Punca Pelajar Samseng Dan Biadap Ibubapa Harus Tahu!

Pelajar Samseng

Dewasa ini, seringkali kita terdengar berita tentang kegiatan samseng yang melibatkan pelajar sekolah berlaku dalam negara kita. Samseng atau gangster merupakan seorang penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan, kelompok atau geng.

Samseng biasanya terbabit dalam pelbagai jenis jenayah terancang dari jenayah ringan seperti peras ugut sehinggalah ke jenayah bersenjata yang melibatkan jutaan ringgit. Gangsterisme pula adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih berterusan hingga kini.

Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga semakin membimbangkan. Pada sekitar awal tahun ini, seorang peniaga di Setapak cedera parah apabila diserang oleh sekumpulan samseng yang terdiri dari remaja belasan tahun yang masih lagi bersekolah.

Statistik menunjukkan bahawa masalah ini bukan baru berlaku, malah telah lama berlaku dalam negara kita. Statistik yang dibuat dari tahun 1989 sehingga sekarang menunjukkan indeks kenaikan pada kadar jenayah yang melibatkan pelajar sekolah.

Langkah untuk mengatasi masalah ini adalah lebih sukar berbanding mencegahnya daripada berlaku. Sebelum anak-anak kita dan generasi baru terjebak ke dalam masalah samseng atau gengsterisme ini, tanyalah kepada diri kita sendiri, apakah tindakan yang mampu kita lakukan?

Untuk menjawab persoalan itu, adalah lebih baik jika kita ketahui dan selidik terlebih dahulu faktor-faktor penyebab dan pendorong kepada berlakunya masalah samseng atau gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah.

Berikut adalah beberapa faktor dan perkara utama yang mendorong kepada gejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah :

  1. Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan sebaya banyak mempengaruhi remaja terutamanya kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran. Rakan-rakan dapat mencorak personaliti individu tertentu. Justeru itu, ibu bapa patut tahu siapa rakan-rakan anak mereka, apa aktiviti mereka, di mana mereka berjumpa dan lain-lain persoalan lagi.

Rakan sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya.

Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan rakan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka remaja ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat.

Tetapi sekiranya kumpulan rakan sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka remaja ini akan cenderung melakukan aktiviti-aktiviti yang negatif.

Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya.

  1. Masalah Keluarga

Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekalan kehidupan dewasa kelak sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamik.

Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti.

Krisis keluarga seperti penceraian dan pertengkaran ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja kehilangan arah panduan hidup mereka. Maka, lahirlah personalitiremaja yang tidak sihat dan lemah pencapaian akademiknya dan seterusnya menyumbang kepada pelbagai masalah sosial yang negatif.

  1. Teknologi, Telekomunikasi dan Media Sosial

Kecanggihan teknologi, telekomunikasi dan media pada masa kini mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka.

Di tambah pula dengan perkembangan teknologi pada zaman sekarang ini yang semakin canggih, bahan-bahan tontonan yang negatif mudah didapati daripada internet.

Paparan adegan-adegan negatif yang berunsur ganas, lucah dan seram sedikit sebanyak telah mempengaruhi golongan remaja kita. Cerita-cerita di televisyen yang berunsurkan keganasan, seks, dan tahyul juga akan membawa kesan negatif kepada golongan remaja.

Malah, dengan memiliki telefon pintar dan akses internet, apa sahaja boleh diakses dan ditonton oleh remaja sama ada di Youtube, kiriman video di Whatsapp, facebook dan pelbagai lagi media sosial.

Hal demikian menjadi pemangkin kepada lahirnya budaya samseng dan sebagainya. Tidak hairanlah jika kes-kes juvana di negara kita meningkat tahun demi tahun.

Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka itu apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.

  1. Kurang Didikan Agama

Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme.

Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan bergeng ini.

  1. Persekitaran

Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar rumah. Ini jelas di kawasan perumahan setinggan, rumah pangsa dan flat kos rendah.

Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan.

Ada pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka.

Ada ketua geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut untuk bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke dalam bentuk tindakan gangsterisme.

Faisal Ab. Manaf

Menulis sekadar hobi di waktu terluang. Berpengalaman lebih 9 tahun dalam bidang penulisan sebagai penulis sambilan bagi sinopsis, cereka, penulisan komik, karya komedi dan karya seram di beberapa forum dan laman web.

More Posts

Loading...

Tags: #4 Punca Utama Pelajar Sekolah Berlagak Samseng Dan Biadap #gejala samseng pelajar sekolah #gejala sosial #gengster #gengsterisme #pelajar samseng #samseng #sebab pelajar berlagak samseng

Tips Memakai Minyak Wangi Supaya Bau Kekal Tahan Sepanjang Hari
Hampir setiap orang memakai minyak wangi. Memakai minyak wangi menjadi perkara yang wajib
5 Kelebihan Rakyat Korea Selatan! Ini Sebab Masyarakat Dunia Iri Hati Dengan Mereka!
Selain K-Drama dan K-Pop, Korea Selatan turut dikenali sebagai sebuah negara yang kaya
5 Fakta Mengejutkan Tentang Wanita! Lelaki Tolong Jangan Terkejut!
Wanita merupakan sosok paling indah dan istimewa ciptaan Allah SWT yang pantas untuk
Apa Yang Menarik Tentang iPhone 8 & iPhone 8 Plus?
Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka dunia iaitu Apple telah memperkenalkan dua produk terbaharunya

Comments are closed.