.

Bagi kecederaan atau luka ringan, rawatan kecemasan yang segera sangat membantu pesakit. Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah. Berikut adalah tips yang boleh digunakan :

  1. Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati. Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit. Boleh juga jika rendamkan luka di dalam air sejuk selama 5 minit atau lebih atau rendamkan dalam air susu. Tapi ingat, jangan rendam luka dalam ais atau air yang berais. Ini hanya akan memburukkan keadaan luka melecur tadi.
  1. Tuamkan luka lecur. Basahkan tuala dan tuam tuala pada luka tadi. Ulang sehingga 15 minit atau lebih. Lakukan perlahan-lahan bagi mengelakkan lepuhan pecah.
  1. Sapukan luka dengan antiseptik. Ini sangat membantu bagi merawat luka melecur supaya tidak terkena jangkitan kuman. Anda boleh menggunakan krim antibiotik (dapatkan dari doktor). Atau gunakan larutan Dettol untuk rendam kawasan lecur. Gunakan tuala lembut dan elakkan penggunaan ‘cotton ball’. Fiber halusnya akan melekat pada luka dan meningkatkan risiko infeksi.
  1. Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan.
  1. Balutkan luka. Selepas luka dicuci, anda boleh menggunakan gauze untuk balut luka. Hanya balutkan secara longgar, dan pastikan ada ruang pengudaraan untuk luka cepat sembuh.
  1. Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
  1. Selepas 3 hari, anda bolehlah memulakan rawatan bagi mengelakkan parut. Antara caranya anda boleh sapukan gel aleo vera. Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja. Di samping itu juga, anda digalakkan untuk mengambil vitamin C, E dan minyak ikan. Ini bagi membantu luka sembuh segera dan tiada parut kekal.

Rawatan Lanjut

Rawatan lanjutan di hospital perlu diambil sekiranya :

  • Keseluruhan kulit terbakar.
  • Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
  • Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
  • Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
  • Melecur akibat renjatan elektrik.
  • Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.

Ikut arahan bagi tahap melecur dan melepuh yang dialami. Anda memerlukan suntikan tetanus sekiranya belum pernah mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang diterima adalah lebih daripada 5 tahun.

Langkah Pencegahan

Bagi mengelak risiko luka akibat terbakar yang boleh menyebabkan kulit melecur, terutamanya bagi anak-anak kecil, beberapa langkah pencegahan harus dititik beratkan. Antaranya :

  • Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
  • Jangan biarkan kanak-kanak dalam baby walker di kawasan dapur.
  • Jangan mendukung anak kecil ketika memasak.
  • Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran. Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
  • Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
  • Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat.
  • Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh.
Carian Berkaitan: cara merawat kecederaan melecur, antiseptik melecur, cara untuk rawat luka terkena api
Loading...

Tags: #bantuan kecemasan luka akibat melecur #cara agar luka cepat kering dalam 1 hari #cara hilangkan parut minyak panas #cara menghilangkan bekas luka kena minyak panas #cara menghilangkan bekas luka tersiram air panas #luka terbakar #luka terkena api #melecet #melecur #merawat luka melecur #merawat luka terbakar #merawat luka terkena api #petua terkena minyak panas #rawat luka kena api #rawat luka terbakar #terkena air panas #tips merawat luka melecur #Tips Rawatan Luka Melecur

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh,
Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!
Petua Elak Mata Cepat Rabun Mengikut statistik setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia

Comments are closed.