Resipi Sambal Tumis Petai Udang

Sambal Tumis Petai Udang

Bahan-bahan :

  • Seikat petai dikupas dan diambil isinya serta dibelah dua
  • Udang
  • 6 sudu makan cili kisar
  • 1 biji bawang besar yang dibelah dua dan dipotong kasar
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 biji bawang besar yang dihiris halus
  • 1 keping asam gelugor

Cara memasak :

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang dihiris halus hingga naik wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak dan cili menjadi agak garing.
  3. Masukkan petai yang dibelah dua tadi dan kacau sebentar.
  4. Masukkan santan, air dan asam gelugor. Biarkan mendidih seketika.
  5. Masukkan udang dan bawang besar yang dipotong kasar.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Masak sehingga udang benar-benar masak dan bawang menjadi layu.
  7. Tutup api dan hidangkan.
Loading...

Tags: #Resipi Sambal Tumis Petai Udang #Sambal Tumis Petai Udang #sambal udang petai #udang goreng petai

3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3 biji cili padi 1 biji
Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Lagi Crispy!
Bila bercerita tentang pisang goreng, kebanyakan orang menyukai pisang goreng. Dengan peredaran zaman,
Resipi Nasi Air Ala Thai
Bahan-bahan : Nasi – dimasak lembik (boleh juga dimasak bersama daun pandan) Daging
Resepi Roti Sarang Lebah Bersalut Sos Butterscotch Yang Enak!
Bahan A 50 gram gula 1 paket yis 300ml air Bahan B 150

Comments are closed.