Nama Tokoh Ulamak Kelantan


Pengertian Ulamak

Perkataan ulamak merupakan kata jamak dari kata dasar alim bermaksud seseorang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Ini berbeza dengan perkataan alim yang beerti orang yang mengetahui akan tetapi belum tentu orang itu mendalami.Perkataan ulama ini telah disebutkan pada beberapa tempat di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. samaada secara langsung ataupun tidak yang menunjukkan bahawa ulama adalah individu-individu terpilih yang menguasai ilmu Allah Taala dengan mendalam dan memiliki akhlak terpuji. Oleh itu, ulama yang saya maksudkan di sini ialah seseorang pakar yang mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam secara mendalam dengan syarat-syarat tertentu sebagai ulama.

Para ulamak ialah mereka yang mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Mereka sentiasa istiqamah dan melazimi ilmu-ilmu yang mereka perolehi itu dengan ikhlas yang diajarkan kepada mereka bersumberkan dari Rasulullah S.A.W. Agama Islam telah mengiktiraf ulama sebagai pewaris para nabi sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya ulamak itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.
(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Kelebihan ulamak berbanding orang yang jahil dan bodoh

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Surah az Zumar : 9)

Berikut adalah ulamak berasal dari Kelantan ;

  • Haji Abdul Malek Sungai Pinang (1834 – 1934)
  • Tok Kenali (1870 – 1933)
  • Tok Selehong (1872 – 1935)
  • Mufti Haji Wan Musa (1875 – 1939)
  • Sheikh Osman Jalaluddin Al-Kalantani (1880 – 1952)
  • Haji Ismail Pontianak (1882 – 1950)
  • Haji Saad Kangkong (1893 – 1943)
  • Haji Yaakub Lorong Gajah Mati (1895 – 1956)
  • Haji Abdullah Tahir Bunut Payong (1897 – 1961)
  • Haji Alu Pulau Pisang (1899 – 1968)
  • Haji Awang Lambor (1900 – 1963)
  • Haji Daud Bukit Abal (1906 – 1976)
  • Haji Uthman atau Tok Bachok (1868 – 1953)
  • Tok Wali Hassan atau Pakcu Hassan (1987)
  • Tok Guru Nik Aziz (2015)
  • Tok Ayah Mad, Lundang Paku (2016)

 

Gambar menarik

Nama Dan Gambar Tokoh Ulama KelantanGambar UlamakUlamak Bapa Ts Muhyidin YasinTok Ayah Zain Kg Badak BachokGambar Tok Wali HassanTok Guru Nik AzizTok Ayah Mad Lundang Paku

Carian Berkaitan

gambar foto ulama berdama, ulamak

Artikel Berkaitan

Tags: #kelebihan ulamak #nama ulamak kelantan #nama ulamak yang telah meninggal dunia #pengertian ulama #senarai ulamak kelantan #tokoh agama islam #ulama kelantan #ulamak islam nusantara

Kelebihan, Kekurangan Dalam Konsep Hibah ASB
Kelebihannya hibah ASB Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda
Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran
Apakah konsep Hibah ASB? Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di
Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera
Soal jawab mengenai Hibah ASB 1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Prosedur Menuntut Harta Pelaburan Melalui Konsep Hibah ASB
Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut

Comments are closed.