Petua Menghilangkan Bulu Ketiak Tanpa Perlu Kerap Bercukur

Petua Menghilangkan Bulu Ketiak

Berbagai cara dilakukan untuk menghilangkan bulu ketiak. Bagi kaum lelaki, memiliki bulu ketiak merupakan perkara yang tidak memalukan, tapi bagi kaum hawa, perkara itu sangat mengganggu. Cara-cara moden seperti IPL dan laser mungkin memang lebih praktikal untuk menghilangkan bulu ketiak, tetapi kos yang harus dikeluarkan bukanlah murah.

Tetapi anda usah khuatir kerana anda boleh menghilangkan bulu ketiak tanpa perlu menggunakan cara moden yang berisiko dan sememangnya mahal. Terdapat petua tradisional untuk menghilangkan bulu ketiak dan melambatkan pertumbuhannya yang anda boleh cuba.

  1. Telur dan tepung jagung

Gunakan satu sudu makan putih telur dan satu setengah sudu makan tepung jagung untuk membuat pes pekat. Sapukan pada ketiak dan biarkan sampai ia benar-benar kering. Selepas itu, gunakan air suam untuk mencucinya.

  1. Betik dan serbuk kunyit

Betik sangat bagus untuk membuat kulit tubuh dan ketiak tampak mulus dan sihat tanpa ditumbuhi bulu-bulu. Anda hanya perlu menyediakan buah betik yang masih mentah. Kisar atau tumbuk sehingga halus. Tambahkan serbuk kunyit secukupnya, lalu adun hingga sebati. Sapukan pada ketiak anda dan biarkan selama 10 minit sampai ia mengering. Selepas itu, bilas ketiak anda dengan air sampai bersih. Lakukan cara ini secara rutin ataupun 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

  1. Kunyit dan kapur sirih

Anda hanya perlu menyediakan 2 atau 3 ruas kunyit serta air kapur sirih secukupnya untuk menghilangkan bulu ketiak. Kupas kunyit dan cucilah hingga bersih. kemudian, kisar atau tumbuk hingga halus dan masukkan air kapur sirih secukupnya, tetapi jangan sampai adunan menjadi terlalu cair. Sapukan pada ketiak anda dan gosok perlahan dari bawah ke atas. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, lalu bilas dengan air suam hingga bersih. Lakukan secara rutin atau 2 kali seminggu untuk mengekang pertumbuhan bulu ketiak.

  1. Lemon dan gula

Campurkan satu sudu makan gula dan dua sudu makan lemon. Selepas itu, letakkan pada ketiak anda dan sapukannya dalam arah yang sama dengan bulu yang tumbuh di kawasan ketiak. Setelah anda selesai, gunakan kain basah yang bersih untuk mencuci area ketiak. Lakukan cara ini 2 kali seminggu.

  1. Jintan putih

Jika anda merasakan bulu ketiak selalu tumbuh dengan cepat selepas dicukur, maka ramuan jintan putih ini sangat baik untuk dicuba. Caranya tumbukkan 30 butir jintan putih dan 3 butir kapur barus. Kemudiannya campurkan keduanya dan sapulah ramuan ini ke kulit ketiak setelah dicukur agar proses pertumbuhan bulu menjadi lambat.

  1. Susu dan serbuk kunyit

Ambil sejumlah kecil serbuk kunyit dan campurkan dengan dua sudu makan susu. Sebatikan lalu sapukan ke ketiak anda. Tunggu hingga mengering lalu bilas dengan air bersih. Lakukan cara ini 2 kali dalam seminggu. Cara ini juga dapat memutihkan ketiak.

Loading...

Tags: #Bulu Ketiak Perempuan #cara mencabut bulu ketiak agar tidak sakit #cara menghilangkan bulu ketiak dengan jeruk nipis #cara menghilangkan bulu ketiak dengan kunyit #cara menghilangkan bulu ketiak permanen dengan jeruk nipis #Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Secara Alami #cara menghilangkan bulu ketiak secara alami dan cepat #cara menghilangkan bulu ketiak secara alami tanpa cukur #Cara Menghilangkan Bulu Ketiak secara Permanen #cara menghilangkan bulu ketiak secara permanen dengan kapur sirih #cara menghilangkan bulu ketiak yang aman #krim perontok bulu ketiak #masalah bulu ketiak cepat panjang #Petua Hilangkan Bulu Ketiak #petua melambatkan pertumbuhan bulu ketiak #petua menghilangkan bulu #petua menghilangkan bulu ketiak secara kekal #petua menghilangkan bulu ketiak tanpa perlu kerap bercukur

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.